Header Ads

Pengalaman Buat Veneer Gigi

Eh, dari mana nak mula cerita ni. Kekok bila lama tak menaip. Kita mulakan cerita pengalaman buat veneer gigi dululah. Cerita yang tertangguh dating dengan doktor gigi

Saya datang awal ke klinik dengan perasaan berdebar debar. Dah terbayang bunyi mesin gerudi gigi tu. Ngilu rasanya! Tak tunggu lama sangat. Dalam 10-15 minit macam tu sampai lah giliran saya.

Masih berdebar-debar tak putus putus. Cuba untuk bertenang dan baring. Saya disuruh kumur dahulu, kemudian diberikan spek untuk perlindungan mata dari cahaya lampu yang terang berderang tu.

Bila dia mula gerudi tu. Aduhaiiii..rasa macam tak boleh tahan dah. Cara buat veneer ni memang kena kikis sikit gigi asal tu. 

Lepas tu saya rasa susah nak bernafas sebab air liur bertakung di tekak. Panik mungkin. Atau memang tak tahan. Almaklumlah sejak covid ni mana nak melawat klinik gigi. Jadi, rasa tak selesa kejap. Saya angkat tangan dan doktor berhenti kejap.

Lepas dah sedut, okay dah boleh bernafas macam biasa. Doktor tak rilek lansung buat kerja dia. Laju buat kerja. Tahu-tahu dah siap. Doktor bagi cermin dan tataplah gigi tu elok ke tidak doktor buat. Macam kejap je tapi kejap tu terasa lama betul. Ada lah dalam 15minit macam tu kot. Entahlah, dalam kepala ni rasa nak cepat siap je. Mana tahan dengan bunyi gerudi dan ngilu tu.

Selepas berpuas hati dan doktor cakap, mula mula memang agak tak selesa. Lama lama nanti okaylah. Ye, memang betullah apa doktor cakap tu. Mula mula memang kurang selesa sikit tapi sekarang okay dah. Cuma kadang tu lupa pesan doktor jangan guna gigi depan makan yang keras keras. Adeh!

Sekarang dah boleh tersenyum dah. Elok hasil buatan doktor gigi klinik pergigian Medissa ni. Puas hati. Elok terbentuk gigi tu. Senangnya dalam hati gigi dan kembali okay.

Pengalaman Buat Veneer Gigi

Harga veneer gigi 2021 di klinik pergigian Medissa ni RM200 sebatang. Haritu dah bayar deposit RM100 masa consult. Lepas rawatan veneer, baru bayar bakinya RM100 lagi.

Sekarang ni trend putihkan gigi kan? Ramai juga artis malaysia yang buat veneer gigi untuk jaga penampilan senyum nampak cantik je gigi teratur elok. Nak tahu apa veneer gigi. Boleh baca dibawah. 

Tapi kalau veneer sebatang ni dia akan ikut warna gigi asal yang lain. Taklah putih melepak, kang janggal pulak putih satu gigi je. Tapi kalau nak buat rawatan pemutihan gigi lepas ni, gigi veneer tu tak akan berubah warna dah.

Gigi kuning sikit itu biasa dan tanda sihat sebenarnya. Ramai salah anggap dan obses nak gigi putih. 

Apakah Veneer gigi

Veneer gigi adalah sejenis rawatan kerangka tampalan yang sangat tipis. Veneer gigi dilakukan secara khusus bagi menutupi permukaan gigi dengan tujuan memperbaiki dan mencantikkan bentuk gigi.

Rawatan veneer akan dilekatkan pada bahagian hadapan gigi yang akan merubah warna dan bentuk, gigi menjadi cantik. 

2 jenis gigi veneer

1. Porcelain

Veneer porselin perlu dihasilkan di makmal oleh juruteknologi pergigian yang terlatih sebelum dilekatkan pada permukaan gigi.

Veneer dengan bahan porselin lebih bagus kerana mampu memberikan warna gigi yang lebih natural. Akan tetapi kos veneer poselin lebih mahal.

2. Resin composite

Veneer komposit dilekatkan terus pada gigi pesakit oleh doktor gigi semasa lawatan klinik yang pertama dengan sekali lawatan. Atau perlu dihantar ke makmal untuk diproses terlebih dahulu oleh juruteknologi.

