Header Ads


Kerana Setitik Susu

Kerana Setitik Susu, sebuah telefilem terbaru bersiaran pada 30 November 2021, di slot Kuasa 3 malam TV9 jam 9:30 malam. Telefilem Kerana Setitik Susu menampilkan gandingan pelakon Azlee Khairi dan Izara Aishah.

Telefilem Kerana Setitik Susu TV9

Telefilem : Kerana Setitik Susu
Waktu Siaran : Selasa, 30 November 2021, jam 9:30 malam
Siaran TV : Slot Kuasa 3 Malam TV9 
Idea Asal : Jo Sidek
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Rusdi Ramli
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd

SINOPSIS KERANA SETITIK SUSU

Nuh (Azlee Khairi), seorang pemuda yang mengangur memulakan kehidupan dengan mengembala dan menjaja susu kambing demi mendapatkan upah sebotol susu kambing setiap hari untuk merawat sakit ibunya.

Namun akhirnya ibunya meninggal dunia dan Nuh telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan. Nuh mencuba pelbagai pekerjaan dan dia berkenalan dengan Mia (Izara Aishah), seorang wanita yang baru diceraikan suaminya.

Walaupun Mia seorang pemalu dan kurang keyakinan diri tapi dia bersungguh-sungguh untuk bangkit dan menyara diri. Kesungguhan Mia untuk melariskan jualannya membuatkan Nuh kagum dengan semangatnya.

Nuh dan Mia mula menghadiri kursus keusahawanan, mempelajari cara-cara menjual susu secara atas talian dan mencuba sedaya mungkin untuk mencapai target bulanan.

PELAKON KERANA SETITIK SUSU

Azlee Khairi sebagai Nuh
Izara Aishah sebagai Mia
Fimie Don
Sefik
Ameerul Asyraf
Lynnda Sharudin

18 comments:

  1. Wahhhhh, lama tak nampak Izara berlakon semula setelah memakai hijab ni.... Sy minat jugak ngn hero ni.. Azlee Khairi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...lama menyepi, sekarang berlakon semula. Dua dua best berlakon.

      Delete
  2. Wah, ada Izara... jalan cerita pun menarik ni.

    ReplyDelete
  3. Hoho cinta berputik semasa berniaga dan berkursus.

    ReplyDelete
  4. Menarik pula tajuk dan jalan ceritanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelakon pun bukan calang-calang. Mesti best ceritanya.

      Delete
  5. Izara dgn azlee bkn kaleng2 ni. Lama dorang xberlakon

    ReplyDelete
  6. Dan akhirnya berputikkah cinta dihati keduanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng..kenalah kita tengok ceritanya sampai habis.

      Delete
  7. lama ek izara tak berlakon?
    ke akak yg da lama tak layan drama? ha ha ha ah ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lepas kahwin macam dah kurang berlakon je. Drama masa PKP ni macam banyak drama ulangan je. Lepas PKP ni je banyak drama baru sebab baru boleh shooting.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.