Header Ads


Si Landak Kecil

Entahlah. Apa modal nak sembang dalam blog ni. Dengan kesan vaksin baru nak beransur elok. Sehari dua kebas dan bengkak tempat cucuk. Hari kedua tu badan dah rasa nak demam dan pening sikit. Tak pulak rasa nak makan panadol. Harini macam cergas lah sikit. Alhamdulillah...

Boleh meneruskan kerja kerja blog. Kerja design masih ada baki yang belum siap. Tunggu feedback je untuk touch up. Belek belek handphone ada gambar si landak kecil ni atau bahasa Inggerisnya hedgehog.

Bukan saya punya. Tapi anak buah punya. 

Mulanya macam tak berani nak pegang sebab risaulah kalau kalau tanpa sengaja tercucuk duri tu. Berani tak berani, berani kan jugak pegang. Alah, macam pegang hamster tu lah. Cuma dia besar sikit. 

Tak reti diam jugak landak kecil ni. Aaaa ghisau kalau takut takut terkena duri. Nak menggayakan dia ambil gambar pun berkeping keping jugak baru ada posing yang okay dan sharp sikit. Dahlah struggle nak ambil gambar waktu malam. Si landak kecil ni pulak tak reti nak duduk diam-diam.

Si Landak Kecil

Entah bila anak buah beli landak kecil ni tak tahu lah. Tahu tahu datang rumah kakak haritu nampak landak kecil ni. Eh comel pulak. Itu yang teringin nak pegang jugak. Dapatlah jugak ambil gambar landak kecil yang comel. 

Harga landak kecil ni agak-agak berapa? Adakah harga sekecil saiznya? Tuannya tak ada, jadi taklah bertanya. 

Duri landak kecil ni taklah tajam mana. Tapi kalau tertusuk secara kasar tembus jugak tu. Kalau sekadar usik usik manja tu taklah sakit pun. Itu je lah ceritanya tentang landak kecil ni.

24 comments:

  1. Replies
    1. Pasni kalau nampak boleh cuba pegang pegang pulak kak :)

      Delete
  2. comelnya! saya masih sakit2 sendi lepas booster hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel!
      Sehari dua nanti inshaAllah okay dah tu.

      Delete
  3. comelnya... tapi tak rajin nak bela menatang halus macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak rajin nak membela apa dah. Kucing sudah, ikan sudah..bela pokok pun sikit sikit je.

      Delete
  4. Comelnya. Landak itu pun tidak takut dipegang oleh orang yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat comel. Ada jugak gelabah tu. Susah jugak nak bagi dia betul betul atas tapak tangan. Tak reti duduk diam

      Delete
  5. Owh, ingatkan anak landak.
    Landak pet rupanya

    ReplyDelete
  6. alamak..seriau tengok duri dia tu...kalau dia rasa terancam sure dia lepaskan duri dia kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duri dia lembut dan tak tajam sangat. Itu yang berani pegang. Risau jugak kalau dia auto lepaskan duri dia kalau rasa terancam.

      Delete
  7. comei....Ian bela lama gak ari tu, pas tu dpt kucing....terabai dah landak tu. Anak buah beli, lama2 x minat..pas ke ian plak. siap ada sarung tangan utk pegang sbb duri tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala siannya pulak. A ah memang ada sarung tangan tapi saja nak feel pegang tanpa sarung tangan. Sebelum pegang tu rasa duri dia tak tajam sangat, itu yang berani jugak pegang.

      Delete
  8. Aduh!! Aduh!! Comelnya dia.. jenuh juga nak snap gambar dia ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kaksha. Memang jenuh nak perbetulkan posing dia bagi nampak elok.

      Delete
  9. Aghhhh cuteeee sangaaat 😍😍. Saya belum pernah pegang langsung landak. Sebenernya penasaran kak, Pengin tahu seperti apa rasanya megang badan berduri tuh 😅. Apalagi kalau sudah besar. Pasti lebih tajam bulunya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegang bawah tak terasa apa macam pegang hamster. Jenis tak reti duduk diam. Duri landak kecil ni tak tajam. Jenis landak besar tu tak berani jugak. Dah tentu tajam durinya.

      Delete
  10. Waw, i kenot la..saya fikir nanti ebbila durinya tu dia leh tembak bebila dia nak..tu macam seram sikit..HAHHAA..Nak mendekat pun takut apatah lagi memegangnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terfikir gak camtu. Tapi beranikan diri jugak pegang. behave yang sekor ni cuma tak reti diam je lah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.