Pokok bunga janda kaya ni juga dikenali dengan nama musa indah. Haa lagi pelik nama tu! Tak payah nak buat pelik sangat. Terima je lah nama tu. kalau baca dari kisah dongengnya kenapa panggil bunga janda kaya tu sebab ditanam oleh janda kaya kematian suami yang suka tanam pokok bunga. Nama musa indah tu tak tahu pula dari mana datangnya. Pelik pelik je lah nama orang dulu-dulu bagi kan.
Pokok bunga janda kaya ni hidup tumbuh rimbun dan berbunga lebat sepanjang tahun katanya. Betul fakta tu sebab memang sentiasa berbunga je tengok tak pernah tak ada bunga walaupun sentiasa ada bunga gugur. Pokok bunga janda kaya ni macam jarang juga orang tanam dan mungkin kurang mendapat perhatian juga. Nak kata tak cantik, cantik je rupanya.
Pada Fiza, bunga janda kaya ni sangat unik rupa dia. Kelopak dia besar dan tumbuh sejambak sejambak macam tu. Warna bunga pun sangat lawa dan tesktur kelopak bunga seperti baldu. Menarik kan? Sangat cantik tumbuh merimbun dan sentiasa banyak bunga. Sesuai untuk tanaman hiasan landskap rumah kat kampung.
Pernah juga nampak pokok janda kaya di tanam tepi tepi jalan dan juga highway. Pokok janda kaya ni kalau tak silap ada warna oren dan putih. Tapi warna merah jambu ni juga lah yang paling cantik dan yang popular orang tanam. Pokok janda kaya boleh ditanam dengan keratan batang atau kaedah tut. So far macam mudah di jaga. Cuma kalau nak tanam kat rumah sendiri macam tak sesuai ditanam dalam pasu.
Pernah juga nampak pokok janda kaya di tanam tepi tepi jalan dan juga highway. Pokok janda kaya ni kalau tak silap ada warna oren dan putih. Tapi warna merah jambu ni juga lah yang paling cantik dan yang popular orang tanam. Pokok janda kaya boleh ditanam dengan keratan batang atau kaedah tut. So far macam mudah di jaga. Cuma kalau nak tanam kat rumah sendiri macam tak sesuai ditanam dalam pasu.
Dulu rumah mak adalah..Suka juga main2..rasa baldu
ReplyDeleteBuat main pun tak kena marah kan..bunga ni macam orang tak peduli sangat :)
DeleteFirst time dengar pokok bunga janda kaya ni. Lebat pulak tu bunganye. Kat tempat akak tak pastila ada ke tak, atau akak yang tak perasan. Nanti nak try tengok. Kekadang... Ada jugak bunga di halaman rumah mak akak yang akak tak tau nama. Hahaha...
ReplyDeleteApa-apa pun Fiza, thanks atas perkongsian ini. First time dengar nama pokok bunga janda kaya.
kita pun baru tahu kak. sama² :)
DeleteMemang cantiklah. Cakap terus-terang memang belum pernah tengok. Terima kasih kerana kenalkan.
Deletesama² :)
DeleteBaru tahu namanya.. Sha suka tengok pok nie sebab sentiasa ada bunga..
ReplyDeleteye kak..suka jugak tengok rimbun sentiasa
DeleteBoleh buat main letup-letup ni.hehehehe.
ReplyDeleteohh boleh buat main letop² gak ye kak..macam tak tahu pulak tang tu
Deleteooo tu nama dia ek, slalu juga tengok tapi taktau nama sglamer tu pula 😁😁
ReplyDeletesangat glamour namanya kan :)
DeleteNama vogue sangat 😅. Nak sebut banyak kali macam naik segan pulak 😅
ReplyDeletehaha..kan! risau pulak nak sebut.
DeleteDulu di rumah uwak ada tanaman macam itu sekarang sudah tak ada 😁
ReplyDeletehabis ditebang ke atau sudah mati tu?
DeleteWhoaa.. Nice info.. Baru tahu gakk.. Nanti nak cari.. Mintak izin tanam umah nenek. Hehehee
ReplyDeletesilakan tanam ^__^
Deletelaaa, baru tahu nama pokok ni. kat sekeliling kuerters area Putrajaya dan kat rumah akak pun banyak pokok ni. memang cantik bunga ni. warna dia cantik.
ReplyDeletemesti cantik landskap kalau pokok dia banyak dan penuh dengan bunga.
DeleteAda juga tanam tepi rumah.
ReplyDeleteTanam dalam pasu besar pun boleh.
Ohh dia tak besar sangat ke nanti? ke kena cantas kalau dah membesar sangat? sebab biasa nampak pokok ni tanam dalam tanah terus.
Deleteuish nama dia haha
ReplyDeletejangan tak percaya tau. hihi
Deleteakak tahu nama janda kaya tapi nama lagi satu tu tak pernah dengar...
ReplyDeleteakak suka tengok bunganya yg besar kembang gitu... sentiasa berbunga
nama musa indah tu lagi jauh perginya kan.
DeleteBukan autaa ya... Ada jugak pokok bunga Janda Kaya... Sapa lah yang letakkan nama tu ya?
ReplyDeleteHaa..itulah kan..wujud rupanya. entahlah siapa founder nama ni pun tak tahu lah
Deleteoh mmg namanya gtu ye...biasa tgk pokok bunga ni tp tktau plak gtu namanya hehe
ReplyDeletebegitulah namanya. Kalau google mungkin boleh baca kisahnya kalau ada dikongsikan
Deleteamboi nama pokok kemain lagi cantek berjanda bagai, suka la tengok pokok ni sebab cantek. bunga dia rasa macam baldu bila pegang. Skrg jarang jumpa pokok ni. Pokok bunga raya pun payah nak jumpa
ReplyDeletememang cantik warnanya dan berbunga lebat buat lagi cantik dengan pokok rimbun tu. A ah kan, pokok bunga susah nak jumpa sekarang..makin pupus pulak
Deleterumah jiran sy dulu bersepah2 dgn pokok ni smpi sy naik lemas hehehehehe tp kalau main pondok2 suka dok petik bunga dia hahahaha
ReplyDeleteKalau banyak sangat memang agak lemas sebab pokok dia rimbun sangat. Kalau petik pun xkena marah kan..sebab bunga dia banyak tak pernah habis.hihi
Deletelahai..masa kecik² dulu pokok ni ler yang selalu akak buat main..bunga² tu petik buat sayur..hahaha..tak sangka rupanya janda kaya..
ReplyDeleterata rata Fiza baca komen ramai betul yang buat main masa kecik..hehe..sebab petik pun xrasa bersalah gitu kan. bunga banyak dan tak sape kisah kalau petik
Delete