Drama Kerana Dia Suka

Kerana dia suka, drama terbaru akan datang di Slot Lestary TV3. Dibintangi Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Nasha Aziz, Riz Amin, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Drama Kerana Dia Suka merupakan drama adaptasi novel 'Kerana Dia Suka' karya Marissa, drama arahan Kyoll Hamzah dan terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Drama Kerana Dia Suka Slot Lestary TV3

Drama : Kerana Dia Suka
Jumlah episod : akan dikemaskini
Mula siaran : akan dikemaskini
Waktu siaran : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis skrip : Mufid Suhaimi, Next Scene Team
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd

SINOPSIS KERANA DIA SUKA

“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”

Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi
kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan.
Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah.
Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.

“Aku rasa lelaki tu minat kaulah.”
“Merepek!”

Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idham menjelaskan statusnya.

“Saya dah bertunang.” - Idham

Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka.

Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung.
Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.
“Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina
“Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” - Idham

Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya.
“Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham
“Apa?” – Wardina
“Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham

“Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak?
Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina

“Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham

Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu!

PELAKON KERANA DIA SUKA

Fikry Ibrahim sebagai Idham
Rita Nadira sebagai Wardina
Trisha Ooi sebagai Zaimah
Nasha Aziz sebagai Seha
Riz Amin sebagai Ijol
Mimi Ernida sebagai Aida
Nina Smith sebagai Nurlisa
Fendi London sebagai Haji Budin
Nafiez Zaidi
Rozita Che Wan
Halmey Hamdah
Ezany Nizarif
Nadia Kesuma

44 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Suka gak ammi dgn Fikry ni.. Lembut je nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka gak tengok dia berlakon. Tak kayu macam awal awal dulu. huhu

      Delete
  2. Saya lama dah tak tonton drama. Tambahan pulakbdrama romantik macam ni lagi la saya tak minat.

    Saya suka drama masyarakat atau drama jenis tergantung ceritanya...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Haaa jangan stress stress, tengok je lah nanti dramanya :)

      Delete
  4. skrg ni nk layan drama ssh.. berebut ngn sofia.. dia nk tgk kartun.. haha

    ReplyDelete
  5. Memang serabut hubungan dengan lelaki sudah bertunang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari pasal namanya ni kak. Dah tahu tunang orang, lebih baik menjauhkan diri.

      Delete
  6. cerita rampas merampas la ni he he
    Fikry bagus berlakun. skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu lah drama melayu. huhu..
      ye, semakin okay lakonan dia. Selalu gak tu jadi hero kan

      Delete
  7. Takmau mula tengok...nanti saya takleh nak tinggai...hahaha

    ReplyDelete
  8. suka dengan fikry masa die join lawak solo lagi..sekarang da jadi pelakon da ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak solo saya tak tengok. Suka dia dari awal berlakon. Muka ada manis.

      Delete
  9. Sepadan hero heroin. Macam best je cite ni.

    ReplyDelete
  10. wah ada nasha aziz la... ok wajib tgk ni

    ReplyDelete
  11. Tak tahulah kenapa suka tengok Fikri Ibrahim ni, nampak sweet walaupun tak cerah macam pelakon Korea, hehehe.

    ReplyDelete
  12. Lama gak akak tak tengok lakonan Fikry ni. Last dalam The Bridge 2 rasanya. Heroin tu pelakon baru eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab PKP ni lagilah lama tak berlakon kan. The bridge tu tak pernah tengok lagi. Heroin pelakon baru tak baru sangat sebab dah banyak drama gak dia berlakon.

      Delete
  13. Aadaptasi novel jugak ke citer ni...kalau Fikri berlakon akak suka..dia manis dan handsome..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Dah baca ke novelnya? Nanti boleh tengok drama pulak. Ramai rupanya peminat Fikri. Setuju! muka manis bila senyum. Handsome pun handsome kan.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال