Header Ads

Mr. Millennium


Mr. Millennium, drama melayu bersiri terkini gandingan lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne. Drama Mr. Millenium episode 1 mula bersiaran pada 7 Disember, Isnin-Khamis jam 8:30 malam di Slot Diandra TV9.

drama mr millennium full episode

Drama : Mr. Millennium
Jumlah episod : 13
Mula siaran : 7 Disember 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 8:30 malam
Siaran TV : Slot Diandra TV9
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : MIG Productions Sdn Bhd


PELAKON MR. MILLENIUM

Aqasha sebagai Jamil
Cristina Suzanne sebagai Mastora / Qistina
Esma Daniel sebagai Dato King
Ady Mohammad sebagai Man Toba
Danial Amri sebagai Badul
Shukry Ramlee sebagai Bujar
Bard Kerdil sebagai Tok Mudim
Amrel Norman sebagai Malik
Zarina Zainuddin sebagai Mak Jenab
Nu'man Salleh sebagai Pak Meon
Fieza Hanafie sebagai Mak Seha
 

SINOPSIS MR. MILLENIUM

Jamil (Aqasha) dan Mastora (Cristina Suzanne) adalah pasangan suami isteri yang hidup secara sederhana di sebuah kampung pada zaman 60-an. Mereka tidak mempunyai anak akan tetapi penduduk kampung menganggap Jamil dan Mastora sebagai pasangan yang romantik dan lurus serta hidup bahagia.

Jamil sejenis yang kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi di masa hadapan. Pada satu hari, Jamil terjumpa satu gelung misteri. Tanpa berfikir panjang, Jamil telah masuk ke dalam gelung itu dan dibawa merentas masa ke zaman moden.

Jamil terpinga-pinga dengan dunia yang serba moden dan telah berlaku pelbagai insiden lucu. Tambahan lagi, Jamil telah berjumpa dengan seorang wanita yang seiras dengan Mastora semasa muda, Qistina. 

Apabila Jamil sedar bahawa dia berada di zaman moden dan Mastora pula tidak ada di sisinya, dia mula mencari gelung misteri itu untuk pulang ke tempat asalnya. Dalam perjalanan Jamil berhadapan dengan pelbagai ujian, dia menjadi popular dan kaya. 

Di ketika itu, Qistina kembali dan menawarkan bantuan untuk menguruskan kerja-kerja Jamil. Dalam pada itu juga, Mastora  tidak berputus asa untuk menjejaki suaminya sehinggalah dia turut sampai ke zaman moden menerusi gelung misteri itu.

LAGU TEMA (OST) MR MILLENIUM

Boom Bada Boom - Erul Omar

30 comments:

  1. Ada gelung misteri senang travel.. Menarik ceritanya, ala back to the future gitu..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Eja versi nenek. Lama gak dia tak berlakon kan. Kalau tidak, dialah ratu bulu mata pelesu ๐Ÿ˜…

      Delete
  3. Ada baca gak pasal drama ni tp blm smpt layan.. Mcm menarik haha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Mana tak lucu tiba tiba masuk ke zaman moden berteknologi dan tak tahu apa apa.

      Delete
  5. tengok dia punya preview aritu mcam kelakar...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Tagline memang kene betul dengan keadaan tu. Masuk zaman moden siapa je tak kalut. Haha

      Delete
  7. Wahh, nampak menarik..lama tak tengok TV9! Macam comel je cerita gini..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali layan tv9 lah pulak nona. Banyak gak citer best.

      Delete
  8. layan jgk cite camni.. suka kalo aqasha berlakon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang dia bawak watak macam ni kan. Bolehlah tengok nanti

      Delete
  9. mcm best je ni.. aqashaaaa! minat kt dia dlu

    ReplyDelete
  10. Aissshhhh sinobsis nya seperti lucuuu akak ๐Ÿ˜„. Sayangilah saya tak bisa nonton. Terbayang si pelakon terpinga-pinga dari tahun 60an, bisa masuk ke zaman modern ๐Ÿคฃ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, cerita komedi pasti lucu. Boleh tonton online streaming pada waktu siaran tu rasanya.

      Delete
  11. Baca sinopsis sangat menarik.
    Belum berkesempatan tengok lagi

    ReplyDelete
  12. Jadi tua si Aqasha dan Cristina Suzanne.
    Baca sinopsis rasa Jamil macam Mat Jenin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, watak berbeza dari biasa. Lebih kurang begitulah kan

      Delete
  13. Okey, ni memang kena tengok! Lagipun dah lama tak tengok lakonan Cristina Suzanne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam lama sangat dia tak berlakon, kan. Sekali keluar watak dia berbeza sekali. Bolehlah layan kalau berksempatan ada waktu santai santai.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.