Header Ads


Curry Chicken Katsu Cheese Baked Rice, Sedap Tu Sedap Tapi...

Bila masuk Family Mart tak kan beli satu je kan? Haruslah angkut kawan-kawan yang lain bawak balik. Beli double cheese corn sausage, oden dan curry chicken katsu cheese baked rice atau nama melayu dia Nasi keju kari ayam Katsu.

Oden tu tak payah review lagi. Dah review sebelum ni. Jadi kita cerita curry chicken katsu cheese baked rice pulak lah. Bukan pertama kali makan cheese rice baked ni. 

Pertama kali cuba masa makan kat Ole Ole Bali Citta Mall. Ada lagi ke tidak entah resto Ole Ole bali tu Kat Citta Mall. Sedap!

Disebabkan teringat teringat cheese rice baked tu makanya encik suami pun belilah curry chicken katsu cheese baked rice Family Mart ni.

Dari pandangan mata tengok label pek curry chicken katsu cheese baked rice ni nampak sedap sungguh. Rasa dia macamana pulak?

curry chicken katsu cheese baked rice family mart review

Tengok dalam, isinya cuma separuh tinggi bekas. Lapisan bawah sekali nasi versi nasi jepun. Nasi dari beras gemuk gemuk macam beras sumo tu. Nasi kosong bukan nasi goreng rasanya. 

Ada taburan isi ayam, chicken ball dan selebihnya macam kurang pasti sebab saya makan sesudu je hidangan encik suami ni. Nak merasa je sebenarnya.

curry chicken katsu cheese baked rice family mart review

Rasa curry chicken katsu cheese baked rice ni kena makan masa lapar. Confirm habis. Kalau dah makan menu lain dah kenyang, agak susah nak telan. Sebab jenis cepat muak bila cheese banyak. Rasa kari macam kurang je. 

Sedap tu memang sedap tapi cepat muak sikitlah. Harga curry chicken katsu cheese baked rice RM12.50. 

28 comments:

  1. Akk jenis yg tak reti nak beli apa2 kalau masuk FM haha...
    Anyway, makan panas2 kurang muak agaknya nasi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang rambang mata tak tahu nak pilih mana satu kan. Tak tahu mana yang sedap. Mungkin jugaklah tu.

      Delete
  2. wahh..kena ronda family mart lepas nih..dah lama x beli-belah di sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ronda jangan tak ronda kak. Sila cuba corndog ni jugak. hihi

      Delete
  3. Rasa cheese mengatasi rasa kari ye. Nantilah kalau jumpa boleh cuba. Saya pun macam Fizah, makan ayam bila ada mood. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kalau rasa curry lebih atau pedas sikit okay lah sedap sikit kot kan. Haha..dah muak dengan ayam kadang tu. Kenalah ikut mood, kalau teringin baru mencari.

      Delete
  4. Wah banyak tu angkut sekali harung hehe.. Nampak sedap, betul tu cheese cepat muak.. Kalau lapar bole jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tak boleh bawak balik seketul dua. Mesti ada yang lain jugak. Yep, kena makan bila lapar baru cepat habis.

      Delete
  5. Kita kalau bosan makanan lain..order food kat family mart jer..dan betul sesangat tak kan beli satu..mesti beli 2 ke 3 jenis lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Order mana yang teringin nak makan makanan yang simple simple je. Beli satu cam rugi nak bayar delivery fee. Baik beli lebih alang alang.

      Delete
  6. Pelik pula letak keju pada nasi. Mungkin kena pedas tidak muak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pelik jugak kak. Tapi dah banyak juga menu rice baked ni. So sekarang tak pelik dah. Mungkin akak boleh cuba nanti. Kalau pedas sedap lagi kot rasanya.

      Delete
  7. Nampak sedap. Nanti nak cari lah di FM

    ReplyDelete
  8. Cuma oden aja yg cocok Ama selera saya kalo beli2 di family mart Jakarta. Itupun sedihlah, karena kuahnya tak ada yg spicy, tak seperti oden di Seoul 🤣.

    Kalo yg nasi katsu nih belum coba kak. Harus cek dulu, ada kah tidak di family mart sini 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuahnya kadang sedap kadang tidak jugak. Pernah jugak dapat yang kurang sedap. Spoil mood nak makan tu. Belum pernah lagi cuba oden di Seoul. Jejak pun tak pernah. hihi...
      Nanti cubalah nasi keju ayam katsu pulak :)

      Delete
  9. sebagai orang yang bukan die hard fan of cheese.. confirm ammi tak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak minat sangat baik jangan beli nanti tak termakan :)

      Delete
  10. Lama tak pi family mart ni, d3kat kulim xde, kena pi juru noh baru ada. Bila agaknya family mart nak bukak dekat kulim ni yaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh sana belum banyak cawangan lagi. Kalau jauh jenuh gak nak pergi tu. Nanti nanti dah bukak yang dekat boleh lah pergi selalu dan rasa menu menu yang sedap.

      Delete
  11. Selalu jugak ke Family Mart, tapi tak pernah try nasik nih... Suka beli mala sausage tu ha.. dengan chicken/bbq wrap kat sana aje... One day nak try.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. chicken bbq wrap pun sedap jugak kan nona. Banyak benda lagi tak try kat FM ni.

      Delete
  12. Selalu pi FM tapi x pernah cuba lagi makanan diorang yang pack food ready to eat macam ni...nampak menarik la..nak cuba la nanti

    ReplyDelete
  13. Nampak macam sedap kalau makan panas panas ni.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.