Mei 2026 | Sebelum majis kenduri tahlil bermula pukul 2.30 petang, kakak kata nak makan dulu makanlah. Baiklah, kita pun makan dulu sebabnya nanti nak kena gerak awal juga nak hantar anak dia ke Politeknik Shah Alam.
Alang-alang kami nak balik tu, singgahlah kejap Shah Alam hantar anak buah sekali kan. Tak payah susah-susah naik bas.

Saya ambil nasi sikit, daging masak lemak cili api, sayur tempe sambal jawa, ayam kicap dan sayur ulam salad. Disebaliknya ada sambal belacan menyorok. Lepas tu baru makan spaghetti carbonara.

Antara hidangan yang sempat saya ambil gambar. Tak sempat ambil gambar sup tulang daging korban sebab masih lagi dalam periuk besar. Banyak lagi makanan yang dihidangkan. Lauk pauk, nasi dan spaghetti masak sendiri.


Saya ambil nasi sikit, daging masak lemak cili api, sayur tempe sambal jawa, ayam kicap dan sayur ulam salad. Disebaliknya ada sambal belacan menyorok. Lepas tu baru makan spaghetti carbonara.

Antara hidangan yang sempat saya ambil gambar. Tak sempat ambil gambar sup tulang daging korban sebab masih lagi dalam periuk besar. Banyak lagi makanan yang dihidangkan. Lauk pauk, nasi dan spaghetti masak sendiri.
Air pun buat sendiri. Kuih muih dan hidangan tambahan tu order je. Buah-buahan pula beli buah limau. Senang nak sediakan untuk tetamu..
Kakak punya jemputan macam nak jemput kenduri kahwin. Ramai ye lebih kurang bajet dia 1000 orang tetamu. Bukan main teruja nak buat kenduri tahlil untuk arwah keluarga kami dan keluarga abang ipar.

Ramai orang kampung, keluarga, saudara mara yang datang memenuhi jemputan dan memeriahkan majlis. Bersedekah berkongsi rezeki korban tahun ni.
Semoga Allah SWT menerima amal ini dengan segala keberkatan dan menyampaikan pahala bacaan kepada arwah, serta mengurniakan keampunan dan rahmat kepada mereka dan kami yang masih hidup.
![]() |
| Matcha strawberry lah sangat. |
Tetamu juga tak pulang dengan tangan kosong. Kakak juga sediakan doorgift untuk mereka yang hadir. Air kotak dan jajan. Itu yang pulun buat sampai tengah malam sebab 1000 pax kan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriahnya tetamu datang. Syukur makanan cukup.
Saya balik awal sikit. Tapi taklah awal sangat sebab nak kena hantar anak buah dulu dan kemudian teruskan perjalanan balik rumah. Tak dapatlah nak menolong mengemas semua. Ampunn...Gerak luu apa apa rojerrrr
Kami pun dah berkampung 3 hari 2 malam di Sungai Besar dan Sabak Bernam. Berakhirlah sudah perjalanan bermusafir kami 6 hari 5 malamdari hari Sabtu sampai Khamis. Alhamdulillah perjalanan lancar selamat sampai ke setiap destinasi dan Allah permudah segala urusan.
Kami pun dah berkampung 3 hari 2 malam di Sungai Besar dan Sabak Bernam. Berakhirlah sudah perjalanan bermusafir kami 6 hari 5 malamdari hari Sabtu sampai Khamis. Alhamdulillah perjalanan lancar selamat sampai ke setiap destinasi dan Allah permudah segala urusan.

24 Comments
Wah besar kendurinya... Seronok tengok kawasan rumah kakak Fiza luas dan lapang, sesuai nak berkenduri kendara di rumah..
ReplyDeleteYa, ramai jemputannya. Kawasan kampung laman luas sikit. A ah sesuai untuk kenduri besar macam ni.
DeleteAlhamdulillah..selesai semua..hajat buat kenduri tahlil pun dh selesai juga...syukur allah permudahkan
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah permudah urusan kenduri dan majlis berjalan lancar.
DeleteMasya Allah.
ReplyDeleteJemputan dekat 1,000 orang untuk majlis tahlil untuk arwah keluarga. Semoga dilipatgandakan rezeki untuk kakak yang berkongsi rezeki dengan para tetamu.
Aamiinn… Terima kasih Kak Amie.
DeleteKami buat korban 7 bahagian sekor lembu tu yg jemput ramai berkongsi rezeki sekali.
Meriah betul lauk pauk kenduri dia..patut la bersesuaian dengan jemputan yg 1000 org tu hahaha... btul la mcm kenduri kawen plak jadinya.. alhamdulilah rezeki para tetamu kan, makanan cukup, pulang dengan hati gumbira juga bersama doorgift hehe
ReplyDeleteA ah menu banyak especially main menu dia daging korban. Meriah ramai tetamu. Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama. Doorgift buat tambah2 gitu 😊
DeleteBetul lah dah macam tamu undangan wedding kalau sampai 1000 😍😍😄. Dimudahkan rezeki kakak dan keluarga yaaa.
ReplyDeleteAamiin...
DeleteHihi..Terima kasih Fanny. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Fanny dan keluarga.
tak nampak sgt matcha strawberry, nampak strawberry jer kaler themed nya heheheh
ReplyDeletehihi..terlebih pink pulak ye.
DeleteLuapan rindu anak pada ibu bapa tiada ganti, moga doa anak soleh berterusan sampai.
ReplyDeleteInsyaAllah...Aamiin...
Deletebesar kendurinya, alhamdulillah semua lancar.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteAlhamdulillah..rezeki tahun ini..semoga pahalanya sampai untuk arwah keduanya .aamin
ReplyDeleteAlhamdulillah...Aamiin...
Deletetapi kalau di kampung memang kenduri kendara ni tak dapek do nak kecil-kecilan. Dah alang-alang tu drop off jelah anak buah tu ek...bila lagi anakbuah & makpah buah nak berborak2 dalam kereta.
ReplyDeleteIyooo...meriah lain macam! Senang sekali jalan je alang-alang tu. Berboraknya kejap je, pastu tido. Penat tak habis lagi. hihi...
DeleteBesar tu kendurinya kalau sampai 1000 orang. Macam buat kenduri kahwin pulak. Masak sendiri pulak tu. Siap ada door gift lagi. Murah rezeki kakak Fiza sekeluarga.
ReplyDeleteItulah tu dia punya jemputan mengalahkan kenduri kahwin. Dengan siap doorgift lagi. Alhamdulillah ada rezeki lebih dikongsi bersama.
DeleteAamiin...
Terima kasih kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
Alhamdulillah meriah kenduri tahlilnya. Dah macam kenduri 'kawin' je.
ReplyDeleteTulah pasalnya. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki.
Delete