I Promise Janji Anaqi

I Promise Janji Anaqi, sebuah drama terbaru di astro ria adaptasi daripada penulis novel Acik Lana. Drama I Promise Janji Anaqi menampilkan pelakon Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Talha Harith, Dayana Roza dan ramai lagi.

Drama I Promise Janji Anaqi episod 1 mula bersiaran mulai mulai 6 Disember 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11:00 malam di saluran 104 Astro Ria .

drama i promise janji anaqi full episode

DRAMA I PROMISE JANJI ANAQI

Mula siaran : 6 Disember 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 11:00 malam
Siaran : Astro Ria 104
Penulis novel : Acik Lana
Pengarah : Hadith Omar

SINOPSIS I PROMISE JANJI ANAQI

Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla (Emma Maembong) tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran (Talha Harith) begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z.

Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah!

Dan Anaqi (Sharnaaz Ahmad) pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.

Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu 'tiket' untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama.

"Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let's love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise." ~Anaqi

Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji?

PELAKON DAN WATAK

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Anaqi
  • Emma Maembong sebagai Hayla
  • Talha Harith sebagai Zafran
  • Dayana Roza
  • Ellyas Abdullah
  • Ferqisha
  • Alicia Amin
  • Isaac Iman

28 comments:

  1. Mcm best je.. lama tak tgk emma berlakon

    ReplyDelete
  2. rasanya beza umur Talha Harith dan Emma tak jauh. Mekap bagi nampak tua kot. Lama tak tengok dia berlakon sejak Tanah Kubur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Talha Harith ni berlakon bagus tapi jarang dah nampak dia berlakon.

      Delete
  3. Macam menarik, kisah cinta.. teringat lagu "janji happy" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau menarik boleh tonton nanti. Kurang familiar pulak tajuk lagu tu kak. mungkin dengar lagu dia baru ingat lagu apa :)

      Delete
  4. Wahhhh, kena masuk list ni.. adakah watak Sharnaaz macam dalam cerita Jebat untuk drama ni?? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah tu, kena tengok baru tahu watak dia sama ke tidak dengan Jebat. hihi

      Delete
  5. Ada Sharnaaz & Emma ni... best nak tonton.

    ReplyDelete
  6. menarik juga drama ni tapi tak biasa tengok cerita macam ni dalam drama melayu..hehe

    ReplyDelete
  7. Oh kisah cinta berbeza umur. Macam ada unsur gangster dalam cerita.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Hehe..kadang tengok sebab pelakon yang kita minat je kan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.