Kopi Hainan Kuala Pilah Pekat Memikat

Rasa nak minum kopi, lalu mencari lah di facebook. Nampak Kopi Hainan Kuala Pilah tu macam menarik je. Tapi sayang gerai kopi hainan tu bukak pukul 12 tengahari. Semalam kebetulan pergi Econsave beli barang lebih kurang dekat pukul 12, tengok gerai dah bukak dapatlah membeli dan merasa.

Gerai Kopi Hainan Kuala Pilah ni sebelah santak burger berdekatan dengan Econsave Kuala Pilah. Masa nak keluar lalu jalan situ sajalah tengok kot dah bukak. Tengok dah bukak, terus park dan encik suami pergi membeli.



Harga kopi hainan masih lagi di paras mampu milik. Tapi sesekali je lah. Kalau hari hari tak mampu jugak. Beli Signature Premium RM9. Pekat memikat betul lah. Tengok dari rupa pun dah dah rasa pekat dia macamana kan. 

Signature Premium Kopi Hainan

  • Hainan Coffee bean
  • Whipped cream
  • Caramel & Choc Hersheys
Sebelum dikacau, rasa dia macam kopi susu klasik. Selepas dikacau dengan semuanya macam rasa mocha sebab ada Caramel & Choc Hersheys cream dan whipped tu. Selain tu ada taburan biskut orea jugak. Sedap! Manis tapi tak terlalu manis.

Sejarah Kopi Hainan

Ditubuhkan pada tahun 2020. Dihasilkan menggunakan air bertapis dan berkualiti tinggi, bersih lagi meyakinkan dalam pembuatan kopi. Hanya menggunakan Biji Kopi premium yang terbaik dalam pembuatan minuman. Kualiti setanding Kopi Antarabangsa.

Awal tahun 2021, Kopi Hainan memperkenalkan pakej perniagaan air balang Kopi Hainan dengan harga yang rendah.

Francais kopi hainan ni ada banyak :
  • kopi hainan penang
  • kopi hainan melaka
  • kopi hainan bangi
  • kopi hainan muar
  • kopi hainan jb
  • kopi hainan shah alam
  • kopi hainan cyberjaya
  • kopi hainan batu pahat
atau boleh check di kopi hainan hq. Ini Kopi Hainan Kuala Pilah. Gambar kurang cantik sebab saya ambil dari dalam kereta je. 

Kopi Hainan Kuala Pilah

30 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. wahh...sedap ni, pekat likat...oreo pun ada..

    ReplyDelete
  2. kopi-kopi macam ni tak boleh minum selalu. kalau kopi o biasa tu boleh lah..

    ReplyDelete
  3. saya ingatkan specialties kuala pilah. pikir jugak sejak bila pilah femes dengan kopi. hehe. memang nampak sedap Fizah. sekali-sekala kalau teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..taklah, Kopi Hainan franchise je ni. Ye, sesekali bolehlah nak rasa kan.

      Delete
  4. Tak pernah try, nampak je memang dah pekat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot jumpa franchisenya kat sana boleh lah cuba nanti nona.

      Delete
  5. penah minum..
    tapi ammi lagi suka Kopi Darjat..selalu ambik yg flavour "karim"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi darjat saya belum cuba lagi. Nanti kalau jumpa boleh try perisa karim tu.

      Delete
  6. Replies
    1. Sama pula tagline dengan UiTM. hihi..dua dua dihatiku :)

      Delete
  7. Pekat nau, tentu sedap, seluruh negara hampir ada, pandai berbisnis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pekat nau nau. Sedap tu semestinya lah. Ye, nama tu dah international dah.

      Delete
  8. Kopi pun ada kopi Hainan. Hehe oh ada di Melaka juga.
    Guna air bertapis bagus juga kalau minum air sejuk-sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Ala ala Vietnam jugak. Ada beberapa franchise. Boleh cuba mana yang dekat. Ye, bagus guna air bertapis. Minum sejuk sejuk memang sedap lagi.

      Delete
  9. saya suka minum Vcafe Braziliian Arabica Coffee..tapi kopi Hainan macam best jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh itu kopi kayangan tu. hihi..
      Memang best kopi hainan ni.

      Delete
  10. Wah terliur betul tengok kopi ni . Kena dengan cuaca panas-panas sedap je minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca panas panas minum minuman sejuk memang sedap. Kot ada kat utara bolehlah cuba kopi hainan ni nanti Lyana.

      Delete
  11. wow..pernah nampak tapi x pernah singgah...nanti nak cuba la...tp akak x minum sejuk2 ni...xpe bleh rasa je kot..nanti suruh dania yang minum...hahaha...boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mencuba kak. Dapat sesedut rasa pun jadilah kan. pun bolehhhh

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال