Header Ads


Essential Oil Grapefruit, Bau Manis Manis Yang Menyegarkan

Asyik topup essential oil (EO) lemon, lavender, peppermint je. Sesekali ubah bau beli grapefruit essential oil lah pulak. 

Dulu konon nak guna sambil menjual tapi dah tak rajin tak menyempat nak promote, terlupa terus cita cita hangat hangat tahi ayam tu.

Sekarang membeli dan guna je. Tapi kalau ada orang nak beli kita pass kat mak minyak kita je sebab dia simpan stok. 

Semacam bosan dengan bau lemon, tukar bau citrus lain. Saya pilih grapefruit. Selain tu ada lime, jade lemon, lemon myrtle, orange, tangerine, citrus fresh dan lain-lain.

Essential Oil Grapefruit

Grapefruit essential oil 100% minyak pati tulen

Mempunyai aroma manis buah grapefruit yang sangat menyegarkan. Secara tak lansung ia menaikkan rasa gembira, semangat dan bertenaga. dan menaikkan semangat. 

Kaya dengan antioksidan d-limonene yang baik untuk kulit. Kebanyakan minyak sitrus sejuk-ditekan mempunyai ciri-ciri detox yang unik.

Bau sitrus juga dapat menyegarkan ruang dapur, ruang tamu atau pejabat anda serta-merta, atau sapukan terus pada kulit untuk mendapatkan kulit yang lembut. Perlu dilute dengan minyak Minyak Sayuran Kompleks V-6™ atau minyak zaitun.

Kebaikan EO grapefruit

  • Aroma yang kemanis-manisan dan menyegarkan
  • Menaikkan semangat dan memberikan tenaga
  • Mempunyai sifat yang membersihkan kulit
  • Sesuai digunakan bersama dengan bahan pembersihan rumah buatan sendiri
  • Mengandungi unsur utama sabinene, limonene dan nootkatone

Cara penggunaan EO grapefruit

  • Cipta aroma yang menyegarkan di rumah anda dengan membaurkan Grapefruit pada waktu pagi.
  • Cipta satu air semburan bilik yang menyegarkan dengan mencampurkan Grapefruit, Peppermint, Orange, Lemon, Bergamot dan air suling dalam botol sembur kaca.
  • Gabungkan beberapa titis dengan minyak pelarut seperti Minyak Sayuran Kompleks V-6™ dan gunakannya untuk urutan yang menyegarkan.
  • Gunakannya sebagai sebahagian daripada regimen penjagaan kulit anda dalam losyen, penyegar dan pencuci untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat. Perlu diingatkan bahawa Grapefruit ialah minyak yang peka foto. Elak cahaya matahari atau sinaran UV secara langsung sehingga 12 jam selepas menyapu secara terus pada kulit.
EO grapefruit ni agak berwarna kuning sikit. Tak sejernih titisan EO yang pernah saya guna. Kena kerap sikit mencuci dalam diffuser supaya tak berwarna kekuningan. 

Bau EO grapefruit memang power dan best sangat. Rasa segar yakmat! Asal rasa pening je, saya diffuse EO grapefruit atau bauan citrus yang lain bagi hilang rasa pening tu. Ya ya, sangat membantu. Dia macam kalau pening, kita bau minyak cap kapak. Macam tu lah.

Masa masa tengah buat kerja cari idea design tu, syoklah buat kerja lebih semangat dengan bau bauan best. Titis dalam air untuk mop lantai pun boleh. Berbau harum dengan bauan grapefruit satu rumah.

Guna setitis pun dah memadai pada saya. Asalkan ada bau. Dasar kedekut! Bukan apa, sayang nak titiskan banyak-banyak. Benda bukan murah. 

Kalau awak jenis suka bauan citrus yang lain sikit, boleh cuba EO grapefruit selain bau lemon, orange yang dah biasa bau. 



sumber : https://www.youngliving.com/ms_my/products/minyak-pati-grapefruit

20 comments:

  1. belum pernah cuba grapefruit. yang tak pernah putus lavender dengan pepermin je

    ReplyDelete
    Replies
    1. lavender, lemon dan peppermint tu sentiasa kena ada :)
      Nanti cuba grapefruit pulak kak.

      Delete
  2. Teringin nak mencuba bila baca review Fiza ni.

    ReplyDelete
  3. Itulah eo ini akak suka pakai atau bau daripada botol. Rugi diffuse kena titik banyak-banyak tapi akak belum guna grapefruit lagi. Kegemaran lavender memang titikkan pada sejadah tempat sujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tapi nak tidur tu wajib diffuse dan on air cond baru best. Nanti try guna grapefruit kalau selesa dengan bauan citrus. Titiskan pada fabric pun okay bau melekat :) Sedap bau

      Delete
  4. Ala spa bunyinya, segar, tenang, naik semangat, manis buah sambil membaca sambil ikut hidu..nak juga la letak aroma buat terapi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, bauan yang menenangkan bila diffuse eo grapefruit ni.

      Delete
  5. Suka bau grapefruit,lemon dan lime..Segar dan nyaman

    ReplyDelete
  6. dapat bayangkan bau grapefriut yg sweet dan juga tangy.. mmg terapi

    ReplyDelete
  7. Sha kurang suka bau grapefruit ini.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Tak pernah try... Nanti leh ushar ngn memberr.. ramai jual EO nih

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.