Buah Anggur hitam Tanpa Biji

Stok buah habis, beli pulak buah anggur hitam tanpa biji. Sesekali tukar stok buah kat rumah. Manfaat buah anggur tanpa biji pun banyak juga kan. Setiap buah tu ada nutrisinya. Tapi saya ada terbaca buah anggur hitam tanpa biji berbahaya.

Saya pun carilah maklumat tentang itu. Jumpalah artikel tentang buah tanpa biji ni bahaya atau tidak. Boleh baca mitos GMO buah tanpa biji yang telah terjawab. Sila baca kalau nak tahu lebih lanjut lagi.

Harga anggur hitam tanpa biji Malaysia biasanya satu pek dalam lingkungan belasan macam tu. Selalunya buah tanpa biji ni mahal sikit daripada yang berbiji. 

Untuk menghasilkan buah anggur tanpa biji bukan mudah. Dia tak tumbuh semulajadi tanpa biji tapi sebaliknya perlu guna teknik kultur tisu seperti yang saya baca dalam artikel tersebut. Bukan kerja mudah kan. 

Jadi, kita nikmatilah buah anggur tanpa biji ni dengan rasa bersyukur. Mudah nak makan terus kunyah tanpa perlu risau tergigit biji dan buang bijinya.

Buah Anggur hitam Tanpa Biji

Comel-comel saiz buah anggur tanpa biji berbentuk lonjong ni. Ada terselit warna ala merah sikit disitu. Sebelum makan pastikan cuci dulu. Saya cuci guna kaedah rendam dengan garam bukit himalaya halus pink tu.

Kebaikan cuci dengan garam himalaya
  • Membersihkan kotoran yang melekat pada buah
  • Mematikan ulat atau kutu sayur
  • Dapat menanggalkan bahan kimia yang terdapat pada makanan
  • Mencegah pengoksidaan
  • Sayur dan buah tahan lebih lama
  • Boleh di simpan semula selepas dibersihkan

Dah ambil gambar lupa pulak nak potong separuh tunjuk keratan rentas buah anggur tanpa biji ni. Haiyaaa...

40 comments:

  1. mkn anggur tkde biji mmg best ..mmg harganya mhl

    ReplyDelete
  2. Akak suka makan anggur ni. Senang takde biji. Tak risau bila anak² makan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka anggur tanpa biji. Ngap je kan. Betul tu, tak risau kalau budak budak nak makan.

      Delete
  3. Sedap makan waktu petang sambil nikmati suasana damai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..macam minum petang pulak kan. Makan anytime pun sedap. Setiap kali bukak peti ais ngap 2-3 biji.

      Delete
  4. mungkin bahaya kalau makan dalam kuantiti yang banyak sebab dia GMO kan, bukan semulajadi. makan saja dengan berpada. menarik juga teknik cuci buah dengan garam himalaya. terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah. Terima kasih Sal, ingatkan. Yep, boleh cuba sebab biasa basuh sayur pun macam tu jugak :)

      Delete
  5. di rumah sy mmg selalu pastikan stok buah sentiasa ada...

    ReplyDelete
  6. Buah2an bermusim tempatan dah habis musim
    Kena carilah buah import pula

    ReplyDelete
  7. Teknik GMO ni yang buatkan byk buah-buahan yg sepatutnya berbiji banyak dah tak ada biji, kan. Contohnya, buah tembikai. Oh, buah pisang pun sebenarnya berbiji, itu yg pernah akak baca dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu kak. Buah tembikai seedless macam belum pernah beli lagi. Oh ye ke? Baru tahu pasal buah pisang tu. terima kasih share.

      Delete
  8. Sedap buah anggur, tiada biji laju pula dihabiskan, Tanam dengan keratan atau pokok agaknya.. Kalau biji boleh cuba tanam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang laju sikitlah habis makan. hihi..Saya tak pasti pulak tu kak. Kena cari maklumatnya :)

      Delete
  9. Tgk ni teringat pulak request dari Ozil nak makan anggur.

    Arwah mama ammi guna buah anggur hitam ni masa rawat demam kuning anak. Ambil sebijik, perah je setitik dua bagi kat baby. Ini petua org cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur baca entry ni kan..Hihi..mengingatkan ammi beli buah anggur untuk Ozil.
      Tak pernah dengar pulak petua tu. Kot ada yang masalah anak demam kuning, bolehlah gunapakai petua ni. Terima kasih share :)

      Delete
  10. malas nak makan buah anggur sebab malas nak asingkan biji dia. kalau tergigit biji dia terus hilang mood nak makan..haha

    ReplyDelete
  11. Sedap makan anggur tanpa gangguan (biji). Banyak biji boleh habis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali hadap pun boleh habis kak Amie. Lagi pulak saiz dia comel comel :)

      Delete
  12. Suka jugak, tapi takleh makan sekaligus banyak..nanti rasa tak sedap kat tekak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kadang rasa kelat kelat sikit kat tekak. tanda tanda kena berhenti makan tu agaknya. Hihi

      Delete
  13. best je kalau makan buah tiada biji.. anggur kat sini agak mahal juga la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...makan kunyah terus tanpa perlu buang biji. Tak dinafikan harga makanan kat sana lebih mahal.

      Delete
  14. Selalu rendam dengan air dan cuka.
    Bolehlah cuba guna garam Himalaya. Akak ada garam itu.
    Baru tahu anggur tanpa biji itu bukan tanam secara semulajadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dengan cuka boleh juga ye. Cuka tak ada, saya guna garam je lah sebab tu memang ada stok untuk masakan. Ye kak :)

      Delete
  15. Betul bab cuci buah kena guna garam baru bersih tp kadang terlalu taksub nk mkn cuci begitu saja. Haha. Memang best anggur hitam tanpa biji. Mahal janji makan begitu xperlu risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..belum lagi buat macam tu. Iye, mahal sikit sesekali beli bolehlah :)

      Delete
  16. wah sedap anggur tanpa biji ini, tapi agak mahal di Indonesia. Saya baru tahu garam himalaya bisa untuk mencuci buah, nice info kak, saya ada garam himalaya tapi belum lagi terpakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah tanpa biji memang mahal sebab untuk menghasilkannya bukan mudah. Nanti boleh cuba untuk basuh buah dan sayuran :)

      Delete
  17. Memang sedap makan anggur tak de biji. Lagi satu anggur yang panjang tu. Kalau ada biji leceh sikit dan lambat nak habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu naniey. Anggur panjang tu puas makan sebab besar sikit dari anggur biasa. Lagi puas makan.

      Delete
  18. Kalau makan anggur without biji leceh. Jadi memang anggur tanpa biji lah menjadi pujaan hati

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.