Header Ads

Pertama Kali Cuba Makan Buah Kurma Muda


Bulan puasa, meriah dengan berjenis-jenis buah kurma. Awal bulan Ramadhan dapat beli sekotak kurma madu. Cukup 10 hari habis sekotak tu. Nak beli kurma ajwa pulak lah. Alang-alang nak membeli kurma, pesan kat encik suami beli buah kurma muda sekali. Nak rasa.

Beli 100gram cukuplah untuk merasa. Balik balik, tengok dalam sebekas ada 5 biji buah kurma. Harga kurma muda 100gram RM12. Bermakna sebiji buah kurma muda berharga RM2.40. Fuhhh.. ini betul betul untuk merasa je lah.

Buah kurma muda

Kurma muda berwarna kuning tidak berwarna hijau seperti buah buahan muda yang lain. Kulitnya licin seperti buah epal. Buah kurma muda adalah buah kurma segar yang juga dikenali dengan nama kurma ruthob.

Buah kurma muda memiliki lebih banyak air dan lebih sedikit kandungan gula. Dipercayai memiliki manfaat yang baik dalam meningkatkan kesuburan dan membantu wanita agar cepat hamil. Bagus juga untuk ibu mengandung.

Buah Kurma Muda

Cara makan kurma muda

Buah kurma muda boleh dimakan begitu saja atau diolahkan bersama makanan lain. Contohnya dicampurkan bersama overnight oats.

Rasa kurma muda

Rasa kurma muda rangup. Tak manis sangat. Tekstur buahnya padat macam epal tapi sedikit berserat. Ada ketikanya rasa kelat kelat dari kulitnya. 

Buah Kurma Muda

Cukuplah dapat makan 4 biji setengah buah kurma muda. Encik suami makan separuh je. Dia kurang gemar. Katanya macam ada rasa berangin pudina pulak. 

Nak cuba rasa boleh beli kat buah hijau.

24 comments:

  1. first time kita tgk buah kurma muda ni

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan lagi..tapi kalau kurma sejuk tu pernah beli tahun lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurma sejuk tak pernah rasa lagi. Teringin jugak nanti nak beli.

      Delete
  3. Ooo, gitu rupa kurma muda. Sekarang ni, orang jual kurma sejuk. Macam-macam jenis. Akak suka kurma madu Yusuf Taiyoob je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, kurma sejuk pun ada tapi belum cuba. Sekali dulu je pernah makan kurma Yusuf Taiyoob. Sekarang dah banyak pilihan kurma.

      Delete
  4. Masa di Mekah banyak juga Sis makan, entah kena plak dek tekak hehehe tapi sedap lagi kurma ais tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi sana lagilah boleh selalu makan kurma muda. Dapat makan yang asli dari sana dan fresh lagi sedap, itu yang boleh makan kot kan. Kurma ais tu belum pernah makan lagi. Nanti nak cari jugaklah.

      Delete
  5. harap khasiat buah ni sampai pada Fizah dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  6. Betul, rasanya kelat-kelat manis.
    Bila disimpan lama dlm peti ais jadi lembut nanti lagi sedap. Bagi tekak Akak lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh. betullah tu kelat kelat manis. Masa beli kedai tu dah simpan siap siap dalam peti ais, balik rumah pun letak dalam peti ais. Nak kata lembut sangat tu tidaklah tapi rangup dan mudah gigit.

      Delete
  7. Sedap tu...Saya suka kurma segar ni walaupun sedikit kelat..Dulu selalu juga beli @ PKNS Shah Alam...
    Tapi ni dah bertahun tak pi PKNS tak tau wujud lagi ...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali rasa sedap jugak, tekak boleh terima. Tempat legend tu. Mesti kurang meriah lepas PKP ni kan..

      Delete
  8. Kalau tengok fizikal buah ini macam tiada iras kurma masak.
    Apapun satu pengetahuan baru untuk akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurma masak tu dia dah kecut. Yang muda ni macam buah fresh gitu. Nanti kalau jumpa buah ni boleh beli dan rasa kak.

      Delete
  9. Mahal juga ya kurma madu ni sebiji pun dah rm2.40 . Tapi susah nak dapat . Mesti rangupkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal sebab kurma muda kan. Susah nak dapat. Ye, rangup sangat.

      Delete
  10. Naaaaah yg iniiiii yg saya sukaaaaaaa sangat kak ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„❤️. Saya suka tekstur dia tuh yg rangup, dan tak terlalu manis. Lebih enak lagi kalo di freezer, trus dimakan. Dia tak beku soalnya kan kalo di freezer. jadi pas digigit, kres kres gitu, hahahaha. Suka sangaaaat. Ntah kenapalah baru skr ini taunya. Jadi saya selalu stok di rumah kurma muda nih lah ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jenis buah tekstur rangup dan tak manis sangat. Ye, saya letak dalam freezer sedap sejuk dan rangup. Wahh sedap tu boleh hari hari makan. Tapi kat sini harga boleh tahan mahal juga. Tak dapatlah nak selalu makan, dapat rasa pun jadilah.

      Delete
  11. Saya ingatkan buah kurma ini ada kering dan basah je. Buah kurma muda ni makan dengan kulitnya sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang muda ada dan kurma sejuk pun ada. Ye, makan dengan kulit sekali.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.