Telefilem Renjana

Tonton Telefilem Renjana bersiaran pada hari Isnin, 5 September 2022 pukul 8:30 malam di Slot Kuasa 3 maalama TV9. Telefilem Renjana dibintangi pelakon Amelia Henderson, Ungku Ismail Aziz, Aidit Noh, Adeline Tsen, Nik Adam Mika dan ramai lagi. Renjana membawa kisah seorang wanita yang obses dengan kecantikan tubuh badannya. 

telefilem renjana full movie

TELEFILEM RENJANA

Waktu siaran : Isnin, 5 September 2022 pukul 8:30 malam
Siaran TV : Slot Kuasa 3 Malam TV9 di Astro 149, myFreeview 109 dan Tonton
Penulis skrip : Syed Mohamad Taufik
Pengarah : Shuhaimi Lua Abdulllah
Produksi : Tanah Beris Film Production

PELAKON TELEFILEM RENJANA

  • Amelia Henderson
  • Ungku Ismail Aziz
  • Aidit Noh
  • Adeline Tsen
  • Nik Adam Mika
  • Faizul, Farra Shaharudin
  • Lyna Taufek
  • Norazlina Ismail

SINOPSIS TELEFILEM RENJANA

Mengisahkan tentang Nora, seorang wanita muda yang bahagia di sampung suaminya Iqbal. Perkahwinan mereka bertambah bahagia dan lebih sempurna dengan kurniaan seorang cahaya mata yang bijak Adib.

Iqbal pula telah dinaikkan pangkat di syarikatnya. Walaupun sibuk dengan tuntutan kerja, Iqbal tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah. Nora terpaksa akur dengan permintaan suaminya untuk berpindah ke rumah baharu yang jauh dari keluarga mereka berdua.

Iqbal percaya yang Nora mampu menjaga rumahtangganya dengan baik. Bermulalah rutin harian Nora sebagai seorang suri rumah dan dia merasakan kehidupannnya sangat lengkap dan bahagia.

Teman rapatnya, Izyan melihat kehidupan Nora amat bosan. Bermulalah konflik apabila Izyan menegur Nora semakin berisi. Teguran itu telah menggangu fikiran Nora yang selalu berfikiran secara negatif atau bukan-bukan.

Sikap Nora telah mencuri tumpuan Iqbal. Iqbal tidak mengambil kisah dan terima Nora seadanya tetapi Nora mahu dirinya kelihatan cantik dan ramping hanya untuk suaminya. Atas ajakan Izyan, Iqbal membenarkan Nora pergi ke gimnasium.

Nora dan Izyan sering meluangkan masa bersama di gimnasium. Mikaad seorang jurulatih yang berbadap tegap dan kacak telah menarik minat Izyan. Nora tidak senang dengan sikap Izyan yang hanya fokus kepada Mikaad. Pada mulanya, Nora tidak mengendahkan Mikaad, namun dia dikejutkan dengan tindakan beranai Mikaad yang sering menari peluang untuk mendekatinya.

Lama-kelamaan hubungan Nora dan Mikaad semakin rapat hingga Mikaad berani munculkan diri di rumah Nora. Malah Mikaad berkenalan dengan Iqbal dan memberitahu yang dia tinggal di kawangan yang berdekatan.

Pujuk rayu Mikaad berjaya melenturkan hati Nora. Ternyata Mikaad lebih romantis daripada Iqbal. Nora mula hanyut dalam lamunan. Adib selalu mengadu kepada ayahnya tetapi Iqbal yakin dengan Nora. Akibat terlalu leka dengan cinta.

Nora telah mengabaikan Adib sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini. Adakah Nora mampu menyelamatkan keadaan dan bagaimana dia berdenpan dengan Iqbal nanti.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.