Selama ni macam tak pernah nampak pokok ni berbuah. Kalau ada pun, mungkin saya tak perasan atau dah diambil musuh. Tak monyet, burung atau haiwan lain sebab dekat sangat dengan hutan.
Buah yang sedia ada ni pun belum tentu ada rezeki dapat rasa. Macam lambat je nak tunggu dia membesar. Biasanya jambu kampung ni isi dia agak keras dan kelat kelat sikit. Ke? Lupa dah rasa dia. Dah biasa beli je buah jambu batu cicah serbuk asam boi.
Disebabkan masa ni panas terik tengahari. Entah mana mana saya tap focus tu. Nampak tak langit biru tu, terang betul tanpa awan putih. Gigih jugaklah nak ambil gambar punya pasal, kan.
Selagi nampak buah jambu batu, kita ambil gambar dia.
Inilah pokok jambu batu yang rendang je pun. Kalau nak ambil pun petik je mana yang rendah rendah tu. Ada nampak banyak anak pokok lagi yang baru membesar. Rasanya benih jambu batu yang dimakan haiwan tersebar merata kot.
lama tk mkn buah jambu batu
ReplyDeleteKot jumpa buah jambu batu, bolehlah membeli nanti kak :)
DeleteDulu suka ambil pucuk pokok jambu ni gosok kat muka buat scrub, heheheh. Kalau buahnya suka yang masak dan warna merah tu, ah, rindu, lama tak makan.
ReplyDeleteohh boleh eh buat scrub. Buah masak sedap makan terus lepas petik.
Deletewaaa .. sedap ni ... dulu masa kekecik selalu makan .. sebab ada pokok yang tumbuh liar tak jauh dari rumah ... sekarang dah susah nak jumpa... Ingat lagi emak cakap ambik daun pucuk jambu batu ni .. upar atau hancurkan kat tangan dan gosok kat ketiak untuk hilangkan bau ketiak atau gosok kat muka untuk elakkan jerawat ... hehehe
ReplyDeleteSekarang agak susah nak jumpa pokok buah jambu batu. Mungkin sekarang dah mudah beli je kot, orang tak tanam dah. Ohh petua orang lama lama eh. Baru tahu.
Deleteteringat buah jambu batu kampung belakang rumah dulu-dulu, buah nya kecil tapi manis... akak suka yang isi putih dari pink...
ReplyDeleteManis tu yang sedap. Suka gak isi putih. Yang pink tu macam kurang sikit kan.
DeleteBestnya tengok.. 🤓
ReplyDeletePokok jambu batu cheq pula kecik lagi, baru nak belajar berbunga 😆
okaylah tu. Nanti besar boleh dapat hasilnya. InshaAllah...
DeleteKalau ada yang sudah masak then ada lada+garam memang wow
ReplyDeleteWahh..sedap tu. Macam makan mangga pulak :)
Deletespesis pokok yang banyak nostalgia zaman kanak-kanak ni..paling ingat mitos kalau telan biji nanti pokok tumbuh dalam perut..hahaha
ReplyDeleteBetul tu. Mitos telan biji tu sampai buah apa pun takut nak telan biji. hahahahaha...
Deletelamanya tak makan jambu batu kampung ni. kecik-kecik dulu suka sangat pastu arwah makcik marah sebab telan biji sekali. takut apendiks katanya
ReplyDeleteJambu batu kampung ni sangat nostalgia kan. Ada je kenangannya. Orang tua tua dulu selalu cakap macam tu kan, ada betulnya jugak tu. kita je yang leka.
Deletejambu batu kg, akak sukaa. ni sedapp. kelakarnya akak sekali biji2 jambu mkn nk lg yg masak ranum
ReplyDeletedan. sb jambu ni la akak dulu sakit
masa sek. rzndah ha haa sampai mak tebang terus pokoknya
Mungkin sebab makan biji tu sekali kot kak. Sampai tebang terus pokoknya tu.
DeleteIngat masa jaman kecik2 dulu, pantang nampak buah jambu batu kampung ni.
ReplyDeleteMakan part isi yang ada biji tu, telan biji2nya sekali.
uishh..kalau saya tak berani nak makan biji. Risau bab mitos tumbuh pokok dalam perut. hahaha...
DeleteTeringat zaman kanak-kanak dulu, pantang nampak buah jambu atas pokok. Walaupun masih putik, nak kekah juga. Masa tu jaranglah nak jumpa jambu masak atas pokok hihiiii.
ReplyDeleteHihi..memang tak sempat besar kalau dah kekah dulu. Nikmat tu lain kan bila ingat balik. Zaman kanak kanak, ada saja ceritanya.
DeleteBetullah tu jambu ji rasa dia kelat sikit. Dulu masa kecik ada pokok ni depan rumah. Tp tak rendah jugak. Kalau nak kena panjat atau guna galahlah jugak
ReplyDeletekira besar jugak tu pokoknya kena panjat. Ini pokok rendang kalau panjat patah terus dahan dia..hehehe...
Deletelamanya tak mkn buah jmbu jenis ni.. kecik2 dlu selalu.. rindu lah
ReplyDeleteSusah nak jumpa jambu batu kampung macam ni. Kecik kecik macam meriah pokoknya kat kampung. Agaknya orang sekarang tak menanam pokok jambu batu dah kot.
Deletecantiknya gambar fiza ambil ni, memang terang betul langit. Cantik je kombinasi warna langit dengan pokok jambu tu
ReplyDeleteTerima kasih. Waktu terik terang langit birunya nampak cantik dengan pokok buah jambu batu hijau tu :)
DeleteTidak tahu pula jambu batu kampung kelat. Cantik gambar jambu berlatar belakang langit.
ReplyDeleteKelat sikit kak.
DeleteTerima kasih kak.
ada banyak juga buah dia ye..
ReplyDeleteA ah Syu. Boleh tahan jugak banyak buah dia.
Deletelama dah tak nampak jambu ni. isi dalam dia kaler pink ke?
ReplyDeleteTak pasti pulak sebab tak pernah nampak buah jambu batu ni berbuah sebenarnya. Apatah lagi makan..kot ada rezeki dah masak dapat cuba nanti update. Kalau tak ada maknanya tak ada rezeki lah tu :)
DeleteSuka jambu batu kampung..sedap..kalau dapat isi atau biji dia ada merah2 jambu tu memang sedap...rindu nyer zman kecik2
ReplyDeleteJambu batu kampung kalau masak memang sedap kurang rasa kelat tu. Rasa macam tak pernah pulak rasa biji jambu merah yang ditanam. Yang dibeli pun pernah makan sekali je kot. biasa dapat yang putih je.
DeleteBuah jambu batu ni banyak nostalgianya. Baca dari komen komen, semua ada kenangan masa kecik :)
Sedap dan ranggup kalau dpt mkn
ReplyDeleteYep, sedap jambu batu rangup. tambah serbuk asam boi lagi sedap.
DeleteSedapnya jambu batu! Tapi kalau time keras betul tu, sakit gak gigi nak gigit.. Hahaha..
ReplyDeleteSedap kalau jenis rangup dan lembut sikit. Kalau keras kematu tu sekali gigit je lah jawabnya. hahaha...
DeleteIni kalau ada asam atau kuah rojak sedap ini..
ReplyDeleteMemang makan dengan serbuk asam boi. Makan dengan kuah rojak pun sedap.
DeleteLama betul tak makan jambu batu kampung ni . Memang sedap walaupun dimakan begitu sahaja .
ReplyDeleteDapat yang elok masak dan rangup memang sedap lah lyana.
Delete