Header Ads


Jogging Dan Jalan Jalan Di Tepian Pantai

Seperti yang dirancang, aktiviti pagi staycation di Avillion Admiral Cove ni nak berjogging dan jalan jalan ditepian pantai je. Lepas subuh dan cuaca agak terang sikit barulah kami turun dan belok ke pantai.

Tentang Seseorang

Ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci

Aku ingin bingar,
Aku mau di pasar
Bosan Aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika Ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai,
biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai?

Cuaca pagi yang berlangitkan kelabu tapi masih cerah. Selepas stretching ala kadar, encik suami mula berlari-lari anak dan kemudian laju berjogging. Saya suruh dia jogging terus. Malas nak berlari berkejaran.

Jogging di Port Dickson Public Beach

Tahu tahu dah tertinggal di belakang sambil berjalan lenggang kangkung. Apa guna pakai kasut tapi tak berlari. Baru mula nak berlari baru, sekali perasan kasut sakit rupanya. Bahagian depan kasut mula terpisah dari tapak.

Lama sangat tak guna, merajuk lah dia. Buat hal lah kasut ni. Baru nak keluarkan peluh dia tak bagi peluang pulak. Makanya, saya jalan jalan perlahan je lah setengah jalan. Lepas tu ambil gambar je sementara tunggu encik suami habiskan jogging satu setengah pusingan je.

Berlari di tepi pantai akan terasa lebih sukar jika dibandingkan di tempat yang tidak berpasir. Berlari di pasir akan lebih terasa berat dan lebih baik.

1. Meningkatkan Mood

Berlari mampu meningkatkan produksi hormon serotonin dan endorfin di dalam tubuh yang bisa memberikan rasa bahagia. Ketika berlari di pantai, kita akan terasa sejuknya udara pantai dan ditemani bunyi deruan ombak yang menenangkan.

2. Membakar kalori lebih banyak

Berlari di pasir pantai membantu untuk membakar lebih banyak kalori di dalam tubuh badan. 

3. Mampu melatih kekuatan kaki

Jika ingin melatih kekuatan otot kaki, berlari di tepi pantai boleh menjadi satu latihan yang bagus.

Avillion Admiral Cove Port Dickson Public Beach

Lepas tu kami terus pergi dining hall hotel menjamu selera makan pagi. Tak tahu nak ambil apa sebab agak sesak juga buffet makan pagi. Saya ambil buah dulu dan cari tempat duduk. Dapatlah tempat duduk di luar sambil menikmati angin dan permandangan luar.

Sarapan di Avillion Admiral Cove

Kemudian baru encik suami ambilkan nasi lemak, air guava dan lepas tu barulah ambil kopi. Tak berlamaan sangat kat situ. Lepas makan jalan jalan kejap sekitar  hotel.

Srapan Pagi di Avillion Admiral Cove

Pagi pagi ramai pula mandi manda di swimming pool. Tengok ramai orang, naik bilik dan kemas-kemas. Rehat santai sebelum check out menikmati permandangan mahal ni. Ala tak puas betul. Kena repeat staycation kat sini.

Seaview Hotel Avillion Admiral Cove PD


24 comments:

  1. seronok juga kalo jogging tepi pantai..sebelum2 ni kalo stay hotel tepi laut, gym jugak dicari..lepas ni nak try jogging tepi pantai lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok. Feel dia lain. Pasni bolehlah cuba berlarian tepi pantai pulak.

      Delete
  2. x pernah try avillion ni...
    ni yg dkt ngan kem tentera depan tu eh? ke yg jauh sket nk ke lukut tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun xpasti. Avillion ni dekat teluk banyak kapal layar. Avillion lagi satu water chalet.

      Delete
  3. bestnya... jenjalan tepi pantai bahagia betul rasanya layan angin pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahagia betul dapat layan suasana tepi pantai ni.

      Delete
  4. Saya memang tak mampu nak jogging kat pantai, sakit lutut haha

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Pantai yang cantik cuma kurang bersih sekitarnya ada sampah sampah

      Delete
  6. bestnya pergi staycation tepi pantai. tak prnah lagi menginap di sini. bila last time pergi PD pun dah lupa. hehe. alahai kasut kacau mood Fizah dan suami nak bercanda tepian pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kacau mood orang nak dating beriadah. Tak rilek betul kasut tu. Sabo je lah.

      Delete
  7. Best jalan-jalan dan jogging di pantai ini.. Kalau ada angin lagi syok.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Cantikkk tempatnya! Saya biasanya tak jogging, jalan jalan je sebab sejenis mudah mengah hahaha. Jalan pun okey kan kak fiza hahaha, janji keluar peluh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan jalan pun satu exercise jugak tu Atiqah. Keluar peluh tak beria sangatlah tapi. hihi...

      Delete
  9. Rindunya nak duk tepi laut..
    Tak sentuh pantai pasir sejak mulanya covid ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai ni sangat menenangkan. Bolehlah plan cari pantai yang dekat. Berpicnic ke best jugak tu.

      Delete
  10. mmg best jogging tepi pantai, sambil tengok laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. feel dia rasa lebih tenang dan sihat gitu kan. Laut is tenang, tenang is good :)

      Delete
  11. Alahai kasut sabotaj Fiza.
    Makan nasi lemak sahaja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu. Salah sendiri jugak tak check dulu kasut sebelum bawak. Tengok dari fizikal okay, rupanya bila bawak jalan tak okay pulak dia.
      Nasi lemak dan buah je kak. Turun lambat tak banyak pilihan yang tinggal.

      Delete
  12. indahnya...

    bila le akak ni nak start jogging balik ni.
    3-4 weekend lepas sakan holiday. makan. makan. makan.
    kasut jogging akak lama tersadai dlm almari.
    ntah pe kaba dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangattt...
      bila makan dah lupe apa itu diet kan. hihi..
      kena jengah kasut tu kak, jangan jadi macam kasut saya. Jahanam terus lama tak guna. mereput dalam kotak kasut.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.