Siaran Menarik Di Slot Ohsem Lejen Awesome TV

Awesome TV lebih meriah dengan siaran menarik di Slot OHSEM LEJEN, slot terbaharu Awesome TV. Ohsem Lejen menyiarkan filem-filem zaman hitam putih seperti karya filem arahan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam.

Siaran Menarik Di Slot Ohsem Lejen Awesome TV

Sempena sambutan hari perayaan Deepavali 4 November, Awesome TV menyajikan dua buah filem terbaik bollywood iaitu filem Taal dan Ishq. Taal merupakan sebuah filem muzikal romantik lakonan Anil Kapoor, Aishwarya Rai dan Akshaye Khanna akan ditayangkan pada jam 2.00 petang.

Filem Ishq pula lakonan pasangan sensasi bollywood iaitu Ajay Devgan dan Kajol bersama dua pelakon hebat Aamir Khan dan Juhi Chawla pada jam 9.00 malam.

Antara siaran yang menarik November ini, sebuah filem seram klasik berjudul RAHSIA bersiaran di slot Malar Segar pada hari Selasa, 2 November 2021. Filem yang pernah memenangi lapan anugerah di Festival Filem Malaysia ini sudah lama tidak ditayangkan di kaca televisyen tempatan.

Manakala slot Malar Segar, Hindi Special dan Awesome Movie juga akan disajikan dengan filem-filem hebat. 

Slot Ohsem Lejen (Khamis, 9.00 malam)

  • Pendekar Bujang Lapok (11 Nov 2021)

Tiga rakan baik menyaksikan sendiri tentang kehebatan Pendekar Mustar menewaskan dua orang samseng di Penambang Sampan Sungai Kemunting. Ramlee, Sudin dan Aziz pergi mencarinya hingga sampai ke Kampung Pinang Sebatang. Tujuan tiga orang bujang lapok ini ialah untuk menuntut ilmu persilatan dengan Pendekar Mustar. 

Lakonan: P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin

  • Anak Bapak (18 Nov 2021)

Mengisahkan Harun seorang pengurus ladang yang suka berfoya-foya sehingga menyebabkan dia banyak berhutang antaranya Norma seorang penyanyi kelab malam yang tamakkan duit Harun. Apabila menyedari yang duit simpanannya semakin habis, Harun telah menipu bapanya Dato Mahfiz mengatakan dia ingin berkahwin dan memerlukan wang. 

Lakonan: P. Ramlee, Roseyatimah dan A.R. Tompel

  • Kanchan Tiara (25 Nov 2021)

Kanchan terpegun dengan kemahiran Tirana dalam mempertahankan diri dan sukarela menawarkan diri menjadi anak muridnya. Tirana baru sahaja menetap di kampung itu tetapi disebabkan keengganan membayar duit kopi kepada orang suruhan Sahamboi maka dia kerap menjadi sasaran anak buah Sahamboi. 

Lakonan: P. Ramlee, Sarimah Ahmad dan Jins Shamsudin

Slot Malar Segar (Setiap Selasa-Rabu, 9.00 malam)

  • Rahsia (2 Nov 2021)

Professor Hamdan dan Ramlah bersama anak-anaknya, Saiful dan Marina berpindah ke sebuah banglo lama yang terletak di tepi laut. Pada mulanya kehidupan mereka sekeluarga di banglo tersebut aman tenteram, namun selepas kematian anak perempuan mereka, Marina yang lemas di laut, mereka mengalami beberapa gangguan aneh. 

Lakonan: Noor Kumalasari dan Shukery Hashim

  • Ghazal Untuk Rabiah (3 Nov 2021)

Percintaan Rabiah dan Jamal ditentang oleh ibu bapanya dan Eddy yang telah membantu menyelamatkan Rabiah dan mendapatkan perlindungan. Eddy yang telah berkahwin ingin menjadikan Rabiah sebagai perempuan simpanannya. 

Lakonan: Jamal Abdillah, Wilma Muhammad, Ridzuan Hashim dan Raja Azura.

