30 Jun 2026 | Ikut perancangannya malam tu nak pergi makan celebrate birthday Encik Suami. Tapi dapat perkhabaran kakak ipar meninggal siang tu. Jadi, kita tangguh dulu rancangan kita.

Tapi bila sampai Seremban masih awal lagi, jomlah kita makan kejap di Manshor Coffee. Manshor Coffee ni tutup lewat jam 12.00am. Jadi, bolehlah kita makan kat situ je sebab baru pukul 10 lebih sampai di Seremban.

Kami memilih untuk di dalam sahaja lebih sejuk ada penghawa dingin. Scan QR yang diberikan dan mulalah memilih menunya.

Rose Paloma Vinci

Fuhh....Kemain lagi nama dia ek. Nama secantik rupanya. Sayang pula nak minum dengan hiasan sebegitu cantik. Ada 2 biji buah longan, taburan bunga ros kering, bunga kekwa dan daun mint. Meriah betul hiasan minuman ni.

Air yang sedap dan menyegarkan. Saya tak tahu nak describe macam mana minuman ni. Yang penting sedap!



Raikan Birthday Encik Suami di Manshor Coffee

Wild Pink Coffee

Wow! Presentation dia nice. Dihidangkan atas dulang kayu kecil bersama dengan air sejuk dan juga info tentang Wild Pink Coffee. Kopi yang light-light je. Air sejuk tu buat bilas selepas minum kopi ke macam mana? Pertama kali order kopi dapat air sejuk sekali.

Raikan Birthday Encik Suami di Manshor Coffee

Maklumat tentang Wild Pink Coffee boleh baca dalam gambar bawah ni.
Raikan Birthday Encik Suami di Manshor Coffee

Grilled Chicken Chop

Hmm..Sedapnya ayam grill dia. Juicy dan terasa perapan ayam. Ayam perapan pun sedap. Sos black pepper pun sedap tapi kalau ada extra lagi sikit black pepper kasar lagi sedap. Itu ikut selera saya lah.

Fries yang rangup di luar, lembut di dalam. Sayur-sayuran pun segar. Hirisan sayur apa entah yang bulat lingkaran warna purple tu. Siapa tahu?

Raikan Birthday Encik Suami di Manshor Coffee

Spicy Korean Fried Chikin

Encik suami pilih menu yang ringkas je untuk makan malam. Ejaan chicken tu memang chikin sebab style Korean gitu agaknya. Saya rasa sikit, sedap lembut isi ayam dan terasa pedasnya tu. Dihidangkan sekali dengan sos cheese. Boleh kurangkan sikit rasa pedas tu.

Raikan Birthday Encik Suami di Manshor Coffee

Happy birthday husband! Belanja makan je lah dulu ye. Hari yang gembira, dalam masa yang sama hari berduka kehilangan kakak ipar. Suka dan duka hari yang sama. Jadi, kami raikan birthday sekadaran saja.

Raikan Birthday Encik Suami di Manshor Coffee

Petit Gayo Tiramisu

Kek birthday gantikan dengan sebekas tiramisu yang sedap ni. Dah habis makan baru makan tiramisu.

Raikan Birthday Encik Suami di Manshor Coffee

Alhamdulillah habis licin kami makan. Sedap dia buat kita teringat-ingat.  Kalau nak makan tiramisu sedap, silalah ke sini ye kawan-kawan.

Raikan Birthday Encik Suami di Manshor Coffee

Kami enjoy makan kat sini sebab selesa, cafe cantik, makanan sedap, presentation cantik dan service pun cepat. 

Raikan Birthday Encik Suami di Manshor Coffee