Header Ads


Cara Buat Best Nine 2021

Tahun 2021 semakin hampir di penghujungnya. Macam biasa seperti tahun tahun sebelumnya ikut trend buat best nine, best of the year untuk instagram. Biasanya akan guna website bestnine net tu tapi sejak tahun lepas rasanya bestnine net not working.

What is Top Nine?

Top Nine is both an app, and an Instagram trend. The Top Nine app is a tool that we created to help you generate a collage featuring your Top Nine Instagram photos of the year. The app went viral and grew into a trend where every year millions of Instagram users, influencers, and celebrities share their Best Nine Instagram moments of the year using the Top Nine app.-creatorkit

Tak tahulah sebab apa. Mungkin sebab nak pengguna lebih menggunakan aplikasi berbanding website. Ada banyak aplikasi best nine ni sebenarnya. 

Tapi free top 9 instaragam no watermark macam tak ada je selain best nine free bestnine net tu. Tapi sayang bestnine tu macam tak berfungsi dengan baik.

Jadi saya cuba guna aplikasi Top Nine. Boleh check dalam website creatorkit. Kena login dan allow access. Tapi yang tak bestnya kena pilih gambar sendiri untuk masukkan dalam best nine tu. 

Apoooo..ingatkan automatik pilih mana yang paling top sepanjang tahun 2021. Inilah hasil pemilihan sendiri. 

best nine 2021

Tak puas hati sebab kena pilih sendiri, saya guna aplikasi Top 9 : For Instagram. Tapi kekurangan dia ada watermark. 

Nak hilangkan watermark, kena bayar lah pulak. Ada watermark pun ada lah. Lepas dah save gambar best nine saya delete terus. Tak kuasa nak simpan aplikasi yang hanya guna setahun sekali.

Best Nine 2021

Sebelum sebelum ni paling menarik guna bestnine net lebih mudah terus buat online di website. Tak ada watermark dan ada kiraan likes semua tu. Disebabkan huge demand, katanya ambil masa 10 minit macam tu. 

Tunggu punya tunggu tak muncul jugak best nine. Terpaksalah guna aplikasi yang ada. Gambar instagram pun dah banyak archive. Mood tahun baru tiba tiba nak simpan gambar lama dalam archive. 


20 comments:

  1. Wahhh.. best ni!

    Kalau buat secara manual, jenuhlah pulak kan nak cari, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gambar sikit okaylah tak jenuh. Gambar banyak memang jenuhlah nak scroll. Ambik masa pulak nak pilih. huhu...

      Delete
  2. Alaaa...dah malas nak buat dah...sblom ni trending kan...

    ReplyDelete
  3. Alahai rugi best nine net tidak berfungsi.
    Akan rasa kehilangan kalau tidak dapat guna lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Website masih ada tapi loading dia lama betul. Macam tak function pulak.

      Delete
  4. ammi tak pernah nak berbest nine bagai..
    kadang-kadang ammi rasa ammi ni mcm takde jiwa pulak. ish entahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu trending best gak lah into the scene. Sekarang macam sendu.
      Faham faham...Bukan minat Ammi ni.

      Delete
  5. Alaaaa br plan nk buat thn ni tp part nk pilih gmbr manual tu yg mls hhahaa.. Bkn mcm ada apps ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua saya guna apps tu kakret seperti yang ditulis dalam entry :)

      Delete
  6. Replies
    1. Kena buat guna apps jugak kaedahnya kaksha. Website macam tak function je. huhu...

      Delete
  7. Rasa macam kurang menarik 2021 nih tapi nanti nak buat jugak la.. Haha... cuma tak simpan kat ig feed lah kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa hambar tak macam dulu kan. Saja je buat konon konon acara hujung tahun gitu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.