Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis Belimbing Buluh Tomato Cherry

Kemain panjang pulak tajuk entri ni. Sebab nama sambal tu panjang sangat. Semua nak letak, jadilah terpanjang tajuk dia. Stok sambal tumis ikan bilis masih ada lagi. Ubi kayu rebus pun dah siap siap pesan kat suami beli ubi kayu sikit.

Memang betul betul sikit belinya. 2 ketul ubi kayu yang sebesar lengan budak. Lain kali kalau pesan kena spesifik sikit besar mana nak berapa semua. Kannn...Takpelah, kira okay dah tu sebab ubi kayu rebus ni saya nak makan sorang je. Dia tak makan pun.

Cukup cukup untuk saya makan sorang je lah. Bila rebus tu bolehlah 2 kali makan. Syukurlah isi ubi kayu tu elok. Masa rebus agak pelik jugak ubi kayu tu jadi warna kuning. Kenapakah? Tak elok ke ubi kayu ni?

Lepas tu saya pun google lah kenapa ubi kayu rebus jadi warna kuning. Rupanya bukanlah tak elok tapi mungkin yang dibeli tu ubi kayu kuning. Memang ada eh jenis ubi kayu kuning?  Baru tahu wujudnya ubi kayu kuning. Selama ni jumpa dan makan ubi kayu putih je. Lambat tahu betul!

Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis Belimbing Buluh Tomato Cherry

Jumpalah info tanaman ubi kayu kuning di blog Warisan Petani. Dari ciri-ciri tu saya rasa betullah tu ubi kayu kuning yang dibeli ni. Memang jenis tidak berkayu. 

Sesetengah tempat makan ubi kayu rebus kelapa parut dan gula merah. Tapi saya tak pernah makan dengan kelapa parut atau gula merah. Saya membesar makan ubi kayu rebus dengan cara makan dengan sambal tumis ikan bilis. 

Itu yang tak biasa makan dengan kelapa parut dan gula tu. Kalau dihidangkan saya makan je. Tak ada masalah. 

Ubi kayu, selain direbus sedap juga buat ubi kayu rebus goreng. Cicah sambal kicap. Terpaling sedap dah tu cicah sambal kicap. Orang Johor kan, mana boleh lari dengan sambal kicap.

Kali terakhir makan ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilis bulan Jun lepas. Makan sorang sorang jugak. Dah orang tak suka makan, kita makanlah sorang sorang. Kita juga yang untung dapat makan lebih. Kann...



50 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. ehemmm x nk jemput sy mkn ke?������

    ReplyDelete
  2. Gambar tu, macam nak masuk, duduk makan sama hehe.. Kalau bersila lagi la. .. Biasa makan dengan kelapa parut dengan gula atau ikan masin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..marilah kak. Duduk bersila makan ramai ramai lagi bertambah sedap. Feel nostalgia tu sampai. Cara akak lain pula ye makan dengan kelapa parut gula dan ikan masin. saya belum pernah cuba lagi.

      Delete
  3. dah lama tak mkn ubi kayu rebus. dlu time kecik2, slalu mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. Mak mak kita suka buat rebus ubi zaman kanak kanak dulu. Sekarang nak jumpa ubi kayu pun payah. Nak tak nak kenalah masak sendiri.

      Delete
  4. Sama akak makan sahaja cicah apa sahaja. Ada juga bagi cicah sambal ikan bilis.
    Kegemaran akak kalau ubi dibuat goreng letak rempah dan kunyit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay tu, flexible makan ubi cicah apa saja. Saya pulak suka ubi kayu letak garam sikit dan goreng. Pun dah sedap dah.