  • Talak (9 Nov 2021)

Talak menceritakan pergolakan domestik diantara sepasang suami isteri, Johan dan Liza. Suatu hari, tanpa disedari, Johan telah melafazkan tiga kali perceraian kepada Liza. Johan akhirnya dia bertemu seorang lelaki yang bersetuju untuk berkahwin dengan isterinya dan bercerai lagi. 

Lakonan: Dharma Harun dan Noreen Noor.

  • Awang Spanar (10 Nov 2021)

Awang dan Salleh berasal dari Terengganu. Salleh bekerja sebagai seorang kelasi sementara Awang Spanar diberi gelaran tersebut kerana mahir membaiki bot. Dalam percutian mereka di Kuala Lumpur, mereka menyaksikan kejadian penculikan oleh sekumpulan mafia ke atas anak seorang hartawan bernama Rahim. 

Lakonan: Mr. Os, Salih Yaacob dan Connie

  • Mawar Merah (16 Nov 2021)

Ibu bapa Arti yang risau atas keselamatan Arti memutuskan Arti akan dihantar ke Kuala Lumpur. Arti bertemu dengan seorang lelaki yang membantunya untuk menghubungi neneknya. Lelaki itu sebenarnya bapa saudara Arti. Arti kemudian tinggal bersama sama nenek dan bapa saudaranya Sofyan seorang arkitek yang masih bujang. 

Lakonan: Raja Ema dan Mustafa Noor

  • Kolej 56 (17 Nov 2021)

Anak-anak daripada keluarga bangsawan yang belajar di Putra Kolej iaitu sebuah kolej swasta yang terletak di Cameron Highlands. Rosman, Roslan, Rosli dan Tengku Kamil berasal dari keluarga elite, berlatar belakangkan golongan kelas atasan dan berpendidikan kecuali Rosli yang bapanya bekerja sebagai butler di rumah orang kaya. 

Lakonan: Ahmad Fauzee, Salwa dan ramai lagi

  • Oh Fatimah (23 Nov 2021)

Rahmat dan Fatimah bercerai dan membawa haluan masing-masing. Fatimah melarang anaknya, Jita, untuk berjumpa dengan Rahmat kerana Rahmat adalah seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Rahmat pula ingin membuktikan kepada Fatimah yang dia boleh mencari calon isteri baru yang boleh memberi kesenangan padanya. 

Lakonan: A. R . Badul dan Raja Noor Baizura

  • Kembar Siam (24 Nov 2021)

Dua orang pemuda yang mempunyai wajah yang serupa walaupun tidak mempunyai apa-apa perhubungan. Seorang ialah anak kampung yang ingin menjadi pelakon filem terkenal tetapi gagal kerana tidak berkelulusan tinggi, dan seorang lagi ialah pelakon filem terkenal yang sudah bosan dengan dunianya dan inginkan kebebasan. Mereka bertemu dan menukar peranan masing-masing hingga menimbulkan kekeliruan dan kekecohan. 

Lakonan: Mr.Os dan Ziela Jalil

  • Pelumba Haram (30 Nov 2021)

Kumpulan bermotosikal sering dianggap sebagai kumpulan liar oleh sesetengah anggota masyarakat. ASP Jeffrie (Jeff) dan Inspektor Ema dari Unit Tindak Khas (UTK) Bukit Aman telah ditugaskan untuk menjejaki kumpulan ini. Kegiatan kumpulan ini diketuai oleh Rizal yang giat menjalankan kegiatan untuk mencari wang secara haram hinggalah Rizal dimasukkan ke hospital kerana kemalangan dalam satu perlumbaan haram. 

Lakonan: Sabree Fadzil, Noreen Noor dan Azmi Mohamad.

Slot Malar Segar (setiap hari Sabtu, 2.00 petang)

  • Pak Tam Duda (6 Nov 2021)

Pak Tam, adalah seorang duda dan usahawan yg berjaya dlm kampung. Dia juga dihormati oleh orang-orang kampung kerana kebaikan dan kemurahan hatinya. Apabila muncul seorang gadis bandar serta teman lelakinya, yg mempunyai niat jahat untuk menggoda serta mengikis segala harta Pak Tam, budak-budak kampung yang menghormati Pak Tam tampil memberi bantuan. 

Lakonan: A.R . Badul dan Kartina Aziz

  • Si Luncai (13 Nov 2021)

Si Luncai telah jatuh hati dengan anak ketua kampung, tetapi pinangannya ditolak kerana dia tiada harta. Suatu hari, dia didatangi oleh nenek kebayan yang memberikannya harta yang banyak dan dia membalas dendam kepada ketua kampung. 

Lakonan: R Jaafar, Azlina Aziz, Yahya Sulong dan Normadiah.

  • Balada (20 Nov 2021)

Desa sayangkan ibunya dan sebidang tanah pusaka peninggalan arwah bapanya semasa dia melibatkan diri dalam politik tanah air. Desa sedar bahawa kalau tanah itu jatuh ke tangan orang, tiada ertinya hidup sebagai orang Melayu yang telah mewarisi Tanah Melayu ini. Desa perlukan wangnya untuk menebus balik tanah tersebut. Rakannya memberitahu bahawa tempat yang senang mendapatkan wang, terutama dengan bakat seperti Desa, ialah Kuala Lumpur untuk mencari kerja untuk menebus pergaulannya dengan masyarakat kota. 

Lakonan: M.Nasir dan Ogy Ahmad Daud

  • Dewi Cinta (27 Nov 2021)

Dewi cuba membunuh diri ketika teman lelakinya Micky berjumpa dengan gadis lain. Tetapi dia menyedari dia tidak mahu mati sia-sia dan pergi ke tempat Arman untuk meminta pertolongan dan terus menjalinkan hubungan. Mereka sering diganggu oleh Micky yang masih mencintai Dewi.

Lakonan: Ogy Ahmad Daud, Azmil Mustapha dan Richie Ricardo dan Winny Aditya Dewi.

Slot Hindi special (setiap hari Jumaat 9.30 malam)

  • Dulhan Hum Le Jayenge (5 Nov 2021)

Sapna dibesarkan oleh tiga orang pakciknya, masing-masing mempunyai jalan hidup yang berbeza. Sapna jatuh cinta pada Raja yang berusaha mengambil hati ketiga-tiga pakciknya dengan pelbagai cara. 

Lakonan: Amin Khan dan Karisma Kapoor

  • Milenge Milenge (12 Nov 2021)

Priya percaya bahawa dia telah bertemu dengan jodoh yang ditakdirkan ketika dia berjumpa dan jatuh cinta dengan Immy, tetapi, mereka berpisah kerana mempunyai perbezaan. Namun, takdir terus membantu untuk menyatukan mereka kembali. 

Lakonan: Kareena Kapoor dan Shadid Kapoor

  • Trimurti (19 Nov 2021)

Setelah dituduh dan dipenjarakan, Satyadevi berharap ketiga-tiga anak lelakinya membebaskannya dan membalas dendam terhadap penuduhnya. Namun, dia menyedari bahawa mereka menjalani kehidupan tersendiri dan saling membenci. 

Lakonan: Jackie Shroff, Anil Kapoor, Shah Rukh Khan, Anjali Jathar dan Priya Tendulkar.

  • Mera Naam Joker (26 Nov 2021)

Raj menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan hati sepanjang hidupnya. Tetapi sebagai badut dalam sarkas, dia cuba membuat penontonnya tertawa dengan menggunakan kesedihannya sendiri.

Lakonan: Raj Kapoor, Simi Garewal dan Rishi Kapoor

Slot Awesome Movies, Setiap Sabtu, 10.00 malam

  • A Knight’s Tale (6 Nov 2021)

Ketika William Thatcher mengetahui bahawa gurunya Sir Ector sudah mati, dia menyamar dengan memakai baju besi milik gurunya itu di kejohanan Jousting dan memenangi pertandingan tersebut. Dia mengambil bahagian dalam lebih banyak kejohanan. 

Lakonan: Heath Ledger, Mark Addy dan Rufus Sewell

  • Man of Steel (13 Nov 2021)

Clark mengetahui tentang kebolehan dan asal usulnya ketika dia memasuki kapal Kryptonian di Artic. Namun, musuh lama mengikutinya ke Bumi untuk mencari kodeks dan membawa kehancuran.

Lakonan: Henry Cavill, Amy Adams dan Michael Shannon

  • Wonder Woman (20 Nov 2021)

Puteri Diana dari bangsa wanita Amazon dilatih untuk menjadi pejuang yang tidak dapat dikalahkan. Dibesarkan di sebuah pulau terlindung, Diana bertemu dengan juruterbang Amerika bernama Steve yang memberitahunya tentang konflik besar yang sedang berlaku di dunia luar. Yakin bahawa dia dapat menghentikan ancaman itu, Diana meninggalkan rumah untuk pertama kalinya. Berjuang bersama-sama lelaki untuk menamatkan semua peperangan. 

Lakonan: Gal Gadot dan Chris Pine

  • Justice League (27 Nov 2021)

Steppenwolf dan Parademonnya kembali untuk mengambil alih Bumi. Namun, Batman meminta bantuan Wonder Woman untuk merekrut dan mengumpulkan Flash, Cyborg dan Aquaman untuk melawan musuh baru yang kuat. 

Lakonan: Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Gal Gadot dan Ezra Miller.

Setiap Isnin, 10.00 malam

  • Dumb and Dumber (1 Nov 2021)

Dua rakan yang baik hati tetapi sangat lembab tersandung sebuah beg bimbit. Tidak diketahui oleh mereka, ia mengandungi wang yang ditujukan untuk penculik yang mempunyai hubungan dengan orang ramai. 

Lakonan: Jim Carrey dan Jeff Daniels

  • Get Smart (8 Nov 2021)

Maxwell Smart, seorang penyiasat intelektual tetapi memalukan digandingkan dengan Ejen 99, seorang ejen yang berpengalaman untuk mencegah KAOS, sebuah organisasi pengganas dari menjalankan rancangan jahat mereka. 

Lakonan: Steve Carell, Anne Hathaway dan Dwayne Johnson

  • Ocean’s Twelve (15 Nov 2021)

Dalam masa dua minggu, Danny Ocean dan rakan-rakannya harus mengembalikan wang yang mereka curi dari hartawan kasino Las Vegas, Terry Benedict atau Terry akan membunuh mereka.

Lakonan: George Clooney, Brad Pitt, Matt Damon, Catherine Zeta-Jones dan Andy García

  • Contagion (22 Nov 2021)

Kematian Beth Emhoff dan anaknya membawa kepada penemuan virus yang mematikan. Sementara Pusat Kawalan Penyakit AS berusaha untuk mengekang penyebarannya dan telah mencetuskan panik di seluruh dunia. 

Lakonan: Marion Cotillard, Matt Damon, Laurence Fishburne dan Jude Law

  • I Am Legend (29 Nov 2021)

Robert Neville, seorang saintis yang merupakan manusia terakhir yang terselamat dari wabak di seluruh New York. Dia berusaha mencari jalan untuk menukar kesan virus buatan manusia dengan menggunakan darahnya yang kebal. 

Lakonan: Will Smith dan Alice Braga

Semua filem ini boleh tonton di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik di Awesome TV.

12 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. hah bersusun cerita best-best ni...boleh bookmark la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita lejen ulang siar banyak kali pun tak jemu tengok kan. Hihi..sila sila kak :)

      Delete
  2. Bestnya semua tayangan cerita.
    Rasa macam nak santai-santai jew menonton sambil kunyah maruku heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita lejen mana yang best tu syok gak layan kak Amie. Seronok jugak macam tu. Tapi bila nak ada masa santai santai tu entahlah. Hehhee...

      Delete
  3. best jugak filem-filem yang ditayangkan di Ohsem. Filem Mawar Merah tu memang kontroversi. Rileks je dulu-dulu orang buat filem gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah Sal. Paling best cerita lejen P.Ramlee lah. Ulang siar banyak kali tak pernah jemu tengok. Cerita dulu lagi kontroversi sebenarnya tapi itulah dulu dulu media sosial ni tak berapa nak ada kan.

      Delete
  4. wahh...filem best best semua. menggamit kenangan lama

    ReplyDelete
  5. Banyak betul cerita-cerita lama yang keluar. Rasa hendak tengok Dewi Cinta. Terima kasih beritahu tarikh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh layan kalau ada masa nak tengok kak. Selamat menonton :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال