Header Ads


Dos Penggalak Comirnaty BioNTech Pfizer

Tahu-tahu dapat temujanji dos penggalak (booster dose) melalui aplikasi MySejahtera. Seram sejuk terus bila dapat notification tu. Dos penggalak geng Sinovac, awal lah dapat sebab 3 bulan selepas lengkap dua dos vaksin.

Dos penggalak astrazeneca dan pfizer 6 bulan selepas 6 bulan lengkap dua dos vaksin. Awalnya dos penggalak untuk frontliner dan warga emas 60 tahun ke atas kan. Lepas tu yang dah lengkap dua dos pun kena ambil dos penggalak.

Kemudian dos penggalak untuk umrah pulak. Dulu katanya vaksin Sinovac diiktiraf Arab Saudi. Hujung hujung tak diperakui, kena juga ambil dos penggalak Pfizer. Tapi yang nak buat umrah memang perlu  ambil dos penggalak. Betul, kan?

Nak tak nak perlu buat permohonan dos penggalak. Cara dapatkan dos penggalak menerusi aplikasi MySejahtera atau secara walk-in bermula 22 November 2021

Pendaftaran dos penggalak MySejahtera

Pemohon hanya perlu ke Helpdesk di Mysejahtera dan membuat permohonan mengikut langkah berikut:
  1. Pilih helpdesk
  2. Mula
  3. Pilih janji temu vaksinasi penggalak
  4. Pilih G dan isi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.
Begitulah cara untuk dapatkan dos penggalak melalui aplikasi MySejahtera. Dalam kes saya ni, saya tak mohon pun. Tahu-tahu dapat notification je. 

Dalam tak bersedia, settle sudah cucuk dos penggalak semalam. Masa cucuk, terasa sakit sikit lah. Beberapa jam selepas rehat baru terasa kebas kebas dan rasa sakit bengkak sikit. Mengantok pun ye jugak. Syukurlah tak demam atau pening atau kesan yang teruk.

Kesan Dos Penggalak

Saya dapat dos penggalak di Klinik berdekatan dengan rumah je. Mujurlah dekat je. Masa sampai klinik tu tak ada orang pun. Lepas bagi ic dan isi borang, ada beberapa orang masuk untuk cucuk jugak. Tunggu lama jugaklah dalam 10 minit macam tu. 

Lepas tu dia panggil nama saya dan 2 orang lelaki masuk dalam bilik doktor. Ikutlah sapa nak cucuk dulu. Aikkk..macam tu pulak. Patut nama saya dipanggil dulu sebab datang paling awal dari mereka. Bila sekali masuk dengan lelaki dalam satu bilik, saya mengalah lah bagi dorang dulu.

Takkanlah nak biar dorang tengok saya kena cucuk dengan lipat lengan baju tu. Lepas dah settle saya tanya doktor, tak perlu scan QR code cucuk vaksin ke? Dia kata nanti dorang akan update. Ohh macam tu pulak sistem cucuk vaksin di klinik.

Beberapa jam lepas tu barulah tersenarai dos penggalak dalam sijil vaksin MySejahtera. Dos penggalak ni semua akan dapat vaksin Comirnaty  keluaran BioNTech Pfizer, orang dok sebut vaksin pfizer. Vaksin kayangan yang semua orang nak, sampai ada yang reject tak nak vaksin Astara Zeneca sebab nak Pfizer jugak. 

Sinovac + Pfizer, Jadi?

Expired bulan February 2022 nanti. Harapnya masa tu dah tak ada si Covid ni dan tak perlu kena cucuk lagi.

Kenyataan terbaru dos penggalak Sinovac dan Individu berumur 60 tahun dan keatas

Dos Penggalak Sinovac

Dos Penggalak Sinovac

Pulak dahhhh..Maknanya memang kena cucuk dos penggalak jugaklah cerita dia. Alahaiii...


38 comments:

  1. Oh Fiza tidak mohon tapi dapat. Terima kasih rujukan. Haha kalau nama naik redha kena cucuk nanti tapi takde makna hendak daftar.
    Itulah terfikir kalau cucuk kali ke-3 ada ke cucuk ke-4? Macam tidak habis-habis cucuk pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, tak mohon tapi dapat. Harap takdelah cucuk lagi. huhu...

      Delete
  2. Alhamdulillah, dah dapat jg...semoga tahun depan tak kena cucuk lg..amiin..

    ReplyDelete
  3. Nampaknya, kita yg dpat pfizer aritu lambat lagi jawabnya dpat penggalak.

    ReplyDelete
  4. Saya dah dapat tarikh booster tapi takut nak ambil, ni tengah duk fikir lagi nak ambil ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ambil rasa macam tu jugak. Dah cucuk, okay dah. Semoga yang baik baik je.

      Delete
  5. wak pon xtau camane psl dos ketiga ni dgn sinovac.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sinovac dan berumur 60 ke atas memang kena ambil wak. Baru keluar info baru harini. huhu...

      Delete
  6. Sinovac campur Pfizer, jadikler SiZer! Hahahaha.
    Tahniahhhh dah dapat booster tu, moga sihat selalu yer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sizer dah macam boleh mengecil dan membesar pulak kan.
      Terima kasih doakan. Semoga baik baik je

      Delete
  7. semoga yang baik- baik aje untuk fiza...AZ lambat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamin..Terima kasih kak doakan.
      Yep, AZ lambat lagi.

      Delete
  8. aritu kata dos penggalak tak wajib..dan keutamaan utk 60thn ke atas or yg ada sakit kronik...sbb ramai yg tk hadir temujanji dos penggalak ni sbb dh lengkap 2 dos lpstu trus open utk yg 18thn ke atas dan lengkap 2 dos dh bole amik juga...tp dh kuar statement br kalau tk amik sblum feb 2022 status bertukar tidak lengkap

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, selesai sudah ambil booster ye. Akak kena tunggu sampai tempoh 6 bulan lapse nampak gayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, kalau pfizer atau AZ tunggu 6 bulan selepas. Semoga baik baik je..Aaminn...

      Delete
  10. Alhamdulillah settle dah...
    Ramai yang tak puas hati bila kena ambil dos penggalak ni dan jika tak ambil status vaksinasi akan bertukar. Pening tengok keadaan sekarang ni. Kejap wajib kejap tak.. Macam macam la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu ramai tak puas hati. Dulu cakap lain sekarang cakap lain. Entahlah...

      Delete
  11. Senang cerita paksa rela gitu. Cubalah duduk bersidang come out with 1 solution daripada kejap cakap A kejap jadi B... sudahnya C yg kita semua kena hadap hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pun rasa macam tu jugak. Mula mula optional lepas tu compulsory pulak. Adehhhh...

      Delete
  12. Replies
    1. Aamin..terima kasih mama cella untuk doanya. Semoga kita semua sihat dan baik baik je.

      Delete
  13. Ala, malasnya nak cucuk-cucuk lagi. Harap Az tak payh booster. Huhu

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah dah dapat booster, kami geng AZ lama lagi lah nampaknye

    ReplyDelete
  15. sy pon baru dpt booster semalam.. arini sakit lg tmpt cucuk..
    kita kacuk sinovac + pfizer.. mngkin kita sinozer clan.. haha

    alhamdulillah.. sy sama mcm fiza.. stakat ni xde effect yg teruk.. arapnya xdemam la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sinozer macam best pulak dengar. Hihi...
      Saya nyaris demam sehari dua lepas tu tapi tak jadi. Alhamdulillah..

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.