Header Ads


Sepi Tanpa Cinta

Sepi Tanpa Cinta, sebuah drama adaptasi novel karya Damya Hanna menampilkan gandingan pelakon Nazim Othman dan Yuna Rahim. Drama Sepi Tanpa Cinta bakal bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria.

Drama Sepi Tanpa Cinta Astro Ria

Drama : Sepi Tanpa Cinta
Jumlah episod : 20
Mula Tayangan : Januari 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Astro Ria 
Novelis : Damya Hanna
Pengarah : Rashid Sibir

PELAKON SEPI TANPA CINTA

Nazim Othman sebagai Fakrul
Yuna Rahim sebagai Haziqah (Ziqa)
Zul Helmy sebagai Yusri
Fauziah Nawi sebagai Aminah
Najihah Sham sebagai Sue
Asyiqin Zaed sebagai Radiah
Maria Farida
DJ Fateh
Norlia Ghani
Sheila Hassan

SINOPSIS SEPI TANPA CINTA

Haziqah (Yuna Rahim) memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri (Zul Helmy). Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. 

Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas. Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul (Nazim Othman) tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. 

Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali! Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. 

Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung. 

Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.

24 comments:

  1. Teringat kata-kata Khalil Gibran: hidup tanpa cinta ibarat pokok tanpa buah... Lebih kurang begitulah Heheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti tidak lengkap tanpa cinta, kan. Menarik kata-katanya.

      Delete
  2. Wahhhhh, menarik.. adaptasi dari novel Damya Hana... Mesti best! Kalau baca novelnya, penuh emosi wooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh nona dah baca eh novel ni. Penulis hebat pasti best baca novelnya kan.

      Delete
  3. buat la cerita sepi tanpa blogger pulak...

    hehe

    ReplyDelete
  4. Akak dah baca Novel Sepi Tanpa Cinta ni...nak tengok versi drama plak la....yeayyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi tayang tu, bolehlah tengok versi drama pulak.

      Delete
  5. Semoga hidup kita semua dikelilingi cinta❤️❤️❤️❤️❤️
    hihihi...
    Zaman Nazim Otman baru nak up pernah sekali di shooting kat tempat kerja saya seminggu.Hari2 dia masuk baca surat khabar kat bilik saya.Sempatlah bergambar dengan dia..Tapi itu zaman Dejavu di Kinabalu tengah trending..🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn...semoga disayangi ramai.
      Ohh dapatlah tengok orang shooting dan pelakon kan..
      Drama tu tak tengok pulak. Hehe...

      Delete
  6. Alhamdulillah walaupun tanpa cinta hidup saya tak sepi. haha

    ReplyDelete
  7. Akak ingat-ingat lupa lah pernah baca novel Damya Hana yang ini atau tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari semula tu. Dah baca boleh tengok drama pulak.

      Delete
  8. Bukan jodoh itula diperkatakan, redha demi cinta, berganjak tajuk baru pulak :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.