Nabila Razali Putus

Tiada lagi peluang kedua, Nabila Razali 'Putus' cinta pula kerana tiada lagi peluang ketiga. Jalan terbaik adalah 'PUTUS'. Tenang dulu, bukan gossip kisah cinta Nabila Razali tapi putus adalah single terbaru Nabila Razali. 

Nabila Razali Putus

Kali ni Nabila padam semua gambar di instagram dan hanya ada gambar promosi single terbaru putus. Dunia hiburan ada je gimiknya.

Video Putus pun dimuat naik dalam channel Youtube Nabila Razali Entertainment. Dahlia Rizal dipilih sebagai model dalam muzik video tersebut.

Single Putus merupakan kesinambungan lagu Peluang Kedua. Lirik ditulis sendiri oleh Nabila Razali dari pengalamannya putus cinta dengan seseorang.  Lirik ditulis bersama komposer Singapura, Erwin Purnama. 

Putus mengisahkan percintaan seorang wanita yang berakhir dengan perpisahan tanpa rela dan terpaksa meneruskan hidup bersama memori lampau. Kehilangan insan tercinta membuatkan si wanita itu menjalani kehidupan seadanya sehingga terlupa untuk menyayangi diri sendiri.



Lagu : Putus
Artis : Nabila Razali
Komposer & lirik : Erwin Purnama & Nabila Razali 

Lirik Lagu Putus-Nabila Razali

verse :
Terluka hati
Saat kau mendustakan cinta
Teganya dirimu memperlakukan begini

Pedih rasaku tak tertahan sebak di dada
Ingin ku luakan tapi tak berdaya
 
pre-chorus :
Engkau diri di sampingnya
Senyum seakan bahagia
Tanpa memikirkan aku
Yang merenung dirimu
Jika kau ingin ku pergi
Biasa ku undurkan diri
Aku hanyalah sandaran cinta

chorus :
Jangan menangis lagi
Jangan bersedih lagi
Pujuk lah hati ku yang sendu resah, pilu
Biar ku pergi jua
Biar kau bahagia
Bersama dengan dia yang kau puja

bridge :
Cinta kau dan aku
Tak mungkin kembali
terputus sudah selamanya

pre-chorus :
Jika kau ingin ku pergi
Biasa ku undurkan diri
Aku hanyalah sandaran cinta

chorus :
Jangan menangis lagi
Jangan bersedih lagi
Pujuk lah hati ku yang sendu resah, pilu
Biar ku pergi jua
Biar kau bahagia
Bersama dengan dia yang kau puja

sumber : Nabila Razali Entertainment

16 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. memang lagu yang sangat sedih...rasa sebak pula nak dengar

    ReplyDelete
  2. Kenal Nabila ni dari Drama Kebaya Kasut Kanvas Putus itulah kata putusnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama tu best gak tengok. Suka dengan watak dia yang happy go lucky.

      Delete
  3. Teka-teki pula Nabila putus cinta dengan siapa.
    Hehe mesti ada gimik sebelum keluar lagu baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..gimik je kak macam biasa bila keluar lagu baru.

      Delete
  4. sed jgk lagu ni.. dh dngar td dlm kereta.. hehe

    ReplyDelete
  5. Kena dengar banyak- banyak kali ni baru masuk dalam jiwa lagu ni...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال