Ehhh...Dah hujung bulan baru tuan blog nak muncul ek. Maafkan saya kerana terpaling tak ada mood bulan ni. Mood upside down kenapa entah. Writer's block pun ye. Begitulah lumrah seorang blogger, mood pasang surut orang kata.

Terima kasih yang bertanyakan khabar. Saya baik-baik je buat masa sekarang ni. Sebelum ni kesihatan kurang baik sebab kena influenza A. Dan Encik Suami pun terpalit sekali diserang influenza B. Boleh pula ek kena lain-lain virus.

Alhamdulillah syukur sekarang kembali stabil.  Tak ada dah saki baki batuk. Lama juga nak hilang batuk tu. 

Bila semuanya dah pulih, barulah dapat menaip dengan tenang. Mood pun macam ikut sekali. Bulan November yang mencabar pada tahun ni. Asal November je ada je hal sakit dan sedih. Macam tahun lepas operate mata dan arwah mak sakit. 

Pejam celik pejam celik, dah setahun berlalu. Aaaa sedihnya tak tahu nak cakap! Tambah sedih, bulan depan Disember bulan paling sedih sebab bulan yang sama  mak abah meninggal dunia cuma berbeza  tahun. Cepatnya masa berlalu. Hmmm...

Pasal ni tak boleh  taip banyak-banyak nanti emosi melebih-lebih pula. Banyak cerita tertangguh tak sempat di blog kan lagi. Saya ambil mood dulu panaskan enjin. Lepas ni pelan-pelan kayuh kembali semula dan berblogwalking. Okay?


November

Gratitude is the ink that turns moments into treasures.

 

Bulan November 2026


Notes of Gratitude
And proclaim the favor of your Lord —Ad-dhuha 93:11

I like jotting down little joys.
A warm smile, a task finally done, a quiet evening light.
I hope to remember that gratitude grows in the ordinary, and every note I write is a reminder  of grace.


Cuti umum/ Public holidays November 2026

6 November (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Perak/ Sultan of Perak's Birthday (Perak)
8 November 2026 (Ahad): Hari Deepavali (Semua negeri kecuali Sarawak)
9 November 2026 (Isnin): Cuti Ganti Deepavali (Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Sarawak & Terengganu

Sambutan pada bulan November

Sabtu Pertama November – Sambutan Hari Kanak-Kanak (Children's Day)
Khamis Ketiga November – Sambutan Hari Falsafah Sedunia (World Philosophy Day)
11 November – Sambutan Hari Veteran (Veterans Day)
12 November – Sambutan Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia (World Pneumonia Day)
14 November – Sambutan Hari Diabetes Sedunia (World Diabetes Day)
17 November – Sambutan Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia (World Prematurity Day)
19 November – Sambutan Hari Lelaki Sedunia (International Men's Day)
19 November – Sambutan Hari Tandas Sedunia (World Toilet Day)
20 November – Sambutan Hari Kanak-Kanak Universal (Universal Children's Day)
21 November – Sambutan Hari Televisyen Sedunia (World Television Day)
25 November – Sambutan Hari Penghapusan Keganasan Keatas Wanita Antarabangsa (International Day for the Elimination of Violence against Women)
30 November – Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri (Self-injury Awareness Day)