St. Ives Blemish Care Tea Tree Cleanser

St. Ives soothing chamomile face cleanser hampir habis. Sebelum betul betul habis sampai titisan terakhir, baiklah beli stok awal. Niat di hati nak cuba St. Ives glowing apricot face cleanser tu tapi tak ada. Yang ada cuma St. Ives blemish care tea tree cleanser je.

Rasa macam susah nak cari St. Ives face cleanser ni. Pergi beberapa store Watsons pun tak ada. Dari Pilah ke Seremban mencari. Bila dah jumpa, ada St. Ives blemish care tea tree cleanser je. Itupun tinggal 3 botol. 

Cepat habis ke macamana? Jangan lepas ni tak produce lagi sudahlah. Tak ada yang apricot, tea tree pun bolehlah. Tea tree ni selalunya serasi dengan kulit. Takpa, kita cuba dulu St. Ives blemish care tea tree cleanser. 

Sesuai jugak tu blemish care. Lately seketul dua Cik J muncul tanpa diundang. Terkejut barangkali polar hidup yang berubah sejak puasa. Tidur tak menentu dan rasa letih sikit banyak kerja menggunakan otak. 

Sabajap eh cik J. Harap lenyaplah dikau lepas ni.

st ives blemish care tea tree face wash review

St. Ives Blemish Care Tea Tree Cleanser

Diformulasikna untuk menghilangkan kesan cela pada kulit. Diperbuat dengan asid salisilik dan 100% ekstrak pokok teh semulajadi yang mampu menanggalkan kotoran, minyak dan kekotoran dari permukaan kulit untuk melawan jerawat dan mencegah jerawat dari muncul.

Cara penggunaan

1. Picitkan cecair pencuci muka pada hujung jari dan urut perlahan-lahan pada muka. 
2. Urut dengan gerakan bulatan dengan lembut seluruh wajah untuk peredaran semula jadi kulit.
3. Selepas itu, bilas dan lap kering dengan tuala bersih dengan cara dap dap perlahan.

St. Ives acne control daily face cleanser memang sesuai untuk kegunaan setiap hari. 

Bau St. Ives Blemish Care Tea Tree Cleanser

Jika dibandingkan bau St. Ives soothing chamomile face cleanser dengan St. Ives blemish care tea tree cleanser. Jujur cakap saya lebih sukakan bau St. Ives blemish care tea tree cleanser sebab bau daun tu saya boleh terima lagi berbanding bau bunga yang agak kurang menyenangkan hidung.

Bau tea tree tu macam dah biasa, jadi tak ada masalah dengan bau.

Saya perasan juga, St. Ives blemish care tea tree cleanser  ni lebih berbuih dan lebih best mencuci muka. Membersih kulit muka dengan lebih berkesan lagi. Ye lah kan, fungsi dia pun untuk blemish care macam jerawat, jeragat, white head, black head, parut jerawat dan sewaktu dengannya.

Harga St. Ives blemish care tea tree cleanser, RM20 lebih ada promo. Sebelum ni beli St. Ives soothing chamomile face cleanser RM21 lebih macam tu. 

nota pink :
J : Jerawat
Sabajap : Sabar kejap

20 comments:

  1. Boleh cuba ini. Akak suka teh. Sebelum ini cuba jenama Aiken.

    ReplyDelete
  2. Dah lama x guna product St.Ives...dulu rajin beli...biasa lah suka tukar2 pengaruh iklan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk St.Ives ni dulu popular dengan scrub apricot dia kan. Sekarang dah ada cleanser dan body wash. Dah banyak rangkaian produk dia. Hehe..pengaruh iklan tu sukar nak dielakkan. Cepat terpengaruh jugak kadang

      Delete
  3. Tea Trea ni memang bagus untuk jerawat, anak Sis kalau guna mesti yang ada TT ni, sebab mukanya sensitif.. nanti boleh try ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, banyak jugak produk yang menggunakan tea tree untuk merawat masalah kulit. Nanti bolehlah cuba kot sesuai dengan kulit muka dia jugak.

      Delete
  4. Akak pun ada juga cik J. Dehidrated skin, memang akan keluar breakout. Pencuci muka yang ada banyak buih, sebenarnya, tak elok, akak pernah baca, sebab ada sejenis bahan kimia ni, akak lupa nama dia, Fizah boleh google.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, betul tu kak. Saya pun ada tulis dalam entry sebelum ni. Yang St. Ives Chamomile saya beli sebelum ni kurang buih sikit, cuma nak cakap yang ni berbuih lebih sikit lah. But still jenis bukan berbuih banyak macam biasa tu.

      Delete
  5. Replies
    1. Kot nak cuba jenama ni, bolehlah cuba jenis cleanser ni. Ada beberapa pilihan lain.

      Delete
  6. First time tengok pencuci muka dari st ives. Selalu popular untuk scrub dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, dulu memang popular dengan scrub apricot tu. Sekarang ni dah banyak rangkaian produk St. Ives.

      Delete
  7. sekarang ini banyak timbul jenama baru. jenama lama zaman ibu_suri guna atau berjualan dulu dah tak ada seperti Amway, CNI, Sendayu Tinggi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu banyak produk yang ada dipasaran. Amway dan Sendayu Tinggi masih gah bertahan. CNI tu pertama kali dengar.

      Delete
  8. St ives ni akak pernah guna scrub dia je..best jugak and kulit jadi licin lepas guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scrub St. Ives memang best pakai. Dari dulu dah popular scrub dia kan. Sekarang je baru ada jenis cleanser liquid ni.

      Delete
  9. penah pakai produk st.ives ni tp krg sesuai pulak dgn muka sy. naik jerawat ada laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, cik J datang pulak. Memang tak sesuai lah tu kan dengan kulit. Lain pulak jadinya.

      Delete
  10. Popular jugak la produk st.ives ni kat drugstore

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.