Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah umumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 berkuatkuasa 1 Mei 2022. Berikut adalah prosedur yang telah dikemaskini berkaitan pengurusan COVID-19 di Malaysia.

Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022

PELITUP MUKA

  • Wajib di dalam bangunan termasuk pengangkutan awam dan kenderaan e-hailing.
  • Pilihan apabila berada di luar bangunan dan kawasan terbuka tetapi digalakkan di kawasan yang sesak. Individu berisiko tinggi juga digalakkan memakai pelitup muka.

PENJARAKAN FIZIKAL

  • Tidak lagi diperlukan
  • Digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka

DAFTAR MASUK (CHECK-IN) DAN STATUS VAKSINASI MYSEJAHTERA

  • Daftar masuk (Check-in) dimansuhkan
  • Kemasukan ke premis dibenarkan tapa mengira status vaksinasi kecuali mereka yang berstatus 'Berisiko Tinggi atau di bawah HSO
Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan mulai 1 Mei 2022. My Sejahtera dalam kenangan Mac 2020-Mei 2022. Lepas ni tak payah lagi nak scan bila masuk mana mana premis.

Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022

POSITIF COVID-19 (UJIAN DAN PELEPASAN)

Secara amnya, kes positif COVID-19 dikehendaki untuk kuarantin selama 7 hari. Walau bagaimanapun, di bawah Ujian dan Pelepasan, mereka akan mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag yang
diselia pengamal perubatan pada hari ke-4. Jika negatif, mereka boleh menamatkan kuarantin.

MENGEMBARA

  • Pengembara yang telah lengkap divaksinasi dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dikecualikan daripada ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan
  • Pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi hendaklah menjalani ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan ujian RTK-Ag yang diselia dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan. Mereka juga perlu dikuarantin selama 5 hari
  • Insuran COVID-19 tidak lagi diperlukan untuk semua pelancong yang memasuki Malaysia

SENARAI NEGATIF

Senarai aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah dibenarkan. Semua sektor ekonomi boleh beroperasi mulai 15 Mei 2022.

 
sumber : kkm 

Walaupun banyak kelonggaran dah diberikan dan kita agak bebas sikit tapi jangan leka ye untuk jaga SOP, COVID-19 masih belum punah.

14 comments:

  1. Walau banyak kelonggaran tapi kena pandai jaga SOP sendiri kan...kita semua belum menang sebab virus tu masih ada di luar sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jaga diri sendiri sekarang ni. Selagi COVID-19 tu masih wujud.

      Delete
  2. rasa janggal plak klu berjalan2 tanpa MASK skrg ni

    ReplyDelete
  3. moga2 kita trus hidup mcm normal spt dlu

    ReplyDelete
  4. Kita jaga kita lah pulak lepas ni. Masih risau dan terasa tak selamat kalau tak pakai masak atau penjarakan fizikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mask on, sebab dah terbiasa dah kan selagi covid-19 masih belum pupus.

      Delete
  5. masih kena berjaga jaga juga walaupun SOP dah longgar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Dr.Syu, takleh nak leka sangat even ada kelonggaran SOP

      Delete
  6. Walaupun dha longgar, harapnya masih berjaga-jagalah juga ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Tak boleh leka sangat, SOP tetap kena jaga.

      Delete
  7. Suami dah beberapa kali ajak untuk ke Malaysia, apalagi dengan tiada karantina ke depannya kan. Tapi belum ketemu waktu yg pas. Terlebih pasport pun dah mati 🤣🤣. Belum sempat naik renew hahahah. Tapi pastinya rindu sangaaaaat ke Malaysia lagi 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat cepat renew passport, nanti boleh datang Malaysia lagi makan makanan sedap sedap yang dirindui kat sini :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.