Telefilem Kari Ayam Mama

Tonton Telefilem Kari Ayam Mama, sebuah telefilem romantik komedi ulang siar pada hari Isnin, 12  September 2022 pukul 8:30 malam di Slot Kuasa 3 Malam TV9 lakonan Amyra Rosli, Izzue Islam, Melissa Tan, Ranjini dan ramai lagi.

telefilem kari ayam mama

TELEFILEM KARI AYAM MAMA

Waktu siaran : Isnin, 12 September 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Slot Kuasa 3 Malam TV9, Astro saluran 149, myFreeview 109 dan Tonton
Penulis skrip : Azlina Din
Pengarah : Ismail Bob Hasim
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Genre : Romantik komedi

PELAKON DAN WATAK

  • Amyra Rosli sebagai Nia
  • Izzue Islam sebagai Rash
  • Rahim Razali sebagai Tok Man
  • Melanie Tan
  • Eryn Gani
  • Ranjini Devi

SINOPSIS TELEFILEM KARI AYAM MAMA

Berkisarkan tentang seorang gadis bernama Nia. Nia seorang gadis cantik yang sentiasa menjaga penampilan dan seringkali mendapat perhatian lelaki. Namun, Nia masih tidak boleh menerima kehadiran teman istimewa dalam hidupnya.

Rash pula adalah jiran baharu Nia dan mereka seringkali bergaduh semenjak kehilangan pokok daun kari milik Nia. Bagaimanapun, lama-kelamaan hati Nia tertarik pada Rash dan Nia mula mempelajari masakan kari dengan jirannya yang berbangsa india, Malar.

Hasil gabungan resepi kari Melayu dan India hasil air tangan Nia, ia telah berjaya memikat hati Rash.

Apakah pengakhiran kisah Nia dan Rash? Adakah cinta mereka akhirnya bersatu?

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.