Awesome Raja Lawak 2022 Musim 1

Tonton Program Awesome Raja Lawak 2022 mula bersiaran secara eksklusif pada hari Rabu, 7 September 2022 pukul 9:00 malam di Awesome TV menerusi platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112).

Awesome Raja Lawak 2022 musim 1 menampilkan seramai 14 peserta yang terdiri daripada 4 peserta solo, 6 peserta duo dan 4 peserta trio bakal bersaing di pentas utama Awesome Raja Lawak 2022 selama 10 minggu.

Program Awesome Raja Lawak edisi terbaharu ini merupakan program realiti komedi popular untuk mencari pelapis pelawak baharu yang relevan, berilmu dan serba boleh.

Minggu pertama Gelanggang Awesome Raja Lawak akan dibuka dengan tema 'Bebas’.

awesome raja lawak 2022

AWESOME RAJA LAWAK 2022

Jumlah minggu : 10
Mula siaran : 7 September 2022
Waktu siaran : Rabu, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Signature Awesome : Awesome TV saluran 123 Astro (CH123) atau saluran 112 MyTV (CH111)
Juri : Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat
Mentor : Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke Jambu
Pengacara : Chiwan Chilok dan Nizam Jentik Jentik

Peserta Awesome Raja Lawak

Peserta solo yang bakal bertanding adalah Azhar, Kanmani, Hanif dan Zunny. Peserta duo yang terpilih pula adalah Kumpulan Soda, Se’eh, Sedare, Mabo, Manja dan Beduk. Sementara itu, peserta trio pula menampilkan Kumpulan Kacau, Semmat, Pelan dan Sesah.

Juri tetap Awesome Raja Lawak 2022 musim 1 dibarisi oleh Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat yang akan mengadili dan menilai peserta berdasarkan keaslian idea asal dan kreativiti, teknik penyampaian lawak dan persembahan serta kelucuan serta elemen jenaka dalam sesebuah persembahan berdasarkan tema mingguan.

Format penjurian akan diadili berdasarkan pemarkahan 70 peratus oleh barisan juri profesional dan 30 peratus undian peminat secara online. Peserta yang mendapat markah keseluruhan terendah akan disingkirkan.

Setiap peserta akan diberi cabaran berbeza pada setiap minggu berdasarkan tema yang telah diberikan. Antara tema yang akan dipertandingkan adalah muzikal, loghat, viral, parodi, seram, sejarah, bebas, peribahasa, superhero dan banyak lagi.

Anugerah mingguan 'Man of The Match' akan diberikan kepada peserta yang mendapat markah keseluruhan tertinggi pada setiap minggu.

Mentor Awesome Raja Lawak

3 orang pelawak yang terdiri daripada Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke Jambu ditugaskan sebagai ‘Mentor’ untuk memberi bimbingan dan juga membantu persembahan mingguan dalam kalangan peserta.

Pengacara Awesome Raja Lawak

Pelawak yang sedang meningkat naik iaitu Chiwan Chilok dan Nizam Jentik-Jentik dipilih sebagai pengacara program Awesome Raja Lawak 2022. Pengacara baharu yang juga pembaca berita program 7.57 terbitan Awesome TV, Kamalia Jamaludin pula dilantik sebagai Pengacara Back Stage.

Tambah menarik, Chiwan dan Nizam turut menyumbangkan suara untuk lagu tema Awesome Raja Lawak yang berjudul ‘Kasi Berapa Up’ hasil nukilan komposer Jeff A To Z.

Juara Awesome Raja Lawak 2022

Juara Awesome Raja Lawak akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 ribu beserta trofi sumbangan Awesome TV. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan menerima RM25,000 ribu dan RM15,000 ribu beserta trofi.

sumber : getaran

4 comments:

  1. Selamat menonton
    Wak dah lamanya tak menonton tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang boleh tengok online je wak. Ada masa free baru tengok :)

      Delete
  2. Ooo rancangan baru ye heeh... Lama gila x tgk tb skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye KakRet. Hehe..faham faham..Kita pun banyak tengok cerita online kat PC ngan phone je :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.