Char Kuew Teow Penang

Monday, August 29, 2016


Bila nak cepat makan tengahari, biasanya pilih menu yang mudah untuk di masak je. Menu campak-campak orang kata. Jadi, tengahari ni masak char kuew teow penang yang mudah dan cepat di masak. Di sebabkan char kuew teow penang ni memang favourite Fiza, memang ada ready stok pes char kuew teow buat sendiri je.

Bahan Pes

  • udang (10 ekor atau lebih ) 
  • 250 ml air
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat 
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis  atau 2 sudu besar petis
  • 2 sudu kecil garam 
  • 1 sudu makan gula

Cara penyediaan  pes 

  1. Rebus udang separuh masak. Kemudian angkat dan toskan.
  2. Kisar kulit dan kepala udang bersama air rebusan tadi. 
  3. Campurkan stok udang yang dikisar tadi dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
  4. Masak bahan pes sehingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
*Sebaiknya siapkan pes sehari awal sebelum memasak char kuew teow. Bila dah siap pes dan bahan-bahan masak char kuew teow pun ada, lagi mudah keje memasak.

Resepi Char Kuey teow

  • Secekak kuew teow (untuk 1 orang makan)
  • 2 sudu makan cili kisar
  • Kerang
  • taugeh
  • kucai
  • 1 biji telur
  • 6 sudu besar pes char kuey teow
  • 2 sudu minyak masak


Cara untuk masak Char kuew Teow (pastikan api sentiasa besar)

  1. Tumis cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan udang dan kerang
  3. Masukkan 4 sudu besar pes.
  4. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.
  5. Pecahkan telur, kacau dan siap untuk dihidang
Mudah sangat kan. Bila masak sendiri ni lebih dijamin kebersihan, boleh tambah bahan yang suka tu lebih sikit dan yang tak suka tu tak perlu letak. Alhamdulillah cukup ikut rasa tekak sendiri. Penyediaan memasak char kuew teow pun dalam 5 minit je. Lagi satu, char kuew teow ni sedap dimasak sepinggan sepinggan. Maksudnya kalau nak masa untuk2 orang, kena masa 2 kali lah. Kalau masak dalam kuantiti yang banyak memang kurang umphh.
Credit resepi : Arenis


7 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.