Resepi Kuew Teow Goreng Mudah dan Sedap

Thursday, February 16, 2017


Selamat pagi! Dah sarapan ke semua? Kalau belum dan takde idea tu, apakata cuba resepi kuew teow goreng yang mudah dan sedap ni. Kalau korang dah pandai masak tu, sila abaikan resepi ni. Dulu, Fiza tak pernah pandai pun masak kuew teow ni sebab tu jarang sangat masak kuew teow. Pernah cuba masak tapi tak sesedap yang masak sekarang. Betul bak kata pepatah"pratice make perfect".

Bila dah pandai masak kuew teow sedap. Sedap ke? Hari -hari menu kuew teow je. Encik suami pun tak pernah jemu. Fiza pulak naik jemu nak makan. Bukan setakat makan, nak masak pun dah naik bosan.

Nak dijadikan cerita, sebelum ni Fiza masak kuew teow macam masak mee goreng tu. Tapi selepas tengok video masak kuew teow goreng yang mudah, terus Fiza cuba dan berjaya menyedapkan masakan sendiri. Yeay! Punyalah suka sebab dah pandai masak kuew teow goreng yang sedap sampai sejak dari tu nak masak kuew teow goreng je.

Dah tahu cara masak kuew teow goreng yang sebenar, memang pratis masak cara tu je la untuk masak kuew teow goreng. Lepas dah tahu, baru perasan yang masak kuew teow tak perlu nak berkuah sangat macam masak mee goreng tu. Cara masak macam mana? Okay, Fiza kongsikan resepi kuew teow goreng secara ringkas je.

Bahan-bahan

Kuew teow (biasa Fiza guna 1/2 bungkus je)
2 ulas Bawang putih
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili kisar
garam secukup rasa
1 biji telur
Kucai
Kicap
Untuk bahan tambahan tu boleh letak sotong, udang, fishball, fishcakes, kobis, taugeh dan lain-lain

Cara-cara

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih dan bila dah naik bau masukkan cili kisar dan biarkan garing sikit.
3. Masukkan bahan basah seperti udang, sotong, fishball dan lain-lain jika ada
4. Tunggu masak kemudian masukkan kucai atau sayur lain yang ada.
5. Masukkan garam, kacau dan pecahkan telur
6. Masukkan kuew teow dan kicap secukup rasa.
7. Kacau-kacau dan siap!



Kalau korang suka taugeh macam Fiza, biasanya Fiza masukkan akhir sekali sebab suka taugeh rangup-rangup. Jangan sesekali tambah air ye nanti berkuah tak sedap. Kalau berkuah tu dah jadi char kuew teow tapi char kuew teow cara masaknya lain, kena ada pes char kuew teow. Kalau tak berjaya lagi, pandai-pandai lah tengok video masak kat youtube tu. Lepas tu jangan malas nak mencuba. Tak cuba, tak jadi. Ye tak?

6 comments

  1. Kalau kami masak, sayur bubuh last. Tp, lbh krg dengan ni jgak resepinya. :)

    ReplyDelete
  2. tak cuba tak tau kan..akak pun selalu jugak goreng kuew teow ni.suka letak telur banyak2 skit...taugeh tu memang masak last jugak fiza...hehe

    ReplyDelete
  3. salah satu favourite ju, mmg mudah & cepat nak masak =D

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak. kueytiow goreng salah 1 menu feveret anak-anak ;)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.