Lagu Medley AJL35 Gabungan Suara Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose & Dean Eiman

Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) akan diteruskan selepas beberapa kali ditunda disebabkan pandemik COVID-19 dan PKP2.0.

Buat pertama kalinya dalam sejarah AJL tiada penonton yang akan memeriahkan acara kemuncak Anugerah Juara Lagu beprestij tu . AJL 35 akan bersiaran lansung pada hari Ahad 14 Mac dengan mengikut segala SOP yang ditetapkan.

Teaser AJL pun dah makin kerap keluar kat TV. Tambah menarik bila Lagu Medley AJL 35 yang dinyanyikan oleh Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose and Dean Eiman menjadi bualan ramai especially Hannah Delisha. Apesal suara dia sedap sangat ni.

Lagu Medley AJL35 Gabungan Suara Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose & Dean Eiman
sumber : youtube Valient Music



Aura pengantin baru agaknya. Suara Raysha Rizrose pun boleh tahan hebat. Suara Azmi Saat toksah pertikaikan lagi. Suara sedap. Dean Eiman, siapakah?

Mantap gabungan suara Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose and Dean Eiman. Ini kalau buat live masa pembukaan AJL 45 mesti lagi gempak.

Pasti gempak jika keempat-empat mereka ini membuat persembahan pembuka tirai di malam AJL35 nanti kan?

Edisi AJL35 kali ini, Valient Music menghasilkan sebuah video 'cover medly' yang menampilkan 12 lagu finalis AJL 35 yang bakal berentap pada malam AJL 35 nanti.


Konsep penggambaran video tersebut dikatakan adalah hasil idea daripada Hannah Delisha dan susunan muzik oleh Azmi Saat.

Hannah Delisha : 7 Nasihat, Gila, Hati
Azmi Saat & Raysha Rizrose : Belenggu Rindu
Dean Eiman : Kau sakiti, Aku Bidadari Syurgamu
Azmi Saat : Peluang kedua, Jangan Khianati Aku, Eh
Raysha Rizrose & Dean Eiman : Gundah, Hutang
Raysha Rizrose : Semalam

12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-35 2020

1. 7 Nasihat 
Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza (Pengganti : Shiha Zikir), Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer : Kmy Kmo & Luca Sickta
Lirik : Kmy Kmo & Luca Sickta

2. Belenggu Rindu 
Penyanyi : Dato' Jamal Abdillah & Wany Hasrita
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

3. Gila
Penyanyi : Kaka Azraff, Noki & Loca B (pengganti :Tuju)
Komposer : Noki, Loca B & Ezra Kong
Lirik : Noki, Loca B & Ezra Kong

4. Kau Sakiti 
Penyanyi : Amir Masdi
Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage
Lirik : Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage

5. Peluang Kedua
Penyanyi : Nabila Razali (pengganti : Hael Husaini)
Komposer : Hael Husaini & MFMF
Lirik : Hael Husaini & MFMF

6. Aku Bidadari Syurgamu
Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza (pengganti : Aishah)
Komposer : Ippo Hafiz
Lirik : Siti Rosmizah

7. Gundah 
Penyanyi : Ernie Zakri
Komposer : Ernie Zakri & Sharon Paul
Lirik : Ernie Zakri & Sharon Paul

8. Semalam
Penyanyi : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul

9. Eh 
Penyanyi : Zizi Kirana
Komposer : Navigator & Zizi Kirana
Lirik : Mambang & Zizi Kirana

10. Hati
Penyanyi : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

11. Jangan Khianati Aku 
Penyanyi : Azlan & The Typewriter
Komposer : Dark
Lirik : Dark

12. Hutang 
Penyanyi : Floor 88
Komposer : Zai Hamzah
Lirik : Achoi Floor 88

13 comments:

  1. Baru tahu ditunda. Lama tak tengok tv3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok online je kak, jarang juga tengok tv :)

      Delete
  2. Si Hannah ni sekarang tengah glamour!

    ReplyDelete
  3. Yuhuuuuu.. waiting for thiss becoming AJL 😙

    ReplyDelete
  4. wah taktahu pulak ada medley ni. Hannah ni dulu pernah ada lagu kot tak silap, sedap juga suara dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, Hannah meemang penyanyi. Cuma jarang dia nyanyi genre macam ni :)

      Delete
  5. Wah taktau Hannah delisha pandai nyanyi dahlah cantik :')

    ReplyDelete
  6. Wah penyanyi baru nyanyi lagu AJL.

    ReplyDelete
  7. suara Hannah memang sedap. Suka dengar lagu-lagu dia, dah la comel

    ReplyDelete
  8. Baru first time dgr suara Raysha... sedap :)

    ReplyDelete
  9. Tahu AJL dah dekat pun pasal handle iklan promo semalam. Ditaja oleh mcD lagi. Sape menang confirm dapat stok mcd setahun. Haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.