Intan Payung Bunga Noraniza Idris

Lagu intan payung nyanyian bunga feat Noraniza Idris. Lagu tradisional irama Malaysia digandingkan dengan muzik moden. Betul, kan? Gandingan Bunga dan Noraniza Idris dalam lagu 'intan payung' ni sangat menarik.

Permulaan dengan ketukan bunyi gamelan, selepas tu muzik rancak. Lagu yang catchy dan diselitkan dengan rap dari Bunga. Menarik lagu intan payung ni, ulang-ulang dengar. 

Mungkin ada yang tak suka dengan suara Bunga yang terlalu kecil dan halus. So far, saya rasa okay je. Pada saya, suara Bunga tu sejenis suara yang comel.

Maksud Intan Payung

Peribahasa : Intan payung
Maksud: Sangat disayangi, buah hati
Intan Payung Bunga Noraniza Idris
sumber : Warner  Music Malaysia


Tajuk Lagu  : Intan Payung 
Artis : Bunga feat. Noraniza Idris
Komposer: Luca Sickta, Bunga
Lirik: Bunga
Produser: Luca Sickta

Intan Payung Lirik

(Chorus)Ala payung la payung si intan payung
Dipandang rendah setahun jagung
Perlahan dayung asal sampai ke hujung
Jangan lah sanjung kaduk naik junjung

(Verse 1)
Terasa diri terpinggir sebab tak percaya
Ingin hidupku disingkir sebab tak percaya
Jadi dari saat itu mencari kunci tiap pintu
Tak peduli berapa lama janji tu pasti kan tiba masa

Dan mana ?sudah sampai mana ?
Pijak pedal lama dah kayuh merata
Nak berjaya mesti gagal dulu
Tak percaya boleh cuba jangan malu

Jadi aku
Biarpun makan berbulan
Nak juga capai angan di awan
Sampai nama jadi sebutan dan tak lupa yang hulurkan tangan

(Pre Chorus)
Bunga tak akan layu jika kita menyemai baja
Bagai si gadis ayu indah santun jika dijaga

(Chorus)
Ala payung la payung si intan payung
Dipandang rendah setahun jagung
Perlahan dayung asal sampai ke hujung
Jangan lah sanjung kaduk naik junjung

(Verse 2)
Bukan senang nak hidup senang
Ada sampan, sibuk nak berenang
Jaga jaga, ada mata mata, yang hati tak tenang
Tengok orang menang

Cuba nak ubah cuma perlu satu
Cuba cermin rupa cuma ada aku
Tak hirau walaupun tak laju janji bukan wau yang putus teraju

Siapa kata ku tak boleh
Yang toleh toleh dulu pandang remeh
Dipijak diherdik dah berdolak dalik
Terlajak dek kata tak boleh tarik

Perlahan dayung eyahh
Sampai ke hujung eyahh
Jangan sanjung kaduk naik junjung eyyah


sumber : Warner Music Malaysia

13 comments:

  1. Replies
    1. Lagu intan payung nyanyian Bunga feat Noraniza Idris

      Tajuk Lagu :Intan Payung
      Artis : Bunga dan Noraniza Idris

      Intan payung tajuk lagu :)

      Delete
    2. ooo salah faham pulak baca tadi ahahah

      Delete
  2. Noraniza Idris ni comel jew. Suaranya pun best! Kak Amie salah seorang peminatnya dari zaman muda remaja lagi.

    ReplyDelete
  3. Wah.. Kak ani keluar GV terus buat lagu baru. Tak dengar lagi tapi kalau Luka Sickta buat selalunya sedap

    ReplyDelete
  4. kalau pgl baby, mai la intan payung ni... hehehe

    ReplyDelete
  5. entah kenapa terus teringat allahyarham pak ngah... alfatihah (dibaca)

    ReplyDelete
  6. tak dengar lagi..nanti i buka kat youtube..hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.