Filem Suatu Ketika : Langitkan Impianmu

Tonton Filem Suatu Ketika : Langitkan Impianmu ulang siar pada hari Sabtu 17 September 2022, pukul 10:30 malam di TV2. Filem Suatu Ketika merupakan filem sukan bola sepak Malaysia tahun 2019.

Filem ini mengisahkan semangat pasukan bola sepak budak lelaki kampung yang melawan pasukan juara sekolah British dalam kejohanan kecil tempatan lakonan Namron, Pekin Ibrahim, Din Tamam, Syafnida Shuhaimi, Naza Manas, Farah Ahmad dan ramai lagi.

filem suatu ketika langitkan impianmu

FILEM SUATU KETIKA : LANGITKAN IMPIANMU

Waktu siaran : Sabtu, 17 September 2022, pukul 10:30 malam
Siaran TV : TV2
Pengarah : Prakash Murugiah
Produksi : Kash Pictures Network
Genre : Drama / Sejarah / Sukan

PELAKON FILEM SUATU KETIKA

  • Namron sebagai Pak Sa'ad
  • Pekin Ibrahim sebagai Cikgu Sulaiman
  • Danial Akmal Fariz sebagai Syukri
  • Armand sebagai Usop
  • Farez Iqmal sebagai Atan
  • Kuhan Divagaran sebagai Guna
  • Dheva Naish sebagai Suresh
  • Daniel Syahidan sebagai Husin
  • Putera Syazwan sebagai Bakri
  • Lim Xuan sebagai Lee Meng
  • Azlan Raihan sebagai Dol
  • Danial Iman sebagai Tuah
  • Ahmas sebagai Panjang
  • Adeq Jiey sebagai Kudin
  • Farah Ahmad sebagai Latipah
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Cikgu Rokiah
  • Din Tamam sebagai Selamat
  • Toby Keen sebagai Roger

SINOPSIS FILEM SUATU KETIKA

Pada tahun 1952 sebelum Merdeka di Ujong Pasir, Melaka. Kisah tentang persahabatan, perpaduan dan mengejar impian budak-budak lelaki sekolah kampung berumur hampir 12 tahun dari pelbagai latar belakang yang membentuk satu pasukan bola sepak supaya dapat memasuki JG Davidson, kejohanan piala remaja tempatan. 

Biarpun tiada latihan betul, seragam ataupun bola sepak sebenar, tetapi mereka ini adanya semangat dan azam. Dengan bantuan guru dan seorang pekebun sekolah sebagai jurulatih, mereka melatih dan belajar semangat setia kawan. Sekarang skuad ini perlu melawan dengan juara bertahan, pasukan pelajar dari sekolah British, St James untuk layak masuk ke perlawanan seterusnya. 

Mampukah mereka menerus dalam kejohanan ini?

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.