Tahu Tahu Dapat Duffle Bag Dan Makeup Bag

Selama berkampung di kampung, ada juga selang beberapa hari balik rumah siram pokok bunga dan jengah rumah. Kebetulan Sabtu haritu ada balik rumah sekejap bawa semua barang untuk kurangkan barang masa balik rumah nanti. Dapatlah menunggu bungkusan kiriman seseorang sampai.

Boleh pulak courier campak bungkusan  atas kereta. Tahu tahu dapat notification whatsapp ada gambar parcel elok terletak atas kereta. Tak sedar pulak ada orang bagi salam atau hon.

Kat bungkusan tu ada tampal sticker fragile pun masih nak campak campak. Mungkin dia tahu barang bukan jenis mudah pecah kot. Tu yang main campak kan je.

Mujurlah masa tu ada kereta adik ipar park kat rumah. Kalau tidak, dia campak kat lantai terus rasanya. Itu biasa lah kan. Asal boleh.

Apa yang ada dalam bungkusan tu?

Tadaaa...inilah dia duffle bag dan makeup bag

MILANDO Travel Duffel Bag Makeup Bag

MILANDO Travel Duffel Bag 

Duffle bag ni comel ada lukisan mata dan zip tu ibarat mulutnya. Tapi awat garang sangat nampak tu? Garang garang pun comel, kan. Nampak duffle bag ni terus saya terfikir nak jadikan beg balik kampung. 

Sesuai juga jadikan beg gym. Siapa beli untuk jadikan beg gym bawa ke gym sumpah comel. Sesuai juga untuk outdoor sports.
  • 2-way zipper's opening.
  • Lightweight
  • Large capacity to carry most of your belongings
  • 2-way carry: shoulder bag / Hand-carry
  • Korean Monster Eye Design suitable to catch the attention
  • Material: Nylon
  • Size (L x W x H): 48 * 20 * 31 cm (approx.)
  • Capacity: 35L
  • Weight: about 0.55 kg

Travel Makeup Bag

Best makeup bag sebab ada banyak compartment dalam beg tu. Boleh dijadikan toiletries bag dan boleh digantung. Sesuai sangat digunakan untuk travel
  • Come with hookfor easy handle and arrangement
  • Multi compartment for all essentials
  • Waterproof
  • Portable and compact, easy to carry anywhere
  • Compact Size: 17 x 7 x 22 cm
Dua dua hadiah duffle bag dan makeup bag ni adalah hadiah daripada blogger Syazni Rahim bersempena jadi Top Commentator bulan Oktober Blog Syazni Rahim. Alhamdulillah.

Bulan lepas ada masa lebih dapatlah blogwalking dan komen lebih. Bila tak ada masa, nak jengah pun payah. Semalam baru nak panas enjin update blog dan blogwalking, tup tup keluar pulak " Anda sudah membuat bilangan maksimum ulasan untuk hari ini, sila cuba lagi esok."

Aahh sudah. Tanda-tanda kena berhenti komen sebentar. Saya memang selalu komen secara pukal tak mengira dapat hadiah ke tidak. Memberi biar lebih gitu. Dapat hadiah tu rezeki lah. 

Mana yang saya tak sempat komen tu, saya akan datang lain kali eh. 

Terima kasih banyak-banyak blogger Syazni Rahim @Syaz Eim, penulis buku Terkaitnya kita dan juga Life Baggage. Jom singgah blog Syazni Rahim

Semoga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia dengan segala keberkatan.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Dapat dapat je, terus kemas baju semula dan guna beg beg yang baru dapat ni. Feeling mood bercuti gitu. Sampai tepat pada masanya. Nahhh....Balik kampung bergaya dengan beg baru.

24 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Wah, tahniah Azhafizah dapat hadiah dari Shaz. Tak sia2 rajin mengomen kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih kak SK. Orang memberi, kita merasa dan terima seadanya :)

      Delete
  2. Sekali pandang macam si Red Angry Bird tu :)
    Anyway tahniah Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kan. Kalau bentuk dia lonjong sikit ada jambul terserlah lah angry bird tu.
      terima kasih kak :)

      Delete
  3. Tahniah Fizah. Memang comel duffel bag dan beg make up tu. Seronok ye ulang alik rumah dan kampung. Enjoy dan jaga diri ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal. Kann..comel rupa beg tu. Lebih kurang dekat dapatlah jugak ulang alik :)

      Delete
  4. Tahniah Fiza dapat comel yg garang tu. Useful juga boleh bawak pi mana2 kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Yep, sangat berguna untuk kegunaan travel ni.

      Delete
  5. alhamdulillah, cantik jadi gambarnya hasil tangkapan tangan fiza hehe..aminnn untuk doanya <3

    ReplyDelete
  6. wah... tahniah... hadiah lagi dan lagi dan lagi

    ReplyDelete
  7. comel design beg tu..lain dari yang lain! fiza da berkampung berapa lama kat kampung ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel. Since hujung october hari tu. Sekarang dah balik rumah dah :)

      Delete
  8. Rasmi beg bawa ke kampung. Sesuai sangat bawa berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang alang nak kemas semula beg, terus rasmikan je. Hihi..sesuai sangat bawa untuk travel sehari dua.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال