Header Ads


Oh My Hantaran

Oh My Hantaran, drama melayu terbaru di Slot Diandra TV9. Drama Oh My Hantaran episod 1 bermula 29 Disember 2021, hari Isnin-Khamis jam 8:30 malam. Drama Oh My Hantaran dibarisi pelakon Elisya Sandha, Noki K-Clique dan MK K-Clique. 

Drama Oh My Hantaran Slot Diandra TV9

Drama : Oh My Hantaran
Jumlah episod : 20
Mula Tayangan : 29 Disember 2021
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 8:30 malam
Siaran TV : Slot Diandra TV9
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Suhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

PELAKON OH MY HANTARAN

Elisya Sandha sebagai Mira
Noki K-Clique sebagai Mail
MK K-Clique sebagai Rizal
Rosli Rahman Adam sebagai Encik Sabri
Anna Jobling sebagai Alya
Alif Hadi sebagai Emi
Syazlin Zainal sebagai Syikin
Jasper Supayah sebagai Wani
Salina Saibi sebagai Bidan Yaya
Raja Azura sebagai Datin Amy
Khairil Anwar sebagai Malik
Ieda Moin sebagai Asmidar
Zalif Sidek sebagai Lawyer buruk
Ziana Zain sebagai Kamalia
Jasmin Hamid sebagai Sakinah
Nazia Mustafar sebagai Datin Merry
Syarafi Sudarmaji sebagai Farish
Kak Girl sebagai Ratu Bawang

SINOPSIS OH MY HANTARAN

Mira (Elisya Sandha), seorang gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique), seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua. Namun, hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Mira, Encik Sabri (Rosli Rahman Adam). 

Mail seorang pemuda yang rajin berusaha dan bekerja dengan Pak Hassan yang dianggap sebagai ayah. Encik Sabri mengharapkan Mira, satu-satu anaknya itu berkahwin dengan Rizal (MK K-Clique), iaitu anak kepada ketua kampung. 

Rizal berkelulusan ijazah universiti malahan dia bakal mewarisi tanah dan perniagaan kampung ayahnya. Sebenarnya Rizal seorang gengster kampung yang digeruni oleh pemuda kampung tetapi dia selalu berlagak baik di depan orang tua.

Encik Sabri menetapkan syarat kepada Mail untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dalam masa sebulan jika ingin berkahwin dengan Mira. Demi cinta, Mail berusaha untuk mengumpul jumlah duit itu dalam tempoh yang singkat. 

Rizal yang mula menyukai Mira dari zaman sekolah lagi telah bersumpah untuk memiliki Mira dengan apa jua cara pun. Dalam keadaan buntu mencari jalan, ibu Mail akhirnya menyuruh Mail berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur. 

Tanpa dijangka, Malek meminta Mail untuk mendapatkan kembali wangnya dari para penghutang. Mail akan diberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan itu. Bermulalah cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutang demi mencari duit dalam kadar segera. 

Mail tidak ingin kehilangan Mira dan dia terpaksa merahsiakan kegiatan itu daripada pengetahuan Mira. 

Adakah Mail akan berjaya dan mengecapi kebahagiaan bersama Mira? 
Bagaimana pula dengan Rizal yang tidak berputus asa untuk menawan hati Mira?

LAGU TEMA (OST) OH MY HANTARAN

Lagu : Payung Pelangi
Artis : K-Clique

18 comments:

  1. Noki dan MK macam sudah serious berlakon.
    Baca sinopsis cerita menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..dua dua berlakon pun tak kayu. Peminat dorang bolehlah layan.

      Delete
  2. ok drama2 baru dah byk kluar lately ni hahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak dah boleh shooting ni banyaklah drama baru keluar :)

      Delete
  3. Ingatkan Fiza nak tunjuk gambar hantaran masa kahwin dulu, hihi.

    ReplyDelete
  4. Aduh!! Mahal sungguh hantarannya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal nau nau kan..agaknya saja bagi mahal sebab taknak Mira kahwin dengan Mail.

      Delete
  5. Walawehhhh, macam jual anak ek!
    Suka tengok Elisya Sandha ni berlakon.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya. Mahal bebenor.
      Suka gak tengok dia berlakon.

      Delete
  6. Banyaknya citer baru..dah macam tak terkejar plak...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.