Bahan resin composite lebih tipis dan perlu mengikis sedikit lapisan atas gigi sebelum veneer dipasang. 

Veneer gigi dapat bertahan hingga bertahun-tahun sebelum akhirnya rosak dan perlu bu rawatan yang perlu. Sebaiknya berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan.

Yang saya buat jenis resin composite. Sekali lawatan dah boleh siap. Cepat dan murah lagi. 

Kelebihan veneer gigi

Veneer gigi adalah satu rawatan yang konservatif terhadap tisu pergigian. Kebiasaannya ia hanya memerlukan pengurangan pada lapisan enamel sebanyak 0.5 milimeter (mm) dan prosedur ini selalunya tidak memerlukan penggunaan ubat bius setempat.

Memilih menggunakan veneer porselin yang diperbuat daripada bahan seramik yang bersifat kaca dan akan kelihatan seakan-akan gigi yang asli. 

Setelah prosedur rawatan dilakukan pada permukaan gigi, restorasi veneer gigi akan tampak seperti gigi asli. Mereka yang menjalani rawatan veneer pasti lebih yakin untuk memberikan senyuman yang menarik dan lebih berkeyakinan.

Bahaya veneer gigi

Harus diingatkan, tidak semua prosedur rawatan akan dapat memberikan hasil yang memuaskan. Ini kerana adakalanya gigi yang dipasang veneer akan kelihatan agak besar jika pengurangan lapisan enamel tidak mencukupi semasa proses penyediaan gigi.

Terdapat kemungkinan juga akan wujud risiko berlakunya sensitiviti gigi selepas rawatan dan kematian tisu pulpa juga boleh berlaku jika penyediaan pengurangan lapisan enamel yang terlalu nipis sehingga mencecah lapisan dentin.

Veneer yang dipasang juga boleh berdepan kemungkinan untuk tertanggal jika tidak disimenkan dengan sebaiknya. Masalah simen atau porselin yang berlebihan juga boleh berlaku jika perapian tidak dilakukan oleh doktor pergigian.

Tetapi tak semua masalah gigi boleh diselesaikan dengan hanya rawatan veneer gigi.

Masalah gigi yang boleh dilakukan rawatan veneer

  • Gigi yang mengalami perubahan warna

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh pengambilan ubatan tertentu semasa gigi terbentuk, rawatan akar gigi, pengambilan flouride secara berlebihan, tampalan resin yang besar dan sebagainya.

  • Gigi patah atau retak

Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Gigi mungkin mengalami retak atau patah disebabkan oleh kemalangan atau tergigit makanan yang keras (macam kes saya).

  • Permukaan gigi semakin nipis

Gigi yang semakin menipis atau haus ini boleh berlaku kerana tabiat individu yang suka mengetap gigi. Adakalanya keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan faktor usia dan pengambilan ubatan tertentu.

  • Jarak gigi yang ketara

Sesetengah individu mungkin akan mengalami masalah gigi yang mempunyai jarak atau ruang yang ketara antara gigi. Rawatan veneer ini boleh dilakukan untuk membantu menutup ruang antara gigi-gigi tersebut.

  • Bentuk gigi

Selain masalah jarak antara gigi yang ketara, rawatan veneer boleh menjadi pilihan rawatan untuk mereka dengan masalah bentuk gigi yang tidak sejajar, tidak lurus, kedudukan gigi yang tidak teratur atau mempunyai masalah bentuk permukaan yang lain daripada kebiasaan.

Apa apa pun untuk memperbaiki sebarang masalah gigi yang minima, berkemungkinan rawatan pergigian lain yang lebih konservatif akan disarankan seperti rawatan pemutihan, pengkonturan semula secara estetik atau veneer komposit.

Untuk individu dengan yang mengalami kerosakan yang lebih besar atau serius, rawatan korona gigi adalah alternatif yang lebih sesuai dan lebih kuat berbanding prosedur rawatan veneer.

