Jin

Jin, telemovie Astro Citra 2021/ telefilem seram Sabtu Astro Citra 2021 Sabtu ni 20 November 2021, jam 9:00 malam di saluran 108. Telefilem Jin dibintangi pelakon Fadhli Masoot, Eric Fuzi, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Telemovie Jin Astro Citra 2021

Telefilem : Jin
Waktu siaran : 20 November 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Citra Exclusive Astro Citra
Penulis Skrip : Nur Maisurah Abd Rahim
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios

SINOPSIS JIN

Seorang content creator yang bernama Ray (Fadhli Masoot) telah membawa diri mencari ilham di sebuah kawasan pedalaman di Perak. Dia telah bertemu dengan soerang gadis bernama Ayu (Wany Hasrita), staf resort yang banyak membantu beliau. 

Apabila Ray mengetahui tentang kewujudan jin (Eric Fuzi) di resort tersebut, Ray cuba menggali sejarah jin tersebut serta sejarah resort dan orang keliling. Jin tersebut mula meracuni akal fikiran Ray sehingga Ray mengesyaki orang-orang kelilingnya di resort tersebut. 

Ray yang mengetahui rahsia Paklang dan Kiai yang kononnya menggunakan agama dan rupa yang baik sebagai pelindung kejahatan mereka membuatkan Ray tak sabar untuk menyebarkan rahsia tersebut kepada pembaca dan penonton content online Ray. 

Ray dapati rakaman serta nota yang dirakam dengan jin tersebut semuanya tidak boleh digunakan. Jin membuat perjanjian dengan Ray untuk benarkan Ray menggunakan rakaman tersebut hanya apabila Ray melepaskan jin tersebut.

PELAKON JIN

Fadhli Masoot sebagai Ray
Eric Fuzi sebagai Jin
Wany Hasrita sebagai Ayu
Dato Jalaludin Hassan
Tuan Asmawi
Haeriyanto Hassan

24 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Takut cerita macam ni. Perbanyak berdoa dilindungi Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita macam ni ada pengajaran yang kita boleh ambil. Supaya tak terpengaruh dengan jin.
      Aaaminnn....

      Delete
  2. makin banyak eric fuzi belakon sekarang ni, baca dari dia punya sinopsis macam kelakar... kene tengok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sekadar berlakon. Mengarah dan buat lagu pun ye jugak.
      Selamat menonton :)

      Delete
  3. Akk takde Citra, tunggu je lah dia main dgn Ria @ Prima hehe,,,

    ReplyDelete
  4. Ewahhhh.. ada Wany Hasritaaa.. Kena tengok nih.. hehe

    ReplyDelete
  5. memang x la..cita2 hantu ni. Iris suka la tgk ni...

    ReplyDelete
  6. Macam menarik ni..tengok seram waktu siang takde lah takut sangat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita seram kena tengok siang baru rasa kurang seram dia. kannn...

      Delete
  7. Content creator dah jadi kerjaya pulak. Gigih betul sampai interview jin

    ReplyDelete
  8. dasar jin..suka mempengaruhi manusia

    ReplyDelete
  9. Akak memang susah la nak tgok kalau citer seram ni...

    ReplyDelete
  10. Aik ada jelmaan jin dalam cerita ini. Syarat lepaskan jin itu macam ada muslihat pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ada watak jin dalam cerita ni. Itulah dia muslihat jin nak memperdayakan manusia.

      Delete
  11. Wany berlakon genre mcm ni? Menarik dgn watak lembut dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, dialah berlakon tu. Sesuai dengan karakter dia, kan.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال