Header Ads


Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2021, Siapakah Juara MLM 2021

Siapa layan Maharaja Lawak Mega 2021? Tahu-tahu dah sampai pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2021. Nampaknya bakal trending #MaharajaLawakMega21 malam ni.

Maharaja Lawak Mega 2021 bertemakan "Aura baharu, lawak terpadu" mula bersiaran pada 15 Oktober 2021 di Astro Warna HD (Saluran 107) selepas setahun berehat angkara COVID-19.

Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2021

Seperti biasa konsep mingguan persembahan akan dinilai oleh juri tetap dan juga juri misteri Sang Bara. Juri diketui oleh Datuk Rosyam Nor dan dibarisi juri tetap Diana Danielle, Noh salleh, Uqasha Senrose dan Sang Bara yang misteri itu.

Siapakah disebalik topeng Sang Bara? Katanya akan didedahkan di pentas akhir Maharaja Lawak Mega malam ni. Adakah Sharnaaz Ahmad? Datuk Ramli MS? Datuk Fizz Fairuz? Shaheizy Sam? Redza Rosli? Zul Ariffin?

Sang bara : Sharnaaz Ahmad

Untuk pentas akhir, finalis akan mempersembahkan dua persembahan sketsa bertemakan bebas dan muzikal. 

Lima kumpulan akan berentap iaitu Tobat, Bahye, Puteh, Boro dan Tiro. Siapakah akan dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2021 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000.

Maharajala Lawak Mega Akhir 2021

Waktu siaran : Jumaat, 17 Disember 2021, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Warna (CH107)

Atau boleh strim melalui aplikasi Astro GO atau Ultra Box pada bila bila masa di mana juga berada.

Keputusan Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2021 : Bebas & Muzikal

Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat :
Juara : Tiro
Naib Juara : Puteh
Tempat Ke-3 : Boro
Tempat Ke-4 : Bahye
Tempat Ke-5 : Tobat

Tempat Ke-6 : Otai Tersingkir Minggu Separuh Akhir (Ke-9)
Tempat Ke-7 : Cawan Tersingkir Minggu Ke-7
Tempat Ke-8 : Taici Tersingkir Minggu Ke-5
Tempat Ke-9 : 3Otak Tersingkir Minggu Ke-4
Tempat Ke-10 : R&R Tersingkir Minggu Ke-3
Tempat Ke-11 : Ori Tersingkir Minggu Ke-2

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2021

ORI

  • Achok Chilok, Yassin Senario dan Abu Mamu
  • Yassin (Senario) dari kumpulan Orix menarik diri disaat-saat akhir dan digantikan dengan Hamdan (Senario) membentuk kumpulan Ori bersama Achok dan Abu Mamu.
  • Tersingkir minggu 2

R&R

  • Man Posmen dan Rahim Sepahtu
  • Tersingkir minggu 3

3OTAK

  • Chi Ho, Farid dan Prakash
  • Tersingkir minggu 4

TAICI

  • Chiwan Chilok, Tapai Kiut dan Ilham Abata
  • Tapai Kiut masih belum menyertai persembahan bersama kumpulan Taici pada minggu pertama & ke-2
  • Tersingkir minggu 5

CAWAN

  • Aliff Yasraf, Wan gegau dan Che Mat Raja Lawak
  • Tersingkir minggu 7

OTAI

  • Azlee Senario, Ieda Moin dan Achong Sweetchild
  • Tersingkir minggu 9

BAHYE

  • Zahid Af, Nizam Jentik Jentik danShashic
  • Zahid tidak menyertai persembahan bersama kumpulan Bahye pada minggu ke-5 dan ke-6

BORO

  • Achey, Atu Zero dan Fad

PUTEH

  • Mamak, Ali dan Vicha
  • Vicha tidak menyertai persembahan bersama kumpulan Puteh pada minggu ke-2 & minggu ke-3

TIRO

  • Sharif Zero,Syaiful Zero dan Danial Zaini

TOBAT

  • Bell Ngasri, Ropie dan Ajak Shiro
  • Shuk Sahar juga telah menarik diri dari kumpulan Tobat pada minggu ke-2
  • Ajak menyertai kumpulan Tobat pada minggu ke-3

Tiada penyingkiran minggu 1, minggu 6 dan minggu 8. Bermula minggu ke-2 Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat diperkenalkan diberikan kepada peserta yang memperolehi markah tertinggi dari setiap juri.

16 comments:

  1. Siapa agaknya yeee..hehe..sy minat putih!

    ReplyDelete
  2. Layan juga MLM 21 ni
    Tahniah kepada pemenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan jugak mana yang dapat tengok.
      Tahniah untuk semua pemenang.

      Delete
  3. Ramai tarik diri.
    Tidak dapat ikuti. Tahniah kumpulan yang berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yassin tarik diri mungkin sebab dalam masa yang sama nak fokus dengan Gegar Vaganza kot. Shuk tu mungkin sebab kontroversi kot. huhu...

      Delete
  4. Replies
    1. Saya pun tengok online kat Youtube je mana yang ada.

      Delete
  5. Dah agak...Tiro mesti menang sebab persembahan diorang mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang first okay lawak. Yang second tu macam kurang sikit. Apapun rezeki dorang menang MLM 21 ni.

      Delete
  6. akak tgk skit skit kat utube, fiza.
    x langgan astro penuh.
    katanya sang bara tu diva AA ek?
    lom akak tgk episod yg tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah tengok youtube mana yang ada je.
      Eh tak! Dah reveal dah sang bara tu. Sharnaaz Ahmad.

      Delete
  7. Saya tengok! Saya suka keputusan pada malam tersebut...hihiih

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.