Filem Mencuri Raden Saleh

Tonton Filem Mencuri Raden Saleh release date bermula 22 September 2022 di seluruh pawagam tanah air Malaysia. Mencuri Raden Saleh, sebuah filem aksi heist terbaik Indonesia tahun 2022. 

Filem Mencuri Raden Saleh terbitan Visinema Pictures, Jagartha, Blibli dengan kerjasama Astro Shaw telah ditayangkan di Indonesia pada 25 Ogos 2002 yang lalu. Filem ini telah berjaya meraih kutipan lebih 1.2 juta penonton dalam tempoh kurang satu minggu tayangan. 

Filem ini diarahkan oleh Angga Dwimas Sasongko yang juga merangkap sebagai Penerbit Eksekutif, lakon layar, idea asal Mencuri Raden Saleh.

Filem Mencuri Raden Saleh memiliki jalan cerita yang segar dan sarat dengan babak aksi mendebarkan. Turut mengetengahkan kisah golongan gen-Z yang dijayakan oleh pelakon-pelakon muda yang telah menempa nama menerusi filem-filem box office Indonesia seperti :
  • Iqbaal Ramadhan (pelakon filem no 1 genre romantik drama Indonesia, filem Dilan)
  • Angga Yunanda (Habibie & Ainun 3)
  • Aghniny Haque (filem no 1 paling laris Indonesia, KKN di Desa Penari)
  • Rachel Amanda (Dua Garis Biru), Umay Shahab (Danur 3)
  • Ari Irham (Generasi 90an : Melankolia)

Setiap watak yang dimainkan mempunyai peranan dan tugas berbeza dalam misi pencurian ini serta diberi gelaran masing-masing seperti :
  • Piko - The Forger
  • Ucup - The Hacker
  • Fella - The Negotiator
  • Sarah - The Brute
  • Gofar - The Handyman
  • Tuktuk - The Driver

mencuri raden saleh

FILEM MENCARI RADEN SALEH

Mula Tayangan : 22 September 2022 (Malaysia)
Penulis skrip : Muhammad Husain Atmodjo,  Angga Dwimas Sasongko
Cerita Asal : Angga Dwimas Sasongko
Pengarah: Angga Dwimas Sasongko
Syarikat Penerbitan : Visinema Pictures
Genre: Aksi

PELAKON DAN WATAK

  • Iqbaal Ramadhan sebagai Piko
  • Angga Yunanda sebagai Ucup
  • Aghniny Haque sebagai Sarah
  • Rachel Amanda sebagai Fella
  • Umay Shahab sebagai Gofar
  • Ari Irham sebagai Tuktuk
  • Tyo Pakusadewo sebagai Permadi
  • Dwi Sasono sebagai Budiman
  • Atiqah Hasiholan sebagai Dini
  • Ganindra Bimo sebagai Detektif Arman
  • Andrea Dian sebagai Detektif Sita
  • Muhammad Khan sebagai Rama
  • Reza Hilman sebagai Reza
  • Joshua D Pandelaki sebagai Marwan
  • Ratna Karya Riantiarno sebagai Nenek Sarah
  • Jenny Zhang sebagai Ibu Fella
  • Tegar Satrya sebagai Gito
  • Frangky Lucas Manuhutu sebagai Doni

SINOPSIS FILEM MENCARI RADEN SALEH

Mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa.

Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.

LAGU TEMA (OST) FILEM MENCARI RADEN SALEH

Lagu : Juragan & Tuan
Penyanyi :  Tuan TigaBelas

Lagu : Sebuah Kisah Klasik
Penyanyi : Rendy Pandugo

2 comments:

  1. Saya tak sempat nonton film ini pas masih di bioskop Jakarta 😅. Banyak yg bilang bagus, sayang dah tak keluar filmnya. Jadi berharap nanti bisa ada di Netflix, ataupun Disney Hotstar 😄. Kebanyakan masuk di sana film2 Indonesia yg bagus di bioskop, tapi dah tak main

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti akan masuk juga di Netflix nanti. Bolehlah tengok. Biasanya keluar panggung di sini selepas ditayangkan disana kan. Saya pun tak berkesempatan tengok lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.