Rumah Madu Ku Berhantu

Rumah Madu Ku Berhantu, sebuah filem terbaru lakonan Zizan Razak, Rita Rudaini, Nadia Brian, Azlee Jaafar, Saiful Apek, Douglas Lim, Nurul Qiesrawiyah dan ramai lagi. 

Filem Rumah Madu Ku Berhantu merupakan filem arahan Abdul Razak Mohaideen yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 Disember 2021 nanti.

Filem Rumah Maduku Berhantu Full Movie

FILEM RUMAH MADU KU BERHANTU

Tarikh tayangan : 2 Disember 2021
Pengarah : Dato’ Profesor Dr. Abdul Razak Mohaideen
Produksi : Multimedia Film Productions, Golden Screen Cinemas, Astro, Six Fun Media
Genre : Komedi, Seram

SINOPSIS RUMAH MADU KU BERHANTU

Saufi (Zizan Razak) adalah seorang agen hartanah yang setia dan bahagia bersama isterinya, Sofea (Rita Rudaini) serta anak perempuannya Lulu. 

Namun kebahagiaan mereka hanya seketika dan bertukar porak peranda apabila seorang sahabat lama, Ali (Azlee Jaafar) telah memaksa Saufi untuk bersetuju menjadi ‘Pak Sanggup’ dengan mengahwini bekas isterinya iaitu Alia (Nadia Brian) untuk satu malam sahaja.

Perkahwinan ‘sementara’ itu antara Saufi dan Alia menjadi bertambah rumit apabila Ali meninggal dunia di dalam satu kemalangan. Saufi kini harus mencari penyelesaian untuk hidup bersama isteri pertama dan kedua tanpa membocorkan rahsia bahawa mereka kini telah bermadu.

Saufi telah menyediakan tempat tinggal isteri keduanya di sebuah rumah banglo usang. Saufi merasai suatu entiti seram mengganggunya di rumah tersebut. 

Pelbagai insiden lucu dan seram hampir menyebabkan Saufi pecah tembelang namun beliau tetap cekal berahsia sehinggalah satu malam yang maha mengerikan terjadi.

PELAKON DAN WATAK

  • Zizan Razak sebagai Saufi
  • Rita Rudaini sebagai Sofea
  • Nadia Brian sebagai Alia
  • Azlee Jaafar sebagai Ali
  • Saiful Apek
  • Douglas Lim
  • Nurul Qiesrawiyah

34 comments:

  1. Replies
    1. Dua dua bini kesian sebab tak tahu suami rahsiakan perkahwinan.huhu

      Delete
  2. musti kelakar nih... kalau tengok pelakon tu

    ReplyDelete
  3. mcm kelakar je cita ni, kelakar seram la kot. pelakon best best!

    ReplyDelete
  4. dari cina buta tak pasal2 lain pulak jadinya

    ReplyDelete
  5. Okey...nak tgok Saiful Apek ngan Zizan je...hahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..pun boleh..scene orang lain kena toleh tempat lain :p

      Delete
  6. menarik ni. Rasanya ni first time tengok Zizan berlakon watak suami orang

    ReplyDelete
  7. Pula rumit apabila bekas suami isteri ke-2 meninggal. Hehe tidak pula diceraikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Complicated jadinya lepas bekas suami dia meninggal,kan. Mungkin dah sayang.

      Delete
  8. Replies
    1. kalau tak kelakar tak tahu lah kan sebab genre dia seram komedi.

      Delete
  9. Ajegilaa.. kawen sehari jee.. haahhaa.. ok la.. tunggu nanti bebila kuo time raya.. barulah tengok.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Memang kerja gila jadi cina buta. Tengok lambat pun takpe kan. hihi

      Delete
  10. Kemain tajuk tu.hehhe e . Kalau ada zizan razak yang berlakon mesti hapening je drama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk nak create kontroversi mungkin. Hehe..ada zizan mungkin jadi best ceritanya.

      Delete
  11. ha ha ha ha ni memang keje giler ni ha ha ah ha...
    pak sanggup tak bertempat.

    ReplyDelete
  12. Tengok tajuk je dah macam menarik.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk memainkan peranan penting nak tarik minat orang tengok :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.