Header Ads


Bella - Bila Cinta Bersatu

Bella - Bila Cinta Bersatu, telefilem lakonan Anna Jobling dan Daniel Fong disiarkan pada 21 Disember 2021, Selasa jam 9:30 malam di Slot Kuasa 3 Malam TV9. 

telefilem bella bila cinta bersatu tv9

Bella - Bila Cinta Bersatu
Waktu Siaran : Selasa, 21 Disember 2021, jam 9:30 malam
Rangkaian : Slot Kuasa 3 Malam TV9
Skrip : Naza Manas
Pengarah : Yus Yusop
Produksi : Nuansa Films


PELAKON BELLA-BILA CINTA BERSATU

Anna Jobling sebagai Bella
Daniel Fong sebagai Alex
Mandy Chong sebagai Auntie Chan
Idris Khan
Kuna Muzani
Shyrul Ezwan
Ranjeetha Sivam
Een Efendi
Tengku Tieya
Tina Isaacs



SINOPSIS BELLA-BILA CINTA BERSATU

Impian Bella (Anna Jobling) bermula apabila Bella menerima hadiah sebuah mesin jahit dari Auntie Chan, ibu kepada sahabat baiknya, Alex (Daniel Fong).

Sejak menerima mesin jahit itu, Bella sering membawa balik kain perca dari kedai jahit Auntie Chan dan mereka pakaiannya sendiri.

Berkat kegigihan dan minat mendalam dalam bidang jahitan, Bella berjaya diterima ke universiti dan turut menerima tempahan jahitan bagi menampung kos perbelanjaannya.

Tanpa dijangka, Bella mengambil keputusan drastik berkahwin dengan Alex ketika masih belajar dan kehidupan mereka terhimpit apabila Bella melahirkan anak dan tidak mampu membeli susu anak mereka.

Sehingga suatu hari Bella menghasilkan rekaan baju yang mendapat sambutan meluas dan terpaksa mengambil tempahan yang banyak mengakibatkan jarinya bengkak serta tidak dapat menghadiri peperiksaan.

Apakah kesudahan kisah hidup Bella dan Alex? Berjayakah mereka membina empayar perniagaan?

8 comments:

  1. Menarik je citer ni....boleh tengok nanti

    ReplyDelete
  2. Wah kahwin semasa belajar. Mencabar buat banyak tanggungjawab.

    ReplyDelete
  3. Wow.. pelakon baru.. jalan cerita cam emnarik..
    bukan mudah bila kahwin muda.. nak manage keluarga dan pelajaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau muda ni banyak lagi tak stabil. Memang agak struggle kalau kahwin muda ni nak manage masa untuk keluarga dan study.

      Delete
  4. Wahh, cabaran ini mematangkan..Moga ditempuhi dengan jayanya..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.