      Delete
  5. Yaaa.. orang Johor kena dengan sambal kicap.. tapi saya selalu makan dengan sambal ikan bilis.. ya Allah. terasa teringin ler pulak... Wahduhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal kicap makan dengan ubi goreng je. Ubi rebus makan dengan sambal ikan bilis. Pasni boleh cari ubi kayu nona :)

      Delete
  6. Haha k ret suka rebus ngan gula melaka.. Mmg manis2 ubi.. Ya allah lama nya x makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak macam tu pun sedap. Apa lagi KakRet. Merebuslah petang nanti. hihi

      Delete
  7. Oalah... Itu ubi kayu kuning? Nan agak lembut juga manis. Dimakan pake sambal teri? ๐Ÿ˜‚

    Ade² aja perangai Akak ni. Aku biasa makan ubi kayu rebus ni bekawan kopi itam sambil nukis di blog. ๐Ÿ˜‚☕. Sedap betul itu rasa ubi.

    Belum oernah makan ubi rebus oakai sambal aku Kak. ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sedap empuk. lagi sedap dimakan dengan sambal teri dikisar. Pasti lagi sedap hidangan ubi kayu rebus berkawan dengan kopi hitam kaw. Nanti boleh dicuba makan ubi kayu rebus dengan sambal teri ya :)

      Delete
  8. Kadang syok makan sorang takyah berebut & boleh makam banyak๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
  9. wah boleh dicoba, saya belum pernah makan ubi kayu dengan sambal, tampak sedap

    ReplyDelete
  10. wahh, ubi kayu rebus dicah dgn sambal tumis memang layannn., ;p

    ReplyDelete
  11. Ubi kuning ni kalau buat tapai pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah rasa lagi tapai ubi kayu kuning ni wak. Itulah ada baca kat blog pasal ubi kayu kuning ni.

      Delete
  12. Ubi kayu kuning ni akak jumpa masa makan tapai ubi, kalau tak..pun tak tau ada pulak ubi kuning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Samalah kita. Baru tahu ada ubi kayu kuning ni.

      Delete
  13. Sedapnya ubi kayu. naniey dah lama sangat tak makan ubi kayu.

    ReplyDelete
  14. ini lagi sedap...emmm...mana nak cari ubi kayu ni..dap dap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak. Boleh cari kat pasaraya kadang kadang ada jual juga

      Delete
  15. Sedapnya ubi rebus cecah samabl tumis begitu! Ubi kuning tu pun sedap dibuat kerepek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sedap makan ubi rebus dengan saambal. Oh ye ke? nanti ada rezeki dapat ubi kayu kuning boleh buat kerepek pulak.Thanks share Kak Amie.

      Delete
  16. yaAllah lama dah tak makan ubi kayu. Rasa terliur dan teringin pula nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..makanan tradisional yang dah lama tak makan. Pasni bolehlah cuba masak sendiri :)

      Delete
  17. Sedapnya . Ubi kayu makan panas2 cicah sambal kan . Lamanya tak makan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, makan panas panas lagilah sedap Lyana. Bolehlah buat menu untuk makan pagi atau petang :)

      Delete
  18. Haah ada ubi kayu kuning ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ cicah sambal bilis mmg sedap! Atau makan dengan parut kelapa ๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tahu. hihi..Itulah cicah dengan sambal ikan bilis memang sedap. Tak pernah lagi makan dengan kelapa parut. Nanti boleh cuba pulak :)

      Delete
  19. Haa, timmlah golongn cicah ubi kayu dgn gula, hihi

    ReplyDelete
  20. Sedap ni fiza.. kt sini cicah gulapong.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap makan ubi rebus. Yang style tu tak pernah cuba lagi KakMim. Kalau ada orang hidangkan, nak kena cuba :)

      Delete
  21. Sedapnyaaaaa ubi kayu! Lama tak makannnn. Selalu makan dengan gula, kadang buat sira ubi kayu hehehe. Makan time panas panas memang nikmat nya ya Allah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap ubi kayu makan dengan sambal. Selain tu tak pernah cuba lagi

      Delete
Previous Post Next Post

ู†ู…ูˆุฐุฌ ุงู„ุงุชุตุงู„