Header Ads


Bab 5 : Mei 2022

Masuk bab 5 dah! Giliran bulan Mei munculkan diri. Bulan Mei yang dinantikan sebab hari raya bakal tiba beberapa hari lagi. Hari raya yang tertangguh diraikan dengan lebih meriah. Dalam masa yang sama, sedih juga terasa bila Ramadan bakal melabuhkan tirai. 

Semoga dipanjangkan umur dapat bertemu di Ramadan akan datang. Aamiin...

Bila tiba musim perayaan ni dah tentulah cuti bulan Mei 2022 tahun ni lebih banyak kan. Cuti sekolah 2022 pun lama rasanya. Ke? Sejak COVID-19 melanda ni rasa macam dah kurang ambil tahu cuti sekolah ke cuti umum ke. Sebab lama terperap dalam rumah masa PKP.

Syukur bila dah diumumkan endemik. Dah banyak kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022. Dapatlah kita merentas negeri balik kampung masing-masing. Riang raya lain macam tahun ni. Mask tetap On, risau pulak nak bukak kalau keluar rumah tu. Dah terbiasa kot. 

Tapi...dalam kita gembira pasti ada yang bersedih kehilangan orang yang tersayang dalam masa COVID-19 atau sebaliknya. Suasana hiba dan kesedihan tu tak dapat dibayangkan. Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran kepada mereka yang kehilangan. 

Bab 5 : Mei 2022

Life is tough but so are you

Be as tough as Bougainvillea
From the side of beautiful roads
To gorgeous cascade drifting across rooftops
and down the abandoned walls
blooming with grace whenever planted

Cuti bulan mei 2022

1 Mei (Ahad) : Hari Pekerja (Semua Negeri)
2 Mei (Isnin) : Cuti Hari Pekerja (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
3 Mei (Selasa) : Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)
4 Mei (Rabu) : Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
15 Mei (Ahad) : Hari Wesak (Semua Negeri)
16 Mei (Isnin) : Cuti Hari Wesak (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
17 Mei (Selasa) : Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
22 Mei (Ahad) : Hari Hol Pahang (Pahang)
23 Mei (Isnin) : Cuti Hari Hol Pahang (Pahang)
30 Mei (Isnin) : Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah)
31 Mei (Selasa) : Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah)

Tudiaaa, bersusun cuti umum bulan Mei ni. Boleh rancang cuti cuti Malaysia ni. Atau beraya sakan sebulan balas dendam 2 tahun tak beraya sakan. Selamat enjoy raya dan jaga diri.

Bulan Mei, bakal dapat anak buah menantu. Majlis anak buah hari raya kelima. Dah ada tugas kena gubah hantaran. Nampaknya macam sibuk nanti.

Bermula 1 Mei 2022, Kerajaan akan melaksanakan kadar gaji minimum baharu iaitu RM1,500. Pelaksanaan gaji minimum hanya membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

baca juga : kelonggaran SOP COVID-19 bermula 1 Mei 2022

6 comments:

  1. Replies
    1. Selamat hari pekerja dan selamat bercuti KakRet :)

      Delete
  2. Seronok banyak cuti, lagi2 kalau tengah banyak duhet, hehehehe.

    Blog tak cuti, kannnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu. Beronok ronok cuti bila ada bajet. Blog tak mau cuti :)

      Delete
  3. Banyak kelonggaran, moga kita jangan terlalu alpa.

    Nanti share-lah gubahan hantarannya Fiza, boleh jamu mata :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, jangan leka.
      InshaAllah kak kalau menjadi elok. hehehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.