Sebelum menjalani apa apa rawatan gigi, doktor gigi akan memberikan nasihat dan pandangan doktor pakar mengenai pilihan rawatan yang sesuai dan terbaik. Tak boleh suka suka kita nak buat itu ini. Doktor gigi akan rawat mana yang lebih utama. 

sumber : https://therohani.com/veneer-gigi-malaysia/

22 comments:

  1. baru tahu pasal ni huhu. boleh rasa ngilunya

    ReplyDelete
  2. Teringin juga nak buat tapi hold dulu. Dengar Fizah ckp pasal kikis tu pun dah terasa ngilunya.. Teringin nak buat implan tapi tak tahu la. Kejap rasa berani kejap rasa takut. Kena kumpul duit dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak buat tu berani tapi dah dekat masanya rasa berdebar lain macam. itulah tu, nak menabung jugak nak buat yang lain. huhu...

      Delete
  3. mmg tak suke nak jumpe doktor gigi. tak tau kenapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan hati memang tak suka tapi apa nak buat, dah terpaksa. huhu...

      Delete
    2. jumpa dr gigi ni kalau tak terpaksa mmg tak pegi... ah betul2 sakit br nak pegi kan

      Delete
    3. Tahu takpe! Dah sakit tu terpaksa rela lah kita.

      Delete
  4. Mana gambar giginya?. Hihi.
    Oo RM200?. Saya sangka lebih mahal mcm buat crowning sbb selalu nampak artis2 je buat. Alhamdulillah zmn skg dah mcm2 teknologi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, thumbnail bawah tu. Segan pulak nak letak besar besar. Letak small version je lah. Asalkan nampak senyum elok. Crowning cecah ribuan sebatang katanya. Zaman sekarang dengan teknologi macam macam boleh jadi.

      Delete
  5. Sekejap tapi rasa lama sebab tidak selesa dengan bunyi gerudi.
    Nasib baik sekali rawatan. Boleh teruskan hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, sekejap rasa lama pulak dalam bilik tu. Syukur sekali lawatan je siap. Rawatan tu kena follow up jugak nanti kalau rajin.

      Delete
  6. Plg tak suka gi jumpa dentist. Auto dtg sakit belakang, sakit kepala semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Terpaksa rela jugaklah kan bila gigi buat hal. Sakit kepala tu semestinya. huhu...

      Delete
  7. Wah....lepas ni senyuman berseri la Fiza.... Ada harapan jadi model iklan ubat gigi..hihihi
    Saya juga sedang mengumpul modal nak baiki crown gigi depan juga ni..Gigi patah jatuh basikal masa zaman sekolah..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap berserilah bila tersenyum tu. hehe..Haha..jauh sangat nak jadi model iklan ubat gigi. Jauh beza dengan pajula. Doktor suggest buat crown gak tapi modalnya seribu macam tu. Kena menabunglah kita.

      Delete
  8. Hari tu ucid main kat car porch, jatuh tersembam. sompek la sikit gigi kapak dia kat depan tu. cuak kejap sebab tu gigi kekal. kalau pecah atau patah, memang kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaiii..kesian ucid. sompek sikit tak obvious okaylah juga. saya ni sompek banyak dan obvious. Nak tak nak kena jugalah ditampal sompekan tu. huhu..

      Delete
  9. wahhh dh cntik dh… mmg smua org paling takut jmpa dr gigi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah better than before. Betul, semua orang seram nak jumpa doktor gigi.

      Delete
  10. dari september ari tu nak buat apoinmen cek gigi. tak juga buat, fiza.
    sebelum tu husband buat gigi baru. gigi kapak dia da lama problem.
    RM1000+ juga la kos dia utk 1 gigi. tapi helok cantik da skang.
    tanam gigi baru. dia tak nak pakai gigi pelesu, fiza.

    aida xde la nak tanam gigi, semua gigi maintain ada.
    nak scaling. tampal kalau perlu. tu jer.
    terfikir nak putihkan gigi la. hmmmm mcm best jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh buat crowning eh. Crowning memang harganya macam tu. Doktor pun nanti suggest buat crowning jugak.

      Alhamdulillah..syukur gigi kak aida tak ada masalah. Putihkan gigi kalau rasa perlu tu okaylah boleh cuba.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.