Kacang Pistachio Sedap, Tapi...

Balik rumah dari kampung, terasa nak makan kudap kudapan kekacang. Macam dah lama tak makan kacang pistachio rasa masin-masin tu. Macam sedap je kalau dapat di saat saat teringin. Alang-alang keluar nak beli kacang, tapau sekali makan malam.

Kebaikan kacang pistachio ni banyakkkk. Memang tak boleh disangkal lagi. Kacang pistachio bagus untuk diet dan ibu mengandung. Snek yang bagus lah kiranya. Cuma jangan makan berlebihan jadi bahaya kacang pistachio ni.

Risau kalau tak berhenti makan. Tapi memang pun. Dah makan satu, tak mungkin akan berhenti makan. Nak lagi dan lagi. Encik suami beli salted pistachio tong garden. Ada tulis salted tapi tak berapa salted sebenarnya.

Suka jenis kacang pistachio masin masin ada garam tu sikit tapi bukan jenis yang terlalu masin. Masin sangat tu bertambah bahaya makan tinggi garam. Dapat yang jenis salted tapi tak salted sangat pun kira okaylah. 

Kacang Pistachio Sedap

Satu pek harga RM13.++ untuk 150 gram. Tak banyak mana tapi cukuplah untuk sekali hadap habiskan. Kacang pistachio sedap rasa lemak lemak kacang dan masin tu, Tapi...tak sempat habiskan, sesuatu telah berlaku. 

Silap cara makan kacang pistachio jadi sesuatu yang tak diingini pulak. Itu cerita lain nanti. Kacang pistachio shopee mesti lagi murah kan. 

40 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. harga dia pun mahal, kalau sekali beli memang kejap je habis sebab tak banyak mana pun..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, harga mahal tu yang jarang jarang nak membeli melainkan teringin. hihi...

      Delete
  2. Dalam banyak-banyak kacang.. Kacang pistachio ni paling Aini suka..

    ReplyDelete
  3. Sesuatu telah berlaku? Err.. tertelan kulit pistachio ka? Huhu.. 😥

    ReplyDelete
  4. Alamak...apa yang berlaku?
    Kacang ni kalau orang kampung saya depa panggil kacang cerdik...tak tau la mana datang cerdiknya tu🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa nantikan ceritanya. suspen sikit.
      Sebab kacang ni lebih berkhasiat kot. Bukan kacang tu yang cerdik. Hehe..

      Delete
  5. Walau pun banyak khasiat, wak tak suka kacang ni

    ReplyDelete
  6. kenapa tu..eh akak suka makan kacang ni..Tapi ada yang jenis terlalu masin

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti update entry lain. suka jugak kacang pistachio ni tapi yang kalau masin sangat tu tak best jadinya.

      Delete
  7. Khasiat Pistachio untuk minda ya? harganya mahal, kadang campur beli kacang parang hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, macam mama cella komen tu. Kacang cerdik. Bagus untuk minda. Harganya memang mahal. Kacang parang saya kurang sikit sebab keras. huhu...

      Delete
  8. Kak Amie pun suka makan kacang ni. Kecil comel. Dulu suka simpan kulitnya buat potpuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh bagus tu, kreatif kak. Kulitnya dah memang keras dan kering. Elok gak buat potpuri kan. Good idea :)

      Delete
  9. mahalnya...berat termasuk kulit ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang ni memang mahal. Dah tentu berat termasuk kulit :)

      Delete
  10. Replies
    1. Sesekali bolehlah kak kalau teringin. Sikit pun harga mahal dah. huhu...

      Delete
  11. Sedap...tapi MAHAL!!Syu dah lama tak makan kacang ni sebab harganya mampu tengok

    ReplyDelete
  12. Makan kacang pun ada tragedi juga? Saspen ni.

    ReplyDelete
  13. Apa yang berlaku tu....alahai suspen plak..tapi akak suka je kacang ni...x leh berhenti makan kalau dah mula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya cerita ye. suspen sikit. Kacang ni memang sedap, susah nak berhenti kalau dah makan. Hehee...

      Delete
  14. Makan kacang ini memang kena hati-hati.. Suspen pula nak tahu..

    ReplyDelete
  15. Kacang pistachio, lebih mudah di panggil kacang cerdik . Sedap berlemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang cerdik lebih mudah nak sebut ye.
      kann...sedap berlemak rasa dia.

      Delete
  16. Suka kekacang brand Tong Garden ni.. Makan ni memang susah nak berhenti.. Nak pula kalau ralit tengok TV.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe naniey. Selagi tak habis, tak berhenti makan. Hehe...

      Delete
  17. Kacang ni spesies kayangan. Dulu kalau dapat kacang ni orang bagi balik dari Mekah, makan jimat-jimat sebab takut habis cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat yang dari Mekah tu lagi sedap kan kak Farrah. Betul, dulu makan sikit sikit sebab takak habis cepat.

      Delete
  18. Kacang ini sedap tapi jenuh buka.
    Hehe sudah tahu kejadian/tragedi apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak bukak kalau dapat yang jenis tutup rapat tu. Yang dah terbuka sikit tu mudah sikit nak bukak

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال