Header Ads


Caladium Shycool, Harga Tak Nak Kalah

Musim keladi viral dah habis ke belum? Seram uiii tengok harga pokok keladi zaman sekarang. Dulu tak pandang, sekarang harga tak nak kalah. Mahal nak mati! Ingatkan harga biasa biasa je, sekali masa pergi nursery haritu terkejut tengok harga Caladium Shycool ni sepasu RM280. Humangaiiii

Caladium shycool sama tak dengan cat tumpah caladium atau keladi red clown?

harga caladium shy cool

Harga caladium shy cool, RM280 ada yang beli ke? Yes, of course lah ada. Bagi peminat pokok keladi mestilah ada yang beli buat keladi. Lain orang lain minat dia. Kena faham tu. 

Apa yang menarik tentang caladium shycool ni warna merah yang merebak di tepi daun keladi tu. Nampak unik dan sangat menarik. Itulah sebab nilainya 'mahal' kot kan. Hanya peminat pokok keladi je tahu nilai aesthetic sepokok keladi. 

Cara merawat caladium shycool

  • Siram ikut kesesuaian keadaan cuaca
  • Gunakan media tanaman yang sudah disterilkan
  • Sinaran cahaya yang sesuai dengan jenis tanaman keladi
  • Gunakan baja yang sesuai
  • Pastikan tanaman keladi bebas dari hama/kutu.

Caladium Shycool

Cantik memang cantik. Hijau dan merah bila bergabung memang letops!

34 comments:

  1. Harga mampu jeling sipi-sipi je ni. 🤭

    ReplyDelete
  2. wow..harganya pun. memang cantik sebab macam embun bertakung di hujung daun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keladi rare yang cantik memang mahal. Hanya peminat keladi je faham variety keladi ni.

      Delete
  3. Cantiknyaaa..saya suka nengok..kalau beli, rasanya tak terjagaaa..HAHHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangatttt…kalau saya mampu tengok je. Beli tu tidaklah 😊

      Delete
  4. cantiknyaaaa keladi tuuu.. tp harga.. ya ampunnn! dpt beli charm @ beads seketul.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik rupa dan harga dia. Harga bagi kita memang mahal. Tapi kalau peminat keladi mesti dah biasa dengan harga tu.

      Delete
  5. Astaghfirullah ... Jadi teringat pas masih high school, di rumah papa mama ada banyak pokok tanaman nih, dan semua tegeletak di luar je , tak ada yg menganggab berharga dulu 🤣🤣. Sekarang, gila2 harganyaaa... Di sini pun samaaa kak, mahal jenis keladi nih.. untung saya tak punya passion Ama tanaman 😅. Aman dikit isi dompet hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu orang tanam sebab minat dan tak tahu sangat nilainya. Zaman moden ni serba serbi jadi bernilai tinggi. Ohh di Indo harga sama mahal jugak ye. Itulah tu, mujur kita tak terjebak dengan tanaman mahal. Nipis poket nanti 😅

      Delete
  6. Menarik sangat, tapi harga mencekik pula, baru ada caladium hijau saja.. dah ada peminat, ada nilainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga mencekik tu tak tahan tu. Mampu tengok je. Demand tinggi, harga pun ikut tinggi.

      Delete
  7. Rasa kalau ada orang hendak menipu jual keladi biasa letak cat merah di hujung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cat tak rosakkan daun mesti ada yang menipu menjual jugak kan

      Delete
  8. pokok keladi hiasan mmg harga kayangan., lainla kalo keladi liar belakang rumah kannns., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga keladi hiasan memang kayangan sangat. Keladi liar kalau rare ade je orang ambil kesempatan jual letak harga kayangan jugak.

      Delete
  9. cantik..tp tula ratus2 regenya..tp kalau dh minat apa ada hal harga mahal pn kn

    ReplyDelete
  10. haitu ada beli jugak keladi.. tapi mati.. agaknya jenis pokok tu sesuai siram sekali sehari je kot.. mujur lah tak mahal mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tahu cara penjagaan dan tempat yang sesuai letak. Rugi tu kalau beli pokok mahal tapi mati.

      Delete
  11. Ada yang cecah beribu ringgit harganya.
    Rupa2nya kebanyakan keladi kayangan ni datangnya daripada luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ribuan ringgit tu memang ada. Ratusan pun dah rasa mahal wak. Oh ye ke wak? Baru tahu banyak dari luar. Ingatkan keladi tempatan.

      Delete
  12. Uniknya serakan warna merah di hujung tip daun-daun tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu ada yang panggil namanya cat tumpah. Unik sangat, kan.

      Delete
  13. Mampu tengok sebab tak mampu nak jaga dan beli. Nak jaga pokok yang senang je. tapi tu la kalau balik kampung 2-3 minggu susah juga takut pokok mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok mahal mahal ni kalau susah nak jaga sayang jugak kan kalau dia mati. Itulah tu, mampu tengok je lah. Mujur tak minat keladi sangat.

      Delete
  14. owh... ini rupenye keladi kayangan tuh. cantik juga, tapi saya tak beli lah kot, pasal mahal sangat... kalau setakat rm28 tu bole dipertimbangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tergamak nak membeli. hehe..RM28 tu masih berkira kira jugak lagi tu. Hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.