Sebusuk Busuk Loji Kumbahan, Tetap Glow Up Dengan Bunga Keladi Bunting

Sehari dua ni loji kumbahan Bukit Kiara Sungai Petani yang dipenuhi dengan bunga keladi bunting tiba tiba trending. Selepas tempat tengok kapal terbang KLIA, loji kumbahan Bukit Kiara Sungai Petani pulak jadi port baru viral 2021 Malaysia.

kumbahan 2021 loji kumbahan bukit kiara sungai petani

Pantang ada tempat cantik, mesti jadi port tumpuan orang ramai datang untuk bergambar. Masalahnya tempat yang cantik dipenuhi dengan bunga keladi bunting tu sebusuk busuk tempat sebab loji kumbahan.

Viral bermula di tiktok, tengah syok bergambar lepas tu stop sebab tak tahan bau busuk.

Penduduk tempatan kata, lokasi tu bukan loji kumbahan tapi sebenarnya sebuah tasik semulajadi yang disalah guna sebagai tempat pembuangan sisa kilang berdekatan. Sebab itulah bau busuk katanya. Entah iya entah tidak. 

Tapi sebusuk busuk loji kumbahan, tetap glow up dengan bunga keladi bunting yang cantik. Penuh satu loji. Memang gigihlah yang datang menahan bau demi berkeping keping gambar yang nampak cantik. 

Bunga keladi bunting padat betul menutupi loji. Cantik memang cantik tapi akan rosakkan ekosistem sebab menutupi permukaan air. Agaknya baja semulajadi, terus membiak dengan jayanya.

bunga viral loji kumbahan 2021

Kalau awak, sanggup tak?

Bunga keladi bunting

Nama saintifiknya Eichhornia crassipes ialah sejenis pokok bunga berwarna putih ungu. Di sesetengah tempat, bunga ini digunakan semasa keramaian dengan disemat di baju batik. Untuk mendapatkan bunga ini pokok keladi bunting ini perlu di tanam di permukaan air. Bunga keladi bunting cepat membiak dan mudah berbunganya.

Pokok ini berasal daripada keluarga Pontederiacea, dan mempunyai batang yang tak nyata. Tangkai daun yang bergabus dan boleh membesar untuk menyimpan air. Daunnya berbentuk C dan mempunyai lapisan permukaan daun seperti lilin. Ia membiak secara vegetatif dan anak pokok akan tersebar apabila terpisah dari pokok induk.

Di setengah tempat tanpa haiwan kawalan biologi, pokok keladi bunting ini boleh menjadi tumbuhan spesies ceroboh. Di kawasan ekosistem air tenang, bunga ini boleh menutupi permukaan air dan mengganggu ekosistem tersebut. 

Di kawasan pengairan pula, bunga ini boleh menjadi rumpai penakluk kerana sukar untuk dihapuskan. Penggunaan mesin mekanikal memakan kos yang tinggi, manakala penggunaan racun akan merosakkan ekosistem kerana ia tumbuhan akuatik. 

Kegagalan menangani pokok ini pula akan mendatangkan bencana seperti banjir apabila ia menutup aliran air keluar dari sistem pengairan. Dengan tambahan hujan yang lebat banjir boleh berlaku.

Di sesetengah tempat ia digunakan sebagai makanan ternakan dan merawat logam berat dalam sistem akuatik dan bahan buangan seramik serta sebagai bahan bakar.

sumber info dan image :  bukugeografi | wikipedia

36 comments:

  1. Cantiknyaaaa.. patutnya kalau penuh bunga, bau wangi, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik memang cantik. Kalau bunga berbau wangi boleh jugak cover bau busuk. Tapi sayang bunga keladi bunting tak berbau harum pulak. huhu...

      Delete
  2. Demi sekeping gambar yang cantik apapun tahan je..hahahahaha....

    ReplyDelete
  3. cantikkk...kaler purple...sekejap bolehlah kot, berlama-lama mmg taklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat sekejap ambil gambar okay lagi boleh tahan, kan.

      Delete
  4. port cantik pasti ramai teruja nk bergmbr...tp tk sangka plak rupanya tmpt loji bila tgk org update kan...

    ReplyDelete
  5. Cantiknya... sewajarnyalah viral kalau dah penuh melata satu loji ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik yang menarik perhatian tu. Kagum penuh satu loji.

      Delete
  6. Ada baik dan buruk keladi bunting. Banyak betul. Pandang dari jauh memang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Kalau banyak sangat ada keburukannya pulak. Cantik sebab bunga dia padat dalam satu loji tu.

      Delete
  7. Cantik betul macam kat luar negara pulak ye.

    Nampak jugak ramai share kat FB .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang rare dan ada bunga keladi bunting dengan banyaknya. Itu yang nampak cantik. Merata dah orang share kat FB selain tiktok.

      Delete
  8. Sekali imbas macam luar negara. Tapi hakikatnya hehehe

    ReplyDelete
  9. Ramai orang bercerita tentang kawasan ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah. Terus popular. Dengar kata macam dah tutup untuk keselamatan.

      Delete
  10. Cantik dan pantang viral sekarang ni mesti orang serbu. Demi sekeping gambar yang cantik tahan la hidung.. Lol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Pantang viral semua pakat serbu. Tahanlah kejap nak ambil gambar punya pasal kan. hehe...

      Delete
  11. Kalau ammi mmg tak kuasa lah. Nasib mmg bukan peminat bunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada geng ajak bergambar, ku turutkan jua tak. Hihi...

      Delete
  12. Replies
    1. hihi..gambar memang tak bau busuk. Nak ambil gambar tu yang kena tahan sikit bau busuknya.

      Delete
  13. Hahaha...ada juga saya baca info ni...Menarik view.Takpa yang penting orang yang tengok pic tak bau pun loji tu..
    Bunga tubkat Thailand depa masak jadi sayur dan ulam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujurlah gambar tak boleh keluar bau kan. Hehe..
      Rare betul dorang buat sayur dan ulam. Dah jadi kebiasaan depa, kita je yang pelik.

      Delete
  14. Kalau saya dah ada berdekatan mesti akan curious nak tengok. Snap gambar ke tidak bergantung pada level busuk tasik tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap tu bolehlah kot selagi tak mengeluarkan bau yang busuk sangat.

      Delete
  15. Makcik akak pergi kat sini semalam...dia muntah- muntah x tahan bau sebab loji kumbahan kan...tapi gambar semua superb la.,..walau pakai mask tetap kuat bau..suma ada pengantin cina tu selamba je amik gambar macam xde pape...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah gitu, sekejap je lah mampu. Tak sanggup pulak nak tahan bau busuk lama lama. Ada yang kata baunya pun melekat. Demi berkeping keping gambar cantik, gigih tahan agaknya.

      Delete
  16. kalau saya x sanggup. saya amik gambar kat tempat lain je lah

    ReplyDelete
  17. Kalau saya tak baca tulisan Kakak, saya pasti pikir ini tempat cantiiik, harum semerbak. Ternyata bau yaaa 😅. Tapi tempatnya memang best lah! Apalagi kalo ambil gambar pakai drone. Saya langsung ingat lavender farm di tomita Hokkaido 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baunya tak seindah rupa. Kalau pakai drone boleh tahan lagi duduk jauh sikit.
      Ya, kalau ladang lavender harum bau semerbak. Seronoknya dapat jejak lavender farm di Jepun.

      Delete
  18. Replies
    1. Dengan keindahan juga, bau busuk dilupakan sebentar. hihi

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.