Header Ads


Kegunaan Essential Oil Cedarwood Young Living

Sebenarnya macam teragak agak nak membeli Essential Oil (EO) Cedarwood sebabnya macam dah terbayang bayang bau kayu tu. Risau tak boleh terima bau kayu. Rugi pulak kalau dah membeli.

Tapi disebabkan kegunaan EO cedarwood ni macam menarik je. Jadi tambahlah beli EO cedarwood bersama dengan EO grapefruit bulan lepas. Baru sekarang rasa macam rajin sikit nak menulis tentang EO ni.

Ubah selera bauan aroma lain lah pulak selain lemon, lavender dan peppermint basic EO tu. Saya tertarik dengan kegunaan EO Cedarwood yang lebih kurang seperti EO lavender. Membangkitkan suasana yang menenangkan untuk tidur malam. 

Kegunaan Essential Oil Cedarwood Young Living

Cedarwood Essential Oil

EO Cedarwood diekstrak melalui proses penyulingan wap dari potongan-potongan kayu pohon cedar. Komponen utama minyak cedarwood meliputi alpha-cedrene, beta-cedrene, cedrol, widdrol, thujopsene dan kelompok sesquiterpene, yang semuanya mempunyai manfaat kesihatan tersendiri.

Cedarwood memiliki aroma hangat. Tenang dan santai. Cedarwood juga mempunyai sejarah penggunaan sebagai bahan bermanfaat dalam persediaan kosmetik untuk kulit berminyak. Ia boleh disapukan terus pada kulit dan rambut sebagai perapi dan pelembap.


Manfaat Cedarwood Essential Oil

  • Memberikan satu suasana yang tenang dan selesa apabila dibaurkan bagi menyokong rutin waktu malam yang menenangkan
  • Membantu mengekalkan permukaan kulit yang kelihatan muda dan rambut yang sihat
  • Mempunyai unsur yang membersihkan kulit
  • Deodoran semula jadi
  • Ia mengandungi unsur yang tinggi sesquiterpenes yang hadir secara semula jadi


Cara Penggunaan Cedarwood Essential Oil

  • Baurkan Cedarwood pada waktu petang untuk mencipta satu suasana yang menenangkan dan membantu meneutralkan bau.
  • Titiskan 1-2 titis ke atas bantal anda sebelum tidur.
  • Campurkan beberapa titis dalam penyembur luar buatan sendiri dengan campuran Citronella, Rosemary, Tea Tree, Myrtle, Clove, atau Lemongrass semasa acara sukan atau perkhemahan.
  • Manjakan diri anda dengan urutan kulit kepala di rumah. Panaskan beberapa titis pada tapak tangan anda dan sapukan di kulit kepala bagi mendapatkan rambut yang sihat.
  • Campurkan Cedarwood pada losyen dan product penjagaan kulit kegemaran anda bagi membantu membersihkan dan melembapkan kulit.

Banyak jugak kegunaan cedarwood essential oil young living ni. Setiap EO ada fungsi tersendiri. Kadang tu tak tengoka fungsi pun, main beli sebab bau sedap. Bau cedarwood ni agak kuat jugak bau kayu tu. 

Biasanya saya akan diffuse dengan EO lemon atau EO lain untuk kurangkan bau kayu. Barulah Feeling fresh!

sumber : https://www.youngliving.com/ms_MY/products/minyak-pati-cedarwood

20 comments:

  1. Itulah, katanya cedarwood ni membantu utk tidur lena tp takut nak diffuse sbb bau tu.. Nampaknya saya kena campurkan jugak dgn EO lain waktu malam... Tips yg sgt berguna... Terima kasih Fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diffuse EO cedarwood saja pun okay sebenarnya. Cuma saya lebih suka campur dengan EO lain bagi lagi best bauannya.
      sama-sama :)

      Delete
  2. Replies
    1. Nanti nanti ada rezeki lebih bolehlah beli dan cuba guna.

      Delete
  3. wahh, banyak juga eh kegunaan eo ni. kaella ingat sekadar pewangi penenang dekat bilik hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, bukan sekadar aromaterapi. Ada kegunaan lainnya.

      Delete
  4. Ada sepupu kena macam strok guna minyak pati ini dengan Lingxia. Hehe akak pun kurang pasti apa fungsi cedarwood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang guna kaedah ingest. Pernah cuba tapi rasa tak tertelan pulak. Kena kaji lagi penggunaan dia kalau nak tahu dengan details.

      Delete
  5. seronoknya kalau sekitar berbau fresh kan!

    ReplyDelete
  6. tq for sharing info ni, fiza.
    bagi bukan (belum) pengguna YL, new info.
    akak guna eo juga, but local brand la.

    eo ni byk manfaatnya, kan. kena cari pakar utk tahu kegunaan dan cara guna.
    tq again, fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Local brand pun okay je asalkan selamat digunakan. Betul, kena kaji betul betul :)

      Delete
  7. Saya juga pakaaaiiii 😄👍. Tapi jujur awal2 mencium aroma cedarwood nih, tak suka langsung. Aneh bau nya. Tapi lama lama, hidung mungkin jadi terbiasa, dan jadi bisa menikmati. Tapi saya LBH suka kalo dicampur dengan shampoo, atau hair mask. Lalu didiamkan sejenak. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terus bau dari botolnya agak susah jugak nak terima. Bila dah lama bau rasa terbiasa dah. Baru rasa aroma cedarwood best. Ohh saya pulak jenis kurang rajin campur dengan produk. Nanti bolehlah cuba sesekali :)

      Delete
  8. Waw, tak pernah beli dan tak pernah try.. Macama nak try nanti... hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cubalah nona. Kot berkenan dengan cedarwood :)

      Delete
  9. Hari tu kan..boss akak dapat hadiah YL ni dari client...harga YL tu RM600 rasanya...geram je akak..rasa nak mintak..hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Starter kit premium terus jadi ahli tu. Ada je yang RM300 lebih kak, diffuser dan dapat 1 free EO.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.