Header Ads

Aktiviti Menarik Staycation Di Avillion Admiral Cove PD

Bila dah staycation, rugilah kalau tak cuba macam-macam aktiviti yang disediakan. Even rasa nak lepak je kat bilik menikmati seaview. 

Marilah sambung cerita staycation di Avillion Admiral Cove PD. Di bilik ada booklet aktiviti yang disediakan. Setiap aktiviti ada bayarannya dan ada yang percuma.

baca juga : pakej percutian 2 hari 1 malam di port dickson

Cuaca mendung pulak. Hati berbelah bahagi. Nak turun ke tidak atau nak rehat je dulu kat bilik. Memandangkan belum waktu asar lagi. Turun bawah lah jalan jalan sekitar hotel dulu tengok apa yang menarik. 

Niat di hati teringin nak walk on pontoon. Jalan jalan sekitar jambatan terapung atau fish feeding macam menarik je kan. Tapi sayang, cuaca tak mengizinkan. Mendung dan renyai renyai sikit. Terbatal terus niat tu. 

Apa yang menarik di avillion admiral cove

Aktiviti Menarik Staycation Di Avillion Admiral Cove PD

Jadi kita ambil gambar sekeping sebagai kenangan. Sekeping ke? Berkeping keping semestinya!

Pontoon Walk Avillion Admiral Cove PD

Nampak ada berjenis jenis kenderaan beroda. Mulanya macam nak sewa tandem bike tapi hujung hujung pilih double bike berbumbung sebab hujan renyai kan. Plus, encik suami kata senang kalau ambil gambar nanti dua dua nampak. Haaa yelah tu.

Bicycle Avillion Admiral Cove PD

Double bike ke namanya? Entah lupa pulak. Sewa RM35 untuk 20 minit tapi uncle yang uruskan tu kata bolehlah kalau nak lebih masa sikit. Terima kasih uncle! Dapatlah jalan jalan kayuh basikal sekitar Avillion Admiral Cove. 

Nak kayuh leha-leha je sekali beria pulak encik suami mengayuh macam nak berlumba. Apoooo!!! Basikal ni kayuh sorang je pun boleh. Saya tukang ambil video dan gambar je lah. Sesekali encik suami penat, kita pulak sambung kayuh.

Menyesal sebenarnya pilih double bike ni. Susah nak control. Tahu tadi pilih e-scooter atau tandem bike je. 

Bicycle Avillion Admiral Cove PD

Konon nak mandi di kolam. Avillion Admiral Cove ada 3 swimming pool kalau tak silaplah. Macam nak mandi kolam tapi petang tu ketiga tiga pool ada orang. Terus jadi malas pulak nak manda manda di swimming pool. Tambah lagi swimming pool open jadi segan pulak. 

Takut nak mandi kolam pun ye jugak. Kisah hampir tenggelam dulu kat waterpark dah cukup buat saya fobia dengan air. Aquaphobia kan. Tapi kalau tertutup nak jugaklah berendam walau sekejap. Itupun kalau kedalaman tak berapa dalam lah.

Swimming pool Avillion Admiral Cove PD
pandangan dari tangga ke restaurant

Swimming pool Avillion Admiral Cove PD
pandangan dari tepi

Kalau suka aktiviti watersports bolehlah berkayak ke, naik banana boat ke, snorkeling ke dan macam macam lagi aktiviti water sports. Aktiviti ni memang saya tolak lah. 

Dah kata pun aquaphobia. Dah terbayang kalau terjatuh dari banana boat atau berkayak. Terus panik dibuatnya nanti walaupun ada pakai safety jacket tu. Mampu tengok je lah. 

Watersports Avillion Admiral Cove PD

Berhadapan Avillion Admiral Cove ada kawasan untuk aktiviti lasak seperti wall climbing, flying fox, ATV dan macam macam lagi. Semasa saya lalu sini tak ramai orang pun. Almaklumlah hari bekerja. Agak sendu sikit aktiviti lasak macam ni. Lainlah kalau hujung minggu atau ada yang berkursus di sini.

Extreme Sports Avillion Admiral Cove PD

Selepas berbasikal, saya jalan jalan di tepi pantai je. Nak ke pantai ni kena keluar kawasan hotel dan pantai ni terletak di tepi hotel. Port Dickson public beach berdekatan dengan The Grand Beach Resort Port Dickson.

Banyak juga aktiviti menarik pantai ni. Saya jalan jalan je ditepian pantai menikmati panorama pantai yang berlangit kelabu petang tu. 

Beach Avillion Admiral Cove PD

Banyak lagi aktiviti menarik di sini, boleh check di website Avillion Admiral Cove Hotel. Tak rugi pilih bercuti di Avillion Admiral Cove ni. Sesuai lah bercuti dengan keluarga ataupun honeymoon.

26 comments:

  1. bestnya.. boleh la masuk dalam list. kak yan pun pernah tenggelam, suami tengok je mula2 sebab dia ingat menyelam...hahaha...dia tak tau bini dia langsung tak reti berenang. kenyang minum air klorin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat best. Sesuai sangat bawak anak anak kakyang datang staycation sini. Banyak aktiviti best sekeluarga. Terganggu fikiran kalau ingatkan tragedi tu. Syukur selamat.

      Delete
  2. Wah, bestnya Fiza dan suami pergi bercuti! Dapatlah bersantai-santai relaks puas-puas 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..akhirnya dapat juga bercuti walau sehari cuma. Dapat jugalah rehat seketika :)

      Delete
  3. cantiknya kawasan die...ni klau nk santai..relax2 memang ok sangat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantik. Betul, nak santai dan rehat sesuai sangat. Dekat pulak tu dengan laut.

      Delete
  4. Bestnya bercuti di tepi pantai, mengayuh basikal lagi, cantik pic pantai yang berlekuk tu. Ada pengalaman pahit memang takut, pelan-pelan berjinak dengan air nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat staycation kat sini. kalau cuaca elok lagi seronok. Betul tu kak, ada pengalaman yang tak best jadi takut pulak. Ambil masa untuk beranikan diri.

      Delete
  5. Wahhhh, nampak menarik woooo!!
    Bestnya berbasikal, lama tak main basikal...Huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik nona. Seronok juga dapat berbasikal selepas lama tak kayuh basikal ni.

      Delete
  6. lamanya busyra tak p tmpat2 mcm ni.. relax nya tngokkk

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Pernah jatuh ke Ammi? Fobia ni ambil masa nak kumpul kekuatan dan kebaranian tu. huhu...

      Delete
  8. Pernah naik kayak...sampaia tengah saje je diorang terbalik kan..fobia sebab lama nak naik balik...giler la masa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut pulak bila saja terbalikkan tu. Tak berani lansung lah camtu.

      Delete
  9. Salam singgah disini

    Dari Rabia ❤🕋 Madinah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Rabia singgah sini. Semoga segala urusan Rabia dipermudahkan disana.

      Delete
  10. Romantik naik basikal berdua. Gilir-gilir kayuh.
    Oh baru tahu Fiza pernah hampir lemas. Akak memang lama tidak mandi tempat awam selepas umur 19. Betul segan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali feeling honeymoon. Cerita lama berlaku 2x. Itu yang jadi fobia betul. Segan tu memang ada, sebab tu tak beria nak mandi pool sebab terlalu open dan ada orang. huhu

      Delete
  11. akak lalu gaks depan avillion ni ari tu.
    lom pernah stay sini. next time in shaa Allah.
    cantik tempatnya tu. saujana mata memandang lautan tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time bolehlah staycation kat Avillion Admiral Cove ni. Avillion water chalet pun nampak macam best jugak tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.