Qalby App Mizz Nina Apps Solat, Al Quran, Arah Kiblat, Waktu Solat, Azan dan Doa Terbaik Untuk Muslim

Qalby app, aplikasi by Mizz Nina yang telah dilancarkan sejak bulan Disember 2020 yang lepas. Qalby app berkonsepkan gaya hidup Muslim terbitan Mizz Nina sendiri. Ada e-journal, waktu solat (solah), arah kiblat (qibla), Azan, bacaan Al-Quran, Koleksi doa (dua), Qalby TV dan banyak lagi.

App Mizz Nina ini juga salah satu apps solat terbaik, Apps Al Quran, Apps Azan Malaysia yang boleh digunakan pakai dengan percuma tanpa perlu bayaran dan tanpa iklan.

Qalby App Mizz Nina

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mewujudkan aplikasi Qalby untuk berkongsi pengetahuan dan keindahan Islam melalui media dan teknologi dengan menggunakan telefon pintar.

Qalby

Qalby bermaksud "hati saya @my heart" dalam bahasa arab. Qalby app menyediakan ilmu ajaran Islam yang sahih dan dipercayai untuk pembelajaran ilmu agama dan gaya hidup Islam.

Tagline Qalby adalah 'Ignite Your Heart with The Light of Iman' yang sumbernya adalah dari Al Quran dan sunnah untuk difahami dan diaplikasi kan dalam kehidupan seharian untuk meningkatkan iman.

QalbyApp

  • E Journal
  • Solah
  • Qibla
  • Quran
  • Dua
QalbyApp Mizz Nina

E-Journal

Dalam e-journal boleh isi aktiviti harian atau nota-nota penting. Diari online kaedah dia. 

QalbyApp-E Journal

QalbyApp-E Journal

Solah-Waktu Solat

Dilengkapi dengan waktu solat mengikut lokasi secara automatik. Terdapat juga tarikh bulan Islam.

QalbyApp-Solah


Qibla

Penunjuk arah kiblat yang betul. Siap ada ditunjukkan berapa jauh jarak kita dari Kaabah. 

QalbyApp-Qibla

Quran

Bacaan Al Quran dengan terjemahan serta audio untuk bacaan Al Quran yang betul. 
QalbyApp-Quran

Dua

Terdapat koleksi bacaan doa harian untuk dijadikan amalan setiap hari.

QalbyApp-Dua

Qalby App Download

Qalby app boleh dimuat turun melalui Apple Store dan juga Google Playstore untuk pengguna iOS dan juga android.

Done download!

Qalby App Mizz Nina

Semoga apa yang dikongsikan dan diusahakan oleh baik Mizz Nina ini diberikan ganjaran pahala yang banyak sebagai saham di akhirat nanti. Sesuatu yang baik, dikongsi dan sama-sama dapat manfaatnya.

Memandangkan The Noor App by Neelofa masih belum boleh download melalui Google Play Store, jadi bolehlah juga download Qalby App Mizz Nina ni. Dua dua bermanfaat.

App Size : 127.9MB


16 comments:

  1. haritu ada download kejap. tak sempat nak godek godek memory full pula, terpaksa uninstall. nanti nak install semula la

    ReplyDelete
  2. Besar tak, saiz dia, Fizah? Nampak macam menarik app dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar juga 127.9MB Kak Nur. Memang menarik dan function sangat.

      Delete
    2. Oh, besarnya. Akak kalu lebih 100 MB, susah skit. Tipon lama. Thank you, Fizah, atas info.

      Delete
  3. tadi mama terbaca neelofa ada buat apps rupanya mizznina pun ada.. tapi uyg ni nampak menarik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, The Noor by Neelofa dan Qalby App by Mizz Nina.
      Dua dua menarik Mamapp :)

      Delete
  4. lebih tertarik dgn qalbyapps miss nina...sbb saya pakai samsung...

    ReplyDelete
  5. Bagusnya perkongsian rohani ini. Mudah-mudahan kedua-duanya dapat ganjaran pahala berlipat ganda.

    ReplyDelete
  6. Ini ada e-jurnal. Ok juga aplikasi ini beritahu berapa jwm lagi untuk solat berikutnya. Alhamdulillah moga Allah beri rahmat pada yang buat aplikasi ini.

    ReplyDelete
  7. bukan neelofa pun ada apps mcm ni juga ka?

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, bersaing saing rakyat Malaysia dan warga muslim wujudkan apps nih... Takyah guna muslimmm pro lagik, ye dak

    ReplyDelete
  9. nampak cantik apps dia. nanti bolehlah try download.

    ReplyDelete
  10. housemate akak ada bagitahu pasal apps ni masa akak install TheNoor..

    ReplyDelete
  11. nice sharing.. ada dh pun mizz nina punya

    ReplyDelete
  12. Akak dh pakai app yg lofa punya tu.. best jugak

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.