Hari Bumi (Earth Day)

Tarikh 22 April, dunia meraikan Hari Bumi atau Earth Day. Tujuan Hari Bumi disambut untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar untuk generasi akan datang.

Di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar setiap tahun akan menganjurkan program-program kesedaran alam sekitar sempena Sambutan Hari Bumi sebagai usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap alam sekitar.

Perubahan iklim (climate change)

Perubahan iklim berlaku mungkin kerana proses semulajadi dalaman bumi, pendorong luaran, ataupun perubahan antropogenik terus menerus dalam komposisi atmosfera dan penggunaan tanah. 

Perubahan Iklim ditakrif sebagai perubahan iklim yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti manusia yang mengubah komposisi atmosfera global dan merupakan tambahan terhadap kepelbagaian iklim semulajadi untuk tempoh masa yang dapat dibandingkan.

hari bumi sedunia 2022
sumber : Tirto


Hari Bumi (Earth Day)

Sambutan Hari Bumi atau Earth Day diraikan pada tarikh 22 April setiap tahun seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar.

Sejarah Bumi

Hari Bumi Sedunia mula diraikan pada tarikh 22 April 1970. Semasa konferensi UNSEO pada tahun 1969 di San Fransisco, aktivis perdamaian John McConnell mencadangkan untuk menghargai tanah air. 

Namun, Hari Bumi Sedunia sebelumnya dicadangkan untuk diadakan pada tanggal 21 Mac 1970, hari pertama musim semi di belahan bumi utara.


Siapakah pengasas Earth Day

Kemudian, Senator A.S. Gaylord Nelson, seorang Demokrat dari Wisconsin, mencadangkan pula untuk meraikan pada peringkat nasional pertama pada tanggal 22 April 1970 dan menamainya 'Hari Bumi.


Tema Hari Bumi 2022

Tema Hari Bumi 2022 adalah "Invest In Our Planet" Bertindak dengan cara yang berani, berinovasi secara luas, dan menerapkan secara adil. Tema ini masih berkaitan dengan tema Hari Bumi 2021, "Restore Our Earth" dan tema Hari Bumi 2020, "Climate Action."

Marilah kita sama-sama jaga bumi kita. Jaga alam sekitar serta hijaukan bumi juga dapat mengurangkan haba yang membantu kehidupan di bumi. 

sumber : https://www.met.gov.my/pendidikan/iklim/perubahaniklim | rakan alam sekitar | suara | lifehackk


8 comments:

  1. suka kempen earth hour yang switch off perkakas elektrik selama sejam. tahun ni tak dapatlah buat sebab terawih. kang tak on speaker tak dengar pulak suara Imam. hehe

    ReplyDelete
  2. Cuba sedaya upaya mana mampu kitar semula plastik dan kertas.
    Hehe macam tidak banyak buat untuk kesejahteraan bumi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira okaylah tu kak, recycle mana yang boleh recycle.

      Delete
  3. Sayangilah alam sekitar kitaaa.. heehe

    ReplyDelete
  4. Teringat suatu masa dahulu kita beramai ramai kempen tutup segala perkakas elektrik selama sejam tak silap. Waktu tu excited betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula mula dulu memang semangat masing masing..tapi sekarang banyak betul perkakas elektrik yang kena on

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.