Kari Ayam Mama

Kari Ayam Mama, sebuah telefilem romantik komedi lakonan Amyra Rosli, Izzue Islam, Melissa Tan dan Ranjini disiarkan pada 23 November 2021 di slot Kuasa 3 Malam TV9 jam 9:30 malam.

Kari Ayam Mama TV9

Telefilem : Kari Ayam Mama
Waktu siaran : Selasa, 23 November 2021, jam 9:30 malam
Siaran TV : TV9 - Kuasa 3 Malam
Pengarah : Ismail Bob Hasim
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Genre : Romantik komedi

SINOPSIS KARI AYAM MAMA

Berkisarkan tentang seorang gadis bernama Nia. Nia seorang gadis cantik yang sentiasa menjaga penampilan dan seringkali mendapat perhatian lelaki. Namun, Nia masih tidak boleh menerima kehadiran teman istimewa dalam hidupnya.

Rash pula adalah jiran baharu Nia dan mereka seringkali bergaduh semenjak kehilangan pokok daun kari milik Nia. Bagaimanapun, lama-kelamaan hati Nia tertarik pada Rash dan Nia mula mempelajari masakan kari dengan jirannya yang berbangsa india, Malar.

Hasil gabungan resepi kari Melayu dan India hasil air tangan Nia, ia telah berjaya memikat hati Rash.

Apakah pengakhiran kisah Nia dan Rash? Adakah cinta mereka akhirnya bersatu?

PELAKON/CAST KARI AYAM MAMA

Amyra Rosli
Izzue Islam
Rahim Razali
Melanie Tan
Eryn Gani
Ranjini Devi

24 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. tv9 banyak drama best tapi selalu terlupa nak tengok..

    ReplyDelete
  2. Laaa... Ingatkan Fiza nak tayang kari ayam tadi, hihi.

    ReplyDelete
  3. ingatkan fiza nak cerita pasal masakan kari mak fiza hhehehhe... rupanya tajuk drama

    ReplyDelete
  4. Tengahari ni, ingatkan ada resepi kari haha, filem ke, memikat dengan masakkan rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah kak. Jarang masak lauk kari. Dengan masakan boleh jatuh terpikat juga.

      Delete
  5. TV9 sekarang ni dah banyak main cerita best kan..?
    Aini pun dah lama tak on TV9..
    Terlampa banyak channel sejak guna astro ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, betul! Tapi itulah jarang orang tengok sebab sekarang ni banyak siaran. Belum lagi yang boleh tengok online.

      Delete
    2. Macam sama jugak dengan saya keadaannya..Heheee

      Delete
    3. Hihi..tengok mana yang dan dan best je kan

      Delete
  6. hahahaha siapa pulak curi pokok kari Nia

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng..siapalah pencuri pokok kari Nia tu kan.

      Delete
  7. Baca sinopsis tiba-tiba jadi teringin nak makan kari hahaha
    Akak lama dah tak tengok drama Amyra ni berlakon. Boleh layan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam menyelerakan sangat lauk kari ayam tu kan. Padah tengok cerita berkisarkan makanan macam ni lah agaknya. Teringin tiba tiba :)

      Kalau ada ulangan atau online bolehlah tengok.

      Delete
  8. Hahaaaa Fizah! Kak Amie sangka Fizah nak share menu kari ayam air tangan Mama Fizah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..bukan Kak Amie..Mak saya masak lemak cili api. Masak kari ayam tu macam tak pernah je.

      Delete
  9. Hehe cerita integrasi kaum. Lain sedikit jalan cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa cerita perkauman ni bila musim raya kan. Kali ni ada lain sikit.

      Delete
  10. Tawanlah perut lelaki untuk memikatnya...Gituh..HAHAA..
    Tapi Nona pun kureng sikit dengan lauk berkaitan kari kari nih..Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa gituh lah kan. Mungkin orang Johor kurang sikit kari kari kot. Saya pun kurang jugak makan kari. Hehehe...

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال