18 Julai 2026 | Masa saya ada appointment di hospital dapat perkhabaran uwan (mak arwah abah mentua saya) meninggal dunia di Kuala Pilah. 

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)

Kami kehilangan lagi. Tiada lagi sosok seorang nenek dalam keluarga kami. Urusan terakhir uwan di dunia Allah permudah. Kami dapat mengiringi perjalanan terakhir uwan.

Kehilangan Lagi

Rehatlah Uwan. Tenanglah Uwan di sana. Uwan dah lama bedridden sejak terjatuh dan tulang pinggulnya patah. Nak buat operation tak boleh disebabkan faktor umur. 


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Allaahummaghfirlaha warhamha wa’aafi ha wa’fu anha 
Ya Allah, Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.

Biasanya hari raya pertama kami akan pergi rumah Uwan walaupun abah mentua saya dah tak ada. Tak raya pun pergi juga rumah Uwan melawat. Kali terakhir kami melawat Uwan bulan Jun lepas. Itulah kali terakhir jumpa. 
 
Al fatihah Hajjah Katthum binti